Info Kerjaya Malaysia

Permohonan DPLI Ambilan 2018 (Universiti Malaya) Di Buka

600

Kepada anda yang mempunyai minat untuk menjadi seorang guru tetapi telah mengambil bidang pengajian lain selain daripada bidang Pendidikan dalam Ijazah Sarjana Muda, anda sebenarnya masih berpeluang untuk mengejar cita-cita idaman anda itu.

Untuk pengetahuan anda, terdapat suatu program pengajian yang dinamakan sebagai Program Diploma Pengajian Lepasan Ijazah (DPLI) yang dibuka untuk tahun 2018 di Universiti Malaya (UM).

Pemohon perlu memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda atau kelayakan lain yang setaraf untuk memohon Program DPLI ini. DPLI berbeza dengan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) yang ditawarkan di Institut Pendidikan Guru (IPG) kerana PISMP adalah khas untuk pelajar lepasan SPM manakala DPLI pula adalah khas untuk pelajar yang sudah ada Ijazah.

Lepasan DPLI akan ditempatkan di sekolah menengah di seluruh negara termasuklah di sekolah-sekolah berprestasi tinggi mahupun Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Namun, adalah dimaklumkan bahawa tiada pengesahan posting selepas tamat belajar. Semuanya bergantung kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Tempoh pengajian dalam Program DPLI adalah selama 3 semester.

YURAN UNTUK PROGRAM DPLI UM

Jumlah yuran keseluruhan bagi program DPLI adalah seperti berikut:

  • Yuran Keseluruhan Program DPLI: RM10,000

BIDANG PROGRAM YANG DITAWARKAN DALAM DPLI UM

Berikut merupakan major ataupun bidang program yang ditawarkan dalam Program DPLI ini di UM. Major merupakan subjek yang akan diajar oleh penuntut DPLI ketika posting di sekolah kelak.

  1. Bahasa Melayu
  2. Bahasa Inggeris
  3. Bahasa Cina
  4. Bahasa Tamil
  5. Matematik
  6. Pendidikan Islam
  7. Sains
  8. Pendidikan Pra Sekolah
  9. Pendidikan Seni Visual
  10. Kemahiran Hidup
  11. Pendidikan Jasmani
  12. Pengajian Sosial
  13. Pendidikan Muzik

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN PROGRAM DPLI

Sebelum anda mengemukakan permohonan untuk menyertai program DPLI ini, pastikan anda memenuhi setiap syarat kelayakan yang telah ditetapkan terlebih dahulu. Antara syarat-syarat kelayakan tersebut adalah seperti berikut.

  • Warganegara Malaysia
  • Umur tidak melebihi 35 tahun.
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf dengannya daripada Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) tempatan atau luar negara.
  • Memiliki ijazah yang diiktiraf oleh kerajaan.
  • Memiliki kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V) atau lulus kertas khas Bahasa Melayu di peringkat universiti/ IPTA tempatan yang diiktiraf. Prinsipal Bahasa Melayu di peringkat STPM boleh menggantikan kepujian Bahasa Melayu di peringkat SPM/SPM(V).
  • Bagi memohon Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah, calon hendaklah memiliki ijazah sama ada dalam bidang Pengajian Islam atau Pengajian Bahasa Arab atau al-Quran atau bidang yang berkaitan.
  • Calon hendaklah sihat tubuh badan dan berupaya mengikuti program-program yang dirangka untuk kursus ini.
  • Calon yang berjaya dan ditawarkan kursus mestilah menunjukkan ijazah (skrol) semasa pendaftaran di Institut Pendidikan Guru Malaysia.
  • Calon yang masih lagi terikat dengan kontrak perkhidmatan agensi kerajaan termasuk yang sedang mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) j-QAF Mode Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah atau Kursus Dalam Cuti tidak layak memohon.

CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN MENYERTAI PROGRAM DPLI UM

KEMASKINI: Untuk makluman semua, program DPLI­ UM tiada ikatan dengan Kementerian Pendidikan Malaysia dan tidak semestinya dijamin kerja di bawah KPM cuma anda hanya layak mendapat lesen mengajar dan masuk dalam bidang pendidikan sahaja.

Program ini juga tidak menyediakan sebarang biasiswa atau elaun sepertimana program kendalian KPM dahulu yg dikenali KPLI/DPLI. Harap Maklum.

Bagi anda yang berminat dengan program DPLI serta memenuhi kesemua syarat kelayakan yang telah ditetapkan, anda bolehlah mengemukakan permohonan.

Permohonan perlu dikemukakan secara online menerusi laman web e-Application UM. Sila klik link yang telah disediakan di bawah untuk mengemukakan permohonan. Kemudian ikuti langkah yang disenaraikan di bawah.

Berikut merupakan langkah-langkah kemukakan permohonan secara online di e-Application UM.

  1. Klik Mode of Programme dan pilot COURSEWORK.
  2. Klik Intake dan pilih SEMESTER 1, SESSION 2018/2019 (SEPTEMBER 2018)
  3. Kemudian, klik Academy/ Faculty/ Institute/ Centre dan pilih EDUCATION.
  4. Akhir sekali, klik pada Programme dan pilih PHQ-DIPLOMA IN EDUCATION
  5. Isi maklumat yang diperlukan
  6. Tekan butang Submit.

Buat anda yang berminat dengan kerjaya sebagai guru, ini merupakan peluang keemasan anda. Segeralah memohon. Kami berharap artikel ini dapat membantu anda dalam mengemukakan permohonan. Kami mendoakan kejayaan anda.

close-image