Permohonan UPU Online 2020/2021 Universiti Awam Politeknik ILKA Kolej Komuniti di Buka

1,076

Permohonan UPU Online bagi kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Kolej Komuniti sesi akademik 2020/2021 bagi lepasan SPM dan STPM/setaraf boleh mula dilakukan pada 24 Februari 2020 seperti yang telah ditetapkan melalui kenyataan media KPM di bawah. Kenyataan Media Permohonan UPUOnline  

Calon-calon yang ingin membuat permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) dan Kolej Komuniti disarankan agar menyenaraikan terlebih dahulu bidang-bidang pengajian yang ditawarkan mengikut keutamaan, minat dan potensi berdasarkan kelulusan akademik dan pengajian calon.

Setelah itu, anda boleh mula kemukakan permohonan UPU online 2020/2021 pada tarikh dan waktu yang ditetapkan.

Panduan ini khas untuk calon lepasan SPM, STPM, STAM & Diploma Setaraf sebagai rujukan permohonan UPU Online 2020/2021.

PERMOHONAN UPU ONLINE UNIVERSITI/POLITEKNIK/ILKA/KOLEJ KOMUNITI SESI AKADEMIK 2020/2021

Bagaimana cara untuk kemukakan permohonan UPU online 2020/2021?

Untuk makluman calon, setiap pemohon perlu membeli nombor unik ID UPU di Bank Simpanan Nasional (BSN) sebelum boleh mengemukakan permohonan serta mengakses sistem borang permohonan UPU online. Nombor unik ID UPU ini wajib di beli.

Di bawah dikongsikan bagaimana anda boleh membeli nombor unik ID UPU sebagai rujukan. Baca: ?Tarikh & Cara Pembelian No Pin UPU BSN

Tapi sebelum itu, mari lihat dahulu jenis-jenis program dan pengajian yang ditawarkan mengikut kelulusan pemohon.

PROGRAM PENGAJIAN ASASI/DIPLOMA/SIJIL : PEMOHON LEPASAN/LULUSAN SPM (SETARAF)

Pemohon yang berkelayakan SPM (setaraf) tahun 2019, 2018 dan 2017 berpeluang untuk mengemukakan permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti dan Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) berdasarkan kelayakan dan minat pemohon bagi peringkat pengajian Asasi/Diploma/Sijil sesi akademik 2020/2021. Sila lihat senarai Program Pengajian yang ditawarkan untuk peringkat SPM di sini.

PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH SARJANA MUDA : PEMOHON LEPASAN/LULUSAN STPM (SETARAF)

Manakala, kesemua permohonan yang berkelayakan STPM, STAM, Matrikulasi / Asasi dan Diploma/Setaraf berpeluang untuk mengemukakan permohonan kemasukan ke Universiti Awam (UA) berdasarkan kelayakan dan minat bagi peringkat pengajian Ijazah Sarjana MUda sesi akademik 2020/2021. Sila lihat senarai Program Pengajian yang ditawarkan untuk peringkat STPM di sini. Calon juga boleh membuat carian Program Pengajian dengan memasukkan nama program di dalam sistem carian ini.

KATEGORI PERMOHONAN UPU 2020/2021

Di bawah merupakan perincian kategori permohonan UPU 2020/2021 untuk memudahkan anda melakukan permohonan UPU nanti.

KATEGORI SPM/SETARAF TAHUN 2019, 2018 & 2017

Calon layak membuat permohonan bagi peringkat pengajian Asasi/Sijil/Diploma sesi akademik 2020/2021 di Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti & ILKA.

Calon boleh rujuk Maklumat Kategori Permohonan Lepasan SPM/Setaraf ini.

KATEGORI STPM/SETARAF

Calon yang layak membuat permohonan adalah dari kategori berikut:

  • STPM 2019
  • Matrikulasi KPM / Asasi Sains UM / Asasi UITM 2019 & 2020
  • STAM 2018 & 2019
  • Diploma Setaraf

Calon dari senarai di atas layak membuat permohonan bagi peringkat pengajian Ijazah Sarjana Muda sesi Akademik 2020/2021 di Universiti Awam.

Calon boleh rujuk Maklumat Kategori Permohonan Lepasan STPM/Setaraf ini.

Setelah mengenal pasti kategori masing-masing, pemohon UPU 2020/2021 boleh membuat semakan syarat khas dan senarai program pengajian yang ditawarkan berdasarkan kategori tersebut sebagai maklumat atau rujukan awal sebelum mengemukakan permohonan.

Calon bokeh melakukan semakan syarat dan senarai program pengajian yang ditawarkan melalui pautan khas di bawah:

TARIKH PERMOHONAN UPU ONLINE 2020/2021 DIBUKA

Telah ditetapkan bahawa calon boleh mula mengemukakan permohonan UPU Online 2020/2021 mulai 24 Februari 2020 sehingga 31 Mac 2020 bagi lepasan SPM dan sehingga 7 April 2020 bagi lepasan STPM.

TARIKH PEMBELIAN NO UNIK ID UPU PERMOHONAN 2020/2021

Nombor pin unik ID UPU boleh mula dibeli di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN), di mesin ATM BSN atau menggunakan perkhidmatan SMS Banking seluruh negeri bermula 24 Februari ~ 07 April 2020 nanti.

Number unik ID UPU adalah berharga RM15.60 tanpa GST.

Calon juga boleh rujuk Jadual Penjualan dan Tarikh Pembelian dan Harga No Unik ID BSN ini Iklan Permohonan UPU Online 2020

SISTEM APLIKASI BORANG PERMOHONAN UPU ONLINE

Setelah anda membeli nombor unik ID BSN bagi permohonan UPU 2020/2021 mengikut kategori masing-masing, pemohon boleh mula mengemukakan permohonan UPU secara online menggunakan no Unik ID tadi.

Permohonan perlulah melalui aplikasi atas talian/online yang disediakan yang boleh diakses melalui Sistem Aplikasi Permohonan UPU online di bawah menggunakan no unik ID untuk mengakses atau Log Masuk sistem aplikasi borang permohonan UPU

Sila klik Sistem Aplikasi Borang Online Permohonan UPU 2020/2021

Perhatian: Sistem aplikasi permohonan UPU online hanya akan diaktifkan pada tarikh yang telah ditetapkan iaitu pada 24 Februari 2020. Bagi permohonan kali pertama/baru perlu mendaftar sebagai pengguna sistem UPUOnline terlebih dahulu sebelum boleh membuat permohonan.

MAKLUMAT LANJUT, PANDUAN & PERTANYAAN

Untuk mengikuti maklumat terkini atau pertanyaan, pemohon dinasihatkan untuk layari laman Facebook rasmi dan portal rasmi UPU melalui pautan yang disediakan di bawah.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image