Info Kerjaya Malaysia

Anda Nak RM10,000? Jom Cipta Lagu Rasmi Ulang Tahun Ke-50 Angkasa

961

Pertandingan Cipta Lagu Rasmi Ulang Tahun Ke-50 Angkasa

Sempena ulang tahun ke-50 Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) telah melancarkan pertandingan mencipta lagu rasmi Semangat Koperasi.

Tujuan Pertandingan

Pertandingan cipta lagu ini bertujuan meningkatkan aspirasi semangat koperasi dalam kalangan rakyat Malaysia serta mendekati masyarakat mengenali dan menyedari keistimewaan berkoperasi.

Selain itu, aspek kerjasama perkhidmatan profesional kepada anggota koperasi, kelestarian koperasi, penyatuan dan perpaduan kaum, peranan Angkasa sebagai badan apeks (tunggal) koperasi negara yang menyumbang kepada peningkatan sosioekonomi masyarakat dan negara bangsa boleh diketengahkan.

Hadiah Yang Ditawarkan

  • Wang tunai : RM10,000 tempat pertama dan sijil penyertaan
  • 3 hadiah juri : RM2,500 dan sijil penyertaan

Syarat Penyertaan

Bagi anda yang berminat untuk menyertai pertandingan ini, berikut adalah syarat penyertaan cipta lagu Angkasa :

  • Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua pencipta lagu amatur atau profesional
    warganegara Malaysia.
  • Setiap peserta boleh menghantar lebih daripada SATU (1) buah lagu untuk dipertandingkan dan dihakimi.
  • Penciptaan lagu merujuk kepada penghasilan lagu (termasuk adunan muzik yang lengkap) dan lirik lagu.
  • Hasil karya hendaklah yang asli dan BELUM PERNAH diterbitkan oleh syarikat rakaman, syarikat penerbitan atau persembahan luar.
  • Setiap penyertaan hendaklah disertakan dengan :
    a. Borang penyertaan yang lengkap
    b. Salinan Lirik lagu
    c. Lagu yang telah dirakam musik dan nyanyiannya (adunan lengkap dan bukan demo tape) hendaklah dihantar dalam bentuk CD (3 Salinan CD).
  • Pihak penganjur berhak MEMBATALKAN penyertaan yang menggunakan lirik dan lagu yang dipertandingkan di mana-mana pertandingan sebelum pertandingan ini, atau terdapat unsur-unsur plagiat atau melanggar hakcipta (copyright) di dalam lagu yang  dihasilkan.
  • Segala kos untuk menyertai pertandingan ini adalah atas tanggungan peserta sendiri
    (sama ada secara individu atau berkumpulan). Pertandingan ini TIDAK BOLEH disertai oleh kakitangan ANGKASA, subsidiari ANGKASA dan ahli keluarga terdekat mereka.
  • ANGKASA memegang hak mutlak pada bila-bila masa untuk mengubah, menangguhkan,
    membuat jadual semula, atau melanjutkan atau menamatkan pertandingan, dan / atau
    tempoh pertandingan mengikut budi bicara mutlaknya dan tanpa memberi notis terlebih
    dahulu

Penilaian Lagu

Lagu ciptaan anda akan dinilai dari aspek berikut :

  • Kreativiti melodi bermutu.
  • Bbernilai komersil.
  • Mampu menarik minat semua golongan.
  • Lirik bersesuaian dengan konteks dan konsep.

Borang Serta Terma & Syarat

Download borang penyertaan beserta terma & syarat yang lengkap seperti dibawah.

Penghantaran Penyertaan

Anda perlu menghantar penyertaan bermula 14 Julai 2020 sehingga 16 September 2020 ke :

Urusetia
“Pertandingan Mencipta Lagu Semangat Koperasi”
Bahagian Komunikasi Korporat ANGKASA
Aras 3, Wisma Ungku A. Aziz, Jalan SS6/1, Kelana Jaya,
Peti Surat 8797, Pejabat Pos Kelana Jaya,
46798, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sebarang maklumat lanjut mengenai pertandingan mencipta lagu Angkasa ini,anda boleh hubungi :

Telefon : +603 – 7884 6446 / +603 – 78008170.
Faks : +603 – 7884 6489
Emel : [email protected]

 

close-image