PKPB : Buat Pembelian Secara Online Dan Jangan Panik

361

PKPB : Buat Pembelian Secara Online Dan Jangan Panik

Apabila disebut PKPB di sesuatu kawasan, pastinya ada penduduk yang menjadi panik dan membuat pembelian di pasaraya atau di kedai berdekatan dengan membeli barang dengan begitu banyak.

Anda semua pastinya sedia maklum bahawa hari ini telah bermulanya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor.

Galakan Membuat Pembelian Secara Dalam Talian

Oleh itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menggalakkan pengguna untuk membuat pembelian secara online ketika pelaksanaan PKPB di kawasan masing-masing.

“Pembelian secara dalam talian secara tidak langsung dapat membantu memutuskan rantaian pandemik Covid-19.

“Langkah itu juga dapat mengurangkan pergerakan fizikal ke premis perniagaan.”

Bekalan Barang Makanan & Keperluan Utama Mencukupi

Nanta juga berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mendapat maklumat dari lapangan bahawa berlaku pembelian panik di beberapa tempat selepas pengumuman PKPB oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Isnin lepas.

“Rakyat Malaysia dinasihatkan bertenang dan tidak membuat pembelian panik kerana perbuatan tersebut tidak sepatutnya berlaku di negara kita.”

PKPB : Buat Pembelian Secara Online Dan Jangan Panik

Beliau turut menegaskan bekalan barang terutama barang makanan dan barang keperluan utama dijamin mencukupi pada harga yang stabil dan munasabah.

Tambahnya, KPDNHEP mempunyai 2,269 anggota penguat kuasa di seluruh negara yang sentiasa memantau dan memeriksa bagi memastikan bekalan mencukupi dan harga barang stabil tanpa kenaikan mendadak.

KPDNHEP, katanya juga telah membuktikan melalui tindakan yang diambil dapat memastikan bekalan makanan tidak terputus semasa Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan dahulu.

Nanta dalam pada itu berkata pengilang, pengeluar, pemborong dan peruncit diingatkan supaya memastikan semua bekalan keperluan sentiasa mencukupi.

Aduan Peniaga Tidak Patuh Undang-Undang

Jika pengguna mendapati ada peniaga yang tidak mematuhi undang-undang, mereka boleh menyalurkan aduan kepada KPDNHEP melalui :

Aduan juga boleh disalurkan melalui aplikasi telefon pintar Ez ADU, dengan menghubungi

  • Enforcement command centre (ECC) : 03-8882 6245 / 6088
  • Malaysia Government Call Centre (MYGCC) : 03-8000 8000
  • Whatsapp : 019- 279 4317

SUMBER

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image