Cara Mengemukakan Permohonan Jawatan Penolong Pegawai Penyelidik Sosial Gred N29 Dengan Sijil STP/STPM/Diploma/STAM Dan HSC

357

Sebenarnya, terdapat bermacam-macam jenis jawatan dalam sektor kerajaan yang boleh anda mohon berdasarkan minat serta kelayakan anda. Jawatan-jawatan ini boleh anda mohon melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Terdapat pelbagai kementerian dan jabatan kerajaan yang mempromosikan jawatan kosong di laman web SPA. Salah satu daripada jabatan tersebut adalah Jabatan Penerangan. Jabatan Penerangan menawarkan jawatan Penolong Pegawai Penyelidik Sosial Gred N29 untuk permohonan.

Penolong Pegawai Penyelidik Sosial N29 berperanan dalam menjalankan kerja-kerja soal selidik. Jawatan ini juga terletak di bawah kumpulan Pelaksana manakala gaji bagi jawatan pula ada antara RM1,493 hingga RM5,672. Kadar kenaikan gaji bagi setiap tahun adalah sebanyak RM145.

Bagi yang berminat, permohonan adalah sepanjang tahun dan perlu dilakukan secara online melalui laman web rasmi SPA bahagian permohonan (SPA8i). Permohonan anda sah selama satu tahun.

Untuk pengetahuan anda juga, ambilan bagi jawatan ini hanya akan dilakukan sekiranya terdapat kekosongan dalam jawatan ini di Jabatan Penerangan. Ambilan untuk tahun ini masih belum dibuka kerana masih belum terdapat kekosongan dalam jawatan ini.

Perlukan lebih maklumat tentang permohonan jawatan ini? Baca artikel ini untuk dapatkan panduan lengkap permohonan jawatan Penolong Pegawai Penyelidik Sosial N29, syarat-syarat kelayakan memohon jawatan ini serta bidang tugas Penolong Pegawai Penyelidik Sosial N29.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON JAWATAN PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK SOSIAL GRED N29

Pastikan anda telah memenuhi kesemua syarat-syarat yang telah ditetapkan ini untuk memastikan anda layak memohon jawatan Penolong Pegawai Penyelidik Sosial N29. Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan
  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00) atau
  • Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95)
  • Calon bagi lantikan perlulah memperoleh Kepujian ( tidak kurang dari Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bagi tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau
    Sijil Vokasional Malaysia (SVM) atau kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau yang setaraf dengannya.
  • Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Penyelidik Sosial adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Penyelidik Sosial Gred N29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
  • mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau lulus Peperiksaan Khas; dan
  • had umur pelantikan: berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

BIDANG TUGAS PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK SOSIAL N29

Anda wajib tahu sedikit sebanyak tentang jawatan Penolong Pegawai Penyelidik Sosial N29. Perkara paling penting yang perlu anda tahu ialah bidang tugas Penolong Pegawai Penyelidik Sosial N29. Berikut merupakan bidang tugas bagi jawatan ini.

  • Menjalankan kerja-kerja soal selidik, menyemak data dan membantu dalam penyediaan dan penerbitan laporan

PEPERIKSAAN DAN TEMUDUGA

Peperiksaan perkhidmatan awan akan dijalankan secara online (sekiranya jawatan yang anda pohon itu terdapat peperiksaan). Peperiksaan ini hanya akan diambil oleh calon yang permohonannya berjaya sahaja. Struktur bagi peperiksaan ini adalah merangkumi pengetahuan am, pengetahuan tentang jawatan, ujian psikometrik dan juga ujian penyelesaian masalah.

Sebaik anda lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan, anda akan dipanggil untuk menghadiri temuduga. Temuduga ini adalah tapisan terakhir dan untuk berjaya dalam temuduga ini, anda haruslah memiliki pengetahuan yang tinggi mengenai jawatan ini dan menonjol dalam mempamerkan kebolehan berkomunikasi.

CARA-CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN JAWATAN PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK SOSIAL N29

Layari laman web rasmi SPA bahagian permohonan (SPA8i) untuk mengisi permohonan anda. Anda boleh klik link yang disediakan di bawah untuk anda mengisi permohonan secara online.

MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN PERMOHONAN JAWATAN PENOLONG PEGAWAI PENYELIDIK SOSIAL N29

Layari laman web rasmi SPA untuk mendapatkan meklumat lebih lanjut berkaitan dengan permohonan jawatan ini. Klik link yang telah disediakan di bawah untuk ke laman web rasmi SPA.

laman web rasmi spa

Bagi anda yang mengemukakan permohonan, kami sentiasa mendoakan kejayaan permohonan anda.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image