Istilah PKP Serta Perbezaan Antara PKPB, PKPD Dan PKPDB Yang Semua Perlu Ambil Tahu

3,809

Istilah PKP Serta Perbezaan Antara PKPB, PKPD Dan PKPDB Yang Semua Perlu Ambil Tahu

Umum telah mengetahui Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pada 18 hingga 31 Mac 2020.

Bagi meningkatkan lagi keberkesanan Perintah Kawalan Pergerakan ini, orang ramai dinasihatkan supaya berada di rumah sepanjang masa kecuali untuk memenuhi keperluan-keperluan asas. Selain itu, amalkan penjarakan sosial (social distancing) dari orang sekeliling demi mengelakkan jangkitan COVID-19.

Namun dari semasa ke semasa, pihak kerajaan telah memperkenalkan istilah-istilah yang berkaitan dengan PKP seperti PKPB, PKD dan PKPDB. Apakah maksud bagi istilah-istilah tersebut?

Jom kita lihat maksudnya seperti di bawah.

Maksud Dan Perbezaan PKPB, PKPD Dan PKPDB

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)

Pada 1 Mei, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapan khasnya sempena Hari Pekerja telah memperkenalkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), iaitu pelonggaran syarat-syarat PKP tertentu untuk membuka semula ekonomi negara secara terkawal yang dijadualkan.

Seperti sedia maklum juga, PKPB ini lebih fokus kepada :

  • Kawalan pergerakan berkaitan majlis sosial.
  • Sektor ekonomi dibenarkan beroperasi mengikut keperluan.

Bagi penduduk yang berada dalam perintah PKPB dibenarkan untuk keluar membeli barangan keperluan dengan maksimum 2 orang sahaja bagi setiap isi rumah dan bagi mereka yang bekerja pula dibenarkan sekiranya mempunyai surat kebenaran bekerja.

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD)

Bermula 27 Mac, beberapa kawasan tertentu di Malaysia tertakluk kepada perintah ketat yang dipanggil “Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD)” selama 14 hari jika kumpulan besar dikesan di dalam kawasan itu agar kerajaan dapat menjalankan ujian COVID-19 dengan teliti terhadap semua penduduk dan untuk membendung penyebaran pandemik di luar kawasan tersebut.

Antara perintah yang ditetapkan ialah :

  • Semua penduduk dan pelawat di dalam kawasan dilarang keluar dari rumah mereka semasa perintah PKPD.
  • Bukan penduduk dan pelawat dari luar kawasan tidak dibenarkan masuk ke kawasan PKPD.
  • Semua perniagaan ditutup.
  • Bekalan makanan yang mencukupi akan diberikan oleh pihak berkuasa semasa 14 hari untuk semua penduduk.
  • Pangkalan perubatan akan ditubuhkan di kawasan PKPD.
  • Semua jalan ke kawasan PKPD disekat.

Istilah lain yang digunakan ialah TOTAL LOCKDOWN dimana tiada pergerakan dibenarkan sama sekali dan dilaksanakan secara menyeluruh sekiranya penularan kes berselerak.

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB)

Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar atau TOTAL LOCKDOWN di lokaliti terpilih disebabkan penularan kes yang bertumpu seperti di kawasan kampung, asrama dan sebagainya.

 

PKPDB ini sama dengan PKPD di mana penduduk kawasan tersebut tidak dibenarkan keluar sama sekali dan semua aktiviti perniagaan di kawasan PKPDB perlu dihentikan dalam tempoh tersebut.

Kawasan yang berada dalam tempoh PKPDB  ini adalah disebabkan kerana mempunyai kes positif yang tinggi dan PKPDB dilakukan untuk mengekang wabak terus menular.

Jadi, apa peranan anda? Marilah kita sama-sama lakukan yang terbaik dan berdoa agar Covid-19 berlalu pergi.

Istilah PKP Serta Perbezaan Antara PKPB, PKPD Dan PKPDB Yang Semua Perlu Ambil Tahu

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image