Permohonan Bantuan Bekalan Makanan B40 Di Buka, Pekerja Cuti Tanpa Gaji Boleh Mohon Bantuan Bekalan Makanan, Isi Borang Di Sini

7,693

Sebentar tadi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pun membuat satu pengumuman khas di mana tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilanjutkan sehingga 14 April memandangkan kes positif COVID-19 masih berlaku.

Baca: Cara Mohon Bantuan Kewangan RM600 Untuk Pekerja Yang Terpaksa Mengambil Cuti Tanpa Gaji. Permohonan Di Buka Bermula 20 Mac

Sepanjang isu tempoh kawalan pergerakan ini diumumkan, Malakat Mall bersama Yayasan Brainy Bunch melancarkan Program Zero Hunger kepada keluarga B40 yang tidak mempunyai dana untuk membeli makanan semasa tempoh kawalan terhad pergerakkan. Program ini mengalu-alukan orang ramai yang memerlukan bantuan pembekalan makanan dan tinggal di kawasan terbabit untuk mohon bantuan ini segera.

Permohonan Bantuan Bekalan Makanan B40 Di Buka

Zero Hunger, merupakan satu unit utama di Yayasan Brainy Bunch yang membawa misi menyediakan makanan kepada keluarga yang memerlukan dan tidak berkemampuan. Bantuan ini menyediakan 1000 bakul berisi makanan keperluan asas bernilai RM100 setiap satu untuk diagihkan kepada keluarga golongan B40 yang layak bagi membantu meringankan beban mereka.

Baca: Download Borang Permohonan Bantuan Khas COVID-19 RM100 Sehari

Selain itu, nasi bungkus yang sudah siap dimasak turut diberikan bagi mereka yang tidak mempunyai makanan langsung. Kaedah agihan ialah dengan mengenal pasti beberapa lokasi strategik untuk golongan sasaran bagi memudahkan mereka akses kepada bantuan tersebut.

Kepada yang layak memohon sila mohon segera Bantuan Makan B40 ini melalui pautan yang disediakan di bawah. Pastikan anda cukup syarat yang telah ditetapkan.

Syarat-Syarat Untuk Mohon

1) Pendapatan Isi Rumah – Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3500 sebulan dan bekalan makanan yang tidak mencukupi

2) Tanggungan Isi Rumah – Mempunyai bilangan tanggungan isi rumah yang tinggi

3) Pekerja Yang Bercuti Tanpa Gaji – Pekerja-pekerja yang mendapat notis bercuti tanpa gaji sepanjang tempoh COVID-19

4) Hilang Punca Pendapatan Keluarga – Masalah-masalah lain yang menyebabkan hilang punca pendapatan sepanjang tempoh pelaksanaan perintah kawalan

5) Peniaga Pasar Malam – Peniaga pasar malam yang tidak dapat berniaga dan menjana pendapatan kerana perintah kawalan pergerakan oleh kerajaan

6) Ibu Tunggal – Ibu tunggal yang mempunyai tanggungan isi rumah yang banyak.

Borang Permohonan Bantuan Makanan B40

Bagi yang ingin buat permohonan, boleh isi borang permohonan lengkap melalui pautan di bawah.

DOWNLOAD BORANG

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image