Info Kerjaya Malaysia

Cara Mengemukakan Permohonan Jawatan Penolong Pengurus Asrama Gred N29 Dengan Sijil STP/STPM/Diploma/STAM Dan HSC

849

Banyak kelebihan serta faedah yang dinikmati oleh pekerja dalam sektor kerajaan. Antaranya adalah seperti elaun COLA, menerima bayaran pencen dan macam-macam lagi. Oleh sebab itulah, majoriti rakyat Malaysia berlumba-lumba untuk menjawat jawatan penjawat awam.

Buktinya, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang merupakan sebuah badan kerajaan yang berperanan menguruskan permohonan kerja dalam sektor kerajaan telah telah menerima lebih dari ribuan permohonan setiap bulan.

Persoalannya ialah masihkah ada peluang untuk anda menjadi seorang penjawat awam. Jangan bimbang! Dalam laman web rasmi SPA, anda boleh menemui ratusan jawatan sektor kerajaan yang sesuai dengan kelayakan anda untuk di mohon.

Antara jawatan yang anda boleh mohon sekarang adalah jawatan Penolong Pengurus Asrama Gred N29.

Ringkasnya tugas seorang Penolong Pengurus Asrama N29 adalah mengurus pelajar dan kolej kediaman dengan kerjasama Pengetua dan Pengurus Asrama. Jawatan ini terletak di bawah kendalian pelbagai kementerian dan juga jabatan kerajaan. Kadar gaji setiap bulan adalah antara RM1,493 hingga RM5,672. Kadar kenaikan setiap tahun pula adalah sebanyak RM145

Bagi yang berminat, anda boleh kemukakan permohonan secara online di laman web rasmi SPA bahagian permohonan (SPA8i) sepanjang tahun. Tempoh sah permohonan adalah selama satu tahun. Pengisian jawatan pula akan dijalankan sekiranya ada kekosongan dalam jawatan ini.

Ketahui cara mengemukakan permohonan jawatan Penolong Pengurus Asrama N29, syarat-syarat kelayakan memohon jawatan ini dan bidang tugas Penolong Pengurus Asrama N29 dalam artikel ini.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON JAWATAN PENOLONG PENGURUS ASRAMA N29

Pastikan anda telah memenuhi kesemua syarat-syarat yang telah ditetapkan ini untuk memastikan anda layak memohon jawatan Penolong Pengurus Asrama N29. Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan
  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
  • Diploma yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95)
  • Calon bagi lantikan perlulah memperoleh Kepujian ( tidak kurang dari Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya.
  • Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penyelia Asrama adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pengurus Asrama Gred N29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
  • mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
  • lulus Peperiksaan Khas; dan
  • had umur pelantikan: berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

BIDANG TUGAS PENOLONG PENGURUS ASRAMA N29

Anda wajib tahu sedikit sebanyak tentang jawatan Penolong Pengurus Asrama N29. Perkara paling penting yang perlu anda tahu ialah bidang tugas Penolong Pengurus Asrama N29. Berikut merupakan bidang tugas bagi jawatan ini.

  • Bertanggungjawab mengurus pelajar dan kolej kediaman dengan kerjasama Pengetua dan Pengurus Asrama dalam melancarkan pentadbiran kolej yang berkaitan dengan pelajar, fasiliti dan kemudahan-kemudahan asas yang lain.

PEPERIKSAAN DAN TEMUDUGA

Hanya beberapa jawatan tawaran SPA ini mempunyai peperiksaan. Peperiksaan ini hanya akan diambil oleh calon yang permohonannya berjaya sahaja. Peperiksaan ini terbahagi kepada tiga seksyen iaitu Seksyen A untuk pengetahuan am, Seksyen B untuk daya penyelesaian masalah dan Seksyen C untuk ujian psikometrik.

Sekiranya anda lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan, anda akan dipanggil untuk menghadiri temuduga. Temuduga ini adalah tapisan terakhir dan untuk berjaya dalam temuduga ini, anda haruslah memiliki pengetahuan yang tinggi mengenai jawatan ini dan menonjol dalam mempamerkan kebolehan berkomunikasi.

CARA-CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN JAWATAN PENOLONG PENGURUS ASRAMA N29

Layari laman web rasmi SPA bahagian permohonan (SPA8i) untuk mengisi permohonan anda. Anda boleh klik link yang disediakan di bawah untuk anda mengisi permohonan secara online.

MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN PERMOHONAN JAWATAN PENOLONG PENGURUS ASRAMA N29

Layari laman web rasmi SPA untuk mendapatkan meklumat lebih lanjut berkaitan dengan permohonan jawatan ini. Klik link yang telah disediakan di bawah untuk ke laman web rasmi SPA.

laman web rasmi spa

Kami mendoakan permohonan anda berjaya! Pastikan pengisian permohonan jawatan ini dilakukan dengan tepat dan lengkap.

close-image