Info Kerjaya Malaysia

Ingin Lulus Temuduga SPA? Ikut Petua-Petua Berikut

2,119

Untuk makluman anda, sebenarnya tidaklah terlalu sukar untuk lulus dalam temuduga SPA. Memanglah ramai yang mengadu bahawa untuk lulus dalam temuduga ini adalah sukar tetapi sekiranya anda tahu cara-caranya, tidaklah sesukar mana sebenarnya.

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan petua-petua yang boleh anda amalkan semasa temuduga untuk memastikan anda lulus dalam temuduga tersebut. Anda perlu mengikut petua-petua yang dikongsikan ini demi memastikan kejayaan dalam temuduga SPA.

Petua-petua yang dikongsikan ini bukanlah sengaja kami reka tetapi berdasarkan pengalaman calon temuduga SPA sendiri. Jadi, amatlah penting untuk anda ikuti kesemua petua tersebut. Berikut merupakan petua-petuanya.

MENYEDIAKAN MAKLUMAT DIRI

Maklumat diri yang dimaksudkan di sini adalah seperti kad pengenalan, surat beranak, resume, CV dan lain-lain. Sediakan semua ini pada awal waktu supaya anda tidak akan tergesa-gesa pada hari temuduga nanti.

Baca juga: Perbezaan antara Resume, Biodata dan CV sebelum akhiri temuduga.

Masukkan kesemua maklumat diri anda ini di dalam fail yang akan anda bawa semasa temuduga. Pastikan ada cop pengesahan untuk salinan bagi kesemua borang maklumat diri ini. Jangan bawa salinan “bogel”. Ini akan menjejaskan pandangan penemuduga terhadap anda.

MENYUSUN SIJIL DALAM FAIL DENGAN BETUL

Anda perlu tahu bahawa sijil-sijil anda perlu disimpan secara tersusun di dalam fail. Hal ini demi memudahkan penemuduga mencari sijil-sijil yang dikehendakinya.

Berikut merupakan susunan sijil dalam fail anda. Susunan bermula daripada sijil paling bawah (bermaksud sijil nombor 1 merupakan sijil yang perlu diletakkan paling bawah.)

  1. Sijil SPM
  2. Sijil Diploma
  3. Sijil Degree
  4. Sijil Berhenti Sekolah
  5. Sijil MUET
  6. Surat Pengesahan Biasiswa
  7. Surat Lantikan Kerja

Anda perlu ingat! Tak semua dokumen perlu anda bawa untuk sesi temuduga. Ini antara 10 dokumen yang perlu anda bawa untuk temuduga.

MENYEDIAKAN SURAT LANTIKAN KERJA DAN INTERNSHIP

Ada yang mengatakan tidak penting untuk anda sertakan surat lantikan kerja dan internship dalam fail anda semasa menghadiri temuduga. Namun, apakah yang anda faham tentang surat lantikan kerja?

Tidak semua yang ada surat lantikan kerja sebenarnya. Calon yang pernah bekerja sahaja yang mempunyai surat lantikan kerja. Jika diikutkan, tidak wajib sebenarnya untuk sertakan surat ini tetapi anda sangat dinasihatkan untuk turut masukkan surat lantikan kerja dalam fail anda. Mengapa? Berikut merupakan alasannya.

Anda merupakan fresh graduate dan sememangnya sudah tetap dalam minda penemuduga bahawa anda tidak ada pengalaman. Namun, jika anda sertakan surat lantikan kerja, ini menjadi bukti bahawa anda pernah kerja sebelum ini. Jadi secara automatik, penemuduga akan menganggap anda sudah mempunyai sedikit pengalaman.

Perlukah anda sertakan surat lantikan kerja jika kerja yang anda buat itu tidak ada kaitan dengan jawatan yang anda pohon? Letak sahaja. Walaupun tiada kaitan namun penemuduga tetap menganggap anda sudah ada pengalaman kerja walaupun sedikit. Pengalaman kerja anda yang sedikit inilah bakal membezakan anda dengan calon yang lain.

SELALU REVIEW SOALAN-SOALAN SPA

Seperti peperiksaan SPM, tips untuk anda terbiasa dengan soalan adalah mengkaji contoh-contoh soalan serta soalan-soalan tahun sebelumnya. Begitu juga dengan temuduga SPA. Untuk mengetahui bentuk-bentuk soalan yang bakal ditanya serta soalan-soalan yang pasti akan ditanya, anda perlulah banyak membuat review tentang soalan-soalan SPA.

Sebagai contoh, anda ingin hadir temuduga Penolong Pegawai Tadbir N29. Jadi pastikan anda baca contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Tadbir N29. Banyak maklumat dikongsikan yang bakal bantu persediaan temuduga anda.

Jangan malas untuk cari dan review soalan-soalan ini di internet. Banyak soalan yang boleh anda jumpa di Google. Zaman teknologi ini, gunakanlah kemudahan internet untuk kesenangan anda.

Soalan-soalan yang akan ditanya adalah seperti maklumat peribadi anda, maklumat tentang dasar-dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan, maklumat mengenai kementerian serta jabatan kerajaan dan lain-lain. Oleh itu, anda perlulah mempersiapkan diri dengan pengetahuan yang tinggi dalam semua aspek ini.

Baca juga: 5 Soalan yang confirm ditanya dalam temuduga kerajaan dan swasta.

Berikut dikongsikan bidang yang paling popular yang ditanyakan soalan semasa temuduga SPA. Beri penekanan yang lebih kepada bidang-bidang ini.

  • Integriti
  • TN50
  • Nama-nama Menteri dan Timbalan Menteri
  • Dasar kerajaan
  • Visi dan misi pelanggan sesuatu kementerian
  • Peranan sesuatu kementerian dan jabatan

Tanamkan dalam fikiran anda bahawa anda boleh untuk berjaya dalam temuduga SPA walaupun banyak suara-suara sumbang didengari tentang sukarnya temuduga tersebut. Ikutlah petua-petua yang telah dikongsikan ini. Semoga petua-petua ini dapat membantu anda. Kami sentiasa mendoakan kejayaan anda!

PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

Anda juga boleh persiapkan diri anda dengan ilmu temuduga dengan mendapatkan ebook Rahsia Persiapan Temuduga Kerja Kerajaan yang pihak kami keluarkan di bawah.

Ia merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas pihak kami untuk mempersiapkan anda sebagai calon temuduga kerja kerajaan terbaik.

Dalam panduan ini kami telah kongsikan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga. Selain dari tips lain temuduga khas untuk membantu anda.

Panduan Soalan Temuduga Penolong Pegawai Tadbir N29

TEMPAH PANDUAN TEMUDUGA

Klik pautan di atas dan buat tempahan segera.


close-image