Petugas KKM Yang dijangkiti Covid-19 Boleh Membuat Tuntutan Dana Khas RM5 Juta

106

Petugas KKM Yang dijangkiti Covid-19 Boleh Membuat Tuntutan Dana Khas RM5 Juta

Semua petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) boleh menuntut dana khas melalui Dana MOH FWD MY Heroes yang berjumlah RM5 juta sekiranya dijangkiti virus koronavirus (Covid-19) ketika bertugas menangani penularan pandemik berkenaan.

Berdasarkan laporan KKM, terdapat lebih 406 petugas kesihatan di hospital kerajaan dijangkiti Covid-19 dan ia tidak termasuk ahli keluarga mereka.

Hanya 288 tuntutan diterima dengan nilai berjumlah RM732,000 sejak dana tersebut dilancarkan pada 1 April lalu.

Daripada jumlah tersebut, Cuepacs dan FWD Takaful membuat pembayaran kepada satu tuntutan melibatkan kes kematian akibat Covid-19 sebanyak RM50,000, sejumlah 10 tuntutan kematian akibat lain-lain sebab (RM100,000) dan 274 tuntutan kemasukan ke wad (RM552,000).

Cuepacs menjangkakan tuntutan bertambah berdasarkan jumlah kes yang berlaku di Sabah dan menggalakkan semua ketua jabatan di KKM menghebahkan inisiatif Dana MOH FWD MY Heroes kepada kakitangan mereka.

Petugas KKM Yang dijangkiti Covid-19 Boleh Membuat Tuntutan Dana Khas RM5 Juta

Petugas Barisan Hadapan KKM

Petugas barisan hadapan KKM yang dikenalpasti ialah :

  • Doktor
  • Jururawat
  • Paramedik
  • Juruteknik makmal
  • Pekerja ambulans,
  • Pekerja pentadbiran hospital
  • Kakitangan KKM yang dikenal pasti bertugas secara rasmi bagi menangani penularan ovid-19.

Dana itu juga boleh dimanfaatkan kepada ahli keluarga petugas barisan hadapan yang mendapat jangkitan Covid-19 daripada mereka.

2 Jenis Tuntutan

Dana yang disediakan terbahagi kepada 2 jenis tuntutan iaitu :

  • Pembayaran ihsan
  • Elaun pelepasan

Pembayaran Ihsan

Pembayaran ihsan dibayar sekiranya berlaku kematian petugas barisan hadapan sahaja dan sejumlah :

  • RM40,000 akan dibayar sekiranya kematian disebabkan oleh jangkitan Covid-19.
  • RM10,000 akan dibayar sekiranya kematian akibat lain-lain sebab.

Elaun Pelepasan

Untuk elaun pelepasan, tuntutan akan dibayar sekiranya petugas barisan hadapan dan ahli keluarga mereka dimasukkan ke mana-mana hospital kerajaan akibat jangkitan Covid-19.

  • RM10,000 akan dibayar sekiranya dimasukkan ke ICU (Unit Rawatan Rapi).
  • RM2,000 dibayar sekiranya dimasukkan ke wad biasa.

Kelayakan bagi pembayaran elaun pelepasan untuk wad biasa bergantung kepada nasihat KKM yang mana dibuat berdasarkan pengesyoran oleh ketua jabatan petugas barisan hadapan berpandukan garis panduan oleh kementerian itu.

Ahli keluarga termasuk pasangan sah, anak-anak dan ibu bapa. Anak-anak mestilah berusia tidak kurang dari 25 tahun, belum berkahwin dan tidak bekerja.

Pembayaran dana itu hanya untuk petugas barisan hadapan yang dijangkiti virus Covid-19 sewaktu bertugas dan percuma bermula 1 April lalu sehingga 31 Disember depan atau sehingga dana khas terbabit habis diguna pakai.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sebarang maklumat lanjut mengenai dana ini, boleh terus rujuk laman web berikut :

SUMBER

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image