Info Kerjaya Malaysia

Pinjaman Tabung Usahawan Untuk Golongan B40 Yayasan Perak. Mohon Sekarang

1,774

Pinjaman Tabung Usahawan Untuk Golongan B40 Yayasan Perak

Bagi membantu usahawan B40 di negeri Perak terutamanya, Yayasan Perak menawarkan skim pinjaman perniagaan tanpa faedah dan skim ini adalah berbentuk pinjaman jangka pendek.

Tempoh Pinjaman

Tempoh pinjaman ini adalah sehingga 5 tahun dan bergantung pada jumlah pinjaman yang dibuat.

Jumlah Pinjaman Tabung Usahawan Untuk Golongan B40 Yayasan Perak

Jumlah pinjaman yang ditawarkan kepada usahawan B40 ini ialah :

  • RM3,000 sehingga RM20,000.

Pinjaman Tabung Usahawan Untuk Golongan B40 Yayasan Perak. Mohon Sekarang

Syarat Permohonan Tabung Usahawan Untuk Golongan B40 Yayasan Perak

Anda boleh membuat semakan sebelum membuat permohonan seperti :

  • Pemohon mestilah berumur antara 18 hingga 59 tahun serta menetap atau bermastautin melebihi 10 tahun di Negeri Perak.
  • Pemohon dan pasangan merupakan seorang Warganegara Malaysia.
  • Pemohon dan pasangan bukanlah seorang kakitangan kerajaan / badan berkanun / syarikat GLC / syarikat Berhad.
  • Menjalankan perniagaan di dalam Negeri Perak.
  • Menjalankan perniagaan secara sendirian (Bukan Perkongsian).
  • Perniagaan yang dijalankan adalah mematuhi syariah.
  • Perniagaan yang dijalankan berada dalam skop pembiayaan Yayasan Perak. Perniagaan yang dijalankan adalah melibatkan transaksi wang penjualan atau pembelian yang nyata secara harian, mingguan atau bulanan dan hasil jualan mestilah diterima kurang dari satu bulan dari tarikh jualan.

Jenis Perniagaan Dalam Skop

Perniagaan yang dijalankan yang berada dalam skop pembiayaan Yayasan Perak adalah :

  • Perniagaan yang dijalankan adalah melibatkan transaksi wang penjualan atau pembelian nyata secara harian, mingguan atau bulanan.
  • Hasil jualan mestilah diterima kurang dari 1 bulan dari tarikh jualan.

Perniagaan Luar Skop

  • Urusniaga melalui ternakan dan perikanan (usahawan baru)
  • Urusniaga yang melibatkan konsep MLM / Online
  • Urusniaga yang melibatkan pelaburan / Piramid / Skim Cepat Kaya
  • Pembelian kenderaan untuk perniagaan atau peribadi
  • Perniagaan barangan lusuh / Kitar semula
  • Perniagaan bermusim
  • Perniagaan secara orang tengah atau agen perantara seperti agen insurans, agen Unit Amanah, agen Komisen Am termasuk Broker (tanah atau hartanah) dan sebagainya.
  • Kontraktor Pembangunan

Cara Membuat Permohonan Tabung Usahawan Untuk Golongan B40 Yayasan Perak

Untuk membuat permohonan ini, anda perlu :

  • Download borang permohonan ini.

Atau dapatkan borang di :

  • Pejabat Yayasan Perak
  • Pejabat Mini Yayasan Perak (UTC), Ipoh
  • Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN (Wakil Rakyat)
  • Pejabat Daerah / Pejabat Penghulu

Seterusnya lengkapkan borang permohonan anda dengan mengisi maklumat berikut :

  • Butiran Waris
  • Butiran Penjamin
  • Butiran Tanggungan
  • Butiran Perniagaan
  • Pengesahan Pemohon
  • Perakuan dan pengesahan penghulu/MPKK

Dokumen Sokongan

Borang permohonan anda perlu dihantar bersama senarai dokumen sokongan seperti :

  1. Borang / Surat Permohonan.
  2. Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan Tanggungan).
  3. Salinan Surat Perjanjian / Kebenaran Sewa Kedai atau Tanah & sebagainya.
  4. Salinan Daftar Niaga (SSM) / Lesen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
  5. Pelan lokasi perniagaan.
  6. Surat Sokongan Wakil Rakyat / Pejabat Daerah / Penghulu / MPKK.
  7. Salinan Penyata bank bagi 3 bulan yang terkini.

Nota : Dokumen sokongan yang disahkan kepada Yayasan Perak, tidak akan dikembalikan.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda inginkan maklumat lanjut mengenai permohonan Pinjaman Tabung Usahawan Untuk Golongan B40 Yayasan Perak ini, anda boleh hubungi Yayasan Perak melalui saluran berikut :

  • Yayasan Perak (Ibu Pejabat Yayasan Perak), Tingkat 1, Wisma Yayasan Perak,No 111, Jalan Sultan Idris Shah,30000 Ipoh, Perak Darul Ridzuan
  • Bahagian Pembangunan Sosial (Pejabat Cawangan Yayasan Perak),No.26C, Persiaran Greentown 6 Greentown Business Centre,30450 Ipoh, Perak
  • Telefon : 05-246 0998

close-image