Info Kerjaya Malaysia

Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus Tingkatan 1 & Tingkatan 4 / Tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia Tahun 2021

2,686

Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus Tingkatan 1 & Tingkatan 4 / Tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia Tahun 2021

Untuk pengetahuan anda, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan satu kaedah baharu bagi pemilihan murid untuk kemasukan ke sekolah khusus iaitu :

  • Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
  • Sekilah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
  • Sekolah Menengah Teknik (SMT)
  • Kolej Vokasional (KV)
  • Maktab Tentera Diraja (MTD)

Setiap murid akan melalui satu ujian Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) dimana saringan pemilihan murid diadakan untuk memastikan murid yang dipilih memenuhi kriteria kemasukan ke sekolah khusus.

3 komponen pentaksiran ini ialah :

  • Kecerdasan Insaniah
  • Kecerdasan Intelek
  • Artikulasi Penulisan

Tarikh Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus Tingkatan 1 & Tingkatan 4 / Tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia Tahun 2021

Untuk membuat permohonan, sila rujuk tarikh untuk permohonan dalam talian, semakan pusat pentaksiran dan pelaksanaan pentaksiran seperti berikut :

Permohonan Dalam Talian

  • Tingkatan 1 : 7 September – 2 Oktober 2020
  • Tingkatan 4 : 7 September – 2 Oktober 2020

Semakan Pusat Pentaksiran

  • Tingkatan 1 : 7 – 23 Oktober 2020
  • Tingkatan 4 : 12 Oktober – 6 November 2020

Menduduki Pentaksiran

  • Tingkatan 1 : 12 – 23 Oktober 2020
  • Tingkatan 4 : 26 Oktober – 6 November 2020

Cara Membuat Permohonan

Tingkatan 1

  • Permohonan kemasukan ke Tingkatan 1 bagi SBP dan SMKA adalah secara online melalui pautan berikut : https://spskt1.moe.gov.my

Tingkatan 4

  • Permohonan kemasukan ke Tingkatan 4 bagi SBP, SMKA, SMT dan Tahun Satu Sijil Vokasional Malaysia 91SVM) KV serta MTD secara online melalui pautan berikut : https://spskt4.moe.gov.my

Permohonan Kemasukan Sekolah Khusus Tingkatan 1 & Tingkatan 4 / Tahun 1 Sijil Vokasional Malaysia Tahun 2021

Tarikh Semakan Permohonan

Berikut adalah tarikh untuk semakan keputusan permohonan, pendaftaran dan rayuan.

Semakan Keputusan Permohonan

  • Tingkatan 1 : 15 Januari 2021
  • Tingkatan 4 : 5 Februari 2021

Pendaftaran Kemasukan Ke Sekolah Khusus

  • Tingkatan 1 : 16 Februari 2021
  • Tingkatan 4 : 23 Februari 2021

Permohonan Rayuan

  • Tingkatan 1 : 15 – 29 Januari 2021
  • Tingkatan 4 : 5 – 19 Februari 2021

Nota : Pemohon hanya menerima 1 tawaran ke sekolah khusus yang ditetapkan dan keputusan adalah muktamad.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sebarang pertanyaan serta maklumat lanjut, sila hubungi KPM di saluran berikut :

close-image