KTMB Sediakan Helmet Pengimbas Suhu Untuk Perangi Covid-19

248

KTMB Sediakan Helmet Pengimbas Suhu Untuk Perangi Covid-19

Pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengambil satu langkah yang lebih efektif dengan menggunakan helmet pengimbas suhu untuk mengesan penumpang yang mempunyai gejala Covid-19.

Ia bermula pada 13 Oktober 2020 dan masih lagi berada dalam peringkat percubaan untuk mengesan suhu setiap penumpang yang menggunakan perkhidmatan mereka.

Kaedah Alternatif Pengimbas Suhu

Helmet pengimbas suhu ini merupakan satu teknologi baharu dan lebih canggih dimana ia merupakan satu kaedah tambahan sedia ada seperti  pengimbas suhu di stesen, sanitasi tangan dan juga sanitasi tren.

Jadi, polis bantuan KTMB perlu memakai helmet tersebut dan terus dapat mengesan suhu setiap penumpang yang menaiki tren ketika itu.

Dengan menggunakan helmet ini, masa dapat dijimatkan dan ia dapat mengesan penumpang yang bergejala dengan lebih cekap.

KTMB Sediakan Helmet Pengimbas Suhu Untuk Perangi Covid-19

Digunakan Dengan Meluas Di China

Helmet pengesan suhu ini telah lama digunakan secara meluas di negara China untuk mengesan suhu atau haba penumpang tren dan ianya sangat efektif dan berkesan.

Diharap dengan kaedah-kaedah yang dilaksanakan ini akan dapat meningatkan keyakinan para penumpang untuk menggunakan perkhidmatan KTMB.

Malahan penggunaan helmet ini masih di peringkat percubaan bagi menilai keberkesanan dan kesesuaian kepada anggota PB.

SUMBER

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image