Permohonan DPLI Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah & Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam (ISMPPI) UniSZA di Buka

0

HEBAHAN PENAWARAN PROGRAM DIPLOMA PENDIDIKAN (LEPASAN IJAZAH) (DPLI) DAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (PENDIDIKAN ISLAM) (ISMPPI) KEMASUKAN SEPTEMBER 2020 DI UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN (UniSZA).

Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) akan menawarkan Kemasukan Pelajar Baharu Program DPLI dan Program ISMPPI bagi Sesi Akademik 2020/2021 pada bulan September 2020.

Baca juga: Permohonan Lesen P & L Percuma 2020

Kami membuka pelawaan ini kepada semua yang berkelayakan dan berminat untuk menyertai program DPLI dan ISMPPI di UniSZA bermula 9 Feb 2020 Sehingga 6 April 2020.

  • Untuk pengetahuan pemohon, Penawaran program DPLI akan dijalankan di (2) dua tempat iaitu:

I) UniSZA Kampus Gong Badak
II) UniSZA @ Putrajaya/ Pusat Pendidikan Berterusan UM

  • Penawaran program ISMPPI – dijalankan di UniSZA @ Putrajaya/ Pusat Pendidikan Berterusan UM sahaja.
  • Penawaran Program Pendidikan DPLI dan ISMPPI ini adalah berbentuk Open Market (Pasaran Terbuka) dan tiada jaminan penempatan di sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), selepas menamatkan pengajian.
  • Opsyen/ elektif yang ditawarkan bagi program DPLI hanya empat (4) sahaja:i) Pendidikan Islam
    ii) Bahasa Arab
    iii) Matematik
    iv) Teknologi Maklumat
  • Saringan permohonan program akan dibuat merujuk kepada ijazah pemohon serta melihat kepada opsyen yang ditawarkan di UniSZA.
  • Tempoh program DPLI adalah SETAHUN. Jadual bagi program ini agak padat dan juga mempunyai program wajib diikuti diantaranya Program Bina Insan Guru (melibatkan aktiviti lasak) dan partikum (Latihan Mengajar). Bagi memastikan program ini tamat dalam tempoh sepertimana yang dinyatakan, pelajar tidak boleh mengandung sepanjang pengajian. Sekiranya didapati mengandung tawaran ini akan terbatal secara automatik.
  • Tempoh program ISMPPI adalah 4 tahun (8 semester biasa, 2 semester pendek).

SYARAT PERMOHONAN DIPLOMA PENDIDIKAN LEPASAN IJAZAH DPLI

SYARAT DPLI

SYARAT PERMOHONAN IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (PENDIDIKAN ISLAM) (ISMPPI)

SYARAT PERMOHONAN IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (PENDIDIKAN ISLAM) (ISMPPI)

MAKLUMAT PENTING!

Sebelum mengisi permohonan, pemohon dikehendaki menyediakan semua dokumen dibawah untuk upload dalam sistem permohonan (DALAM JPEG):

  • i) Gambar saiz passport
  • ii) Salinan Kad Pengenalan yang disahkan
  • iii) Salinan Sijil Akademik (SPM, STAM, STPM)
  • iv) Salinan Ijazah/Diploma yang disahkan
  • v) Salinan Transkrip yang disahkan
  • vi) Salinan Sijil MUET yang disahkan (bagi permohonan program ISMPPI)
  • vii) Surat Pengesahan Majikan (bagi yang sedang dalam perkhidmatan)

Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi 09-6688811

INFO LANJUT PERMOHONAN DPLI ISMPPI UNISZA

Sila rujuk pautan di bawah untuk maklumat lanjut Permohonan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah DPLI & Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Islam (ISMPPI) UniSZA.

  1. Untuk Permohonan, klik di sini.
  2. Syarat kemasukan program klik disini.
  3. Nota Hebahan klik disini.

Leave a Reply