Info Kerjaya Malaysia

Sebutkan Satu Perkara Tentang Anda Yang Tiada Dalam Resume?

3,150

Sekiranya penemuduga meminta anda untuk “Sebutkan satu perkara tentang anda yang tiada dalam resume,” apa yang perlu anda jawab?

Untuk menjawab soalan begini anda perlu memastikan anda telah membaca resume dengan teliti terlebih dahulu. Maknanya anda perlulah tahu tentang resume anda melebihi penemuduga. Barulah anda dapat memastikan jawapan yang sesuai untuk diberikan kepada penemuduga.

Baca: Jenis hobi dan minat perlu dimasukkan dalam Resume

Bagaimana untuk menjawab soalan ini dengan yakin? Ikuti perkongsian dibawah untuk memudahkan anda menjawab soalan yang diajukan.

Rancang Jawapan Anda

Berikut adalah beberapa langkah yang harus diambil untuk menjawab soalan tersebut :

  • Semak resume anda
  • Pilih maklumat yang berpotensi tinggi
  • Kenal pasti faedahnya
  • Kaitkan maklumat dengan jawatan atau syarikat

1. Semak resume anda

Mungkin ada maklumat yang tidak dimasukkan ke dalam resume anda yang menunjukkan aspek penting berkaitan latar belakang profesional anda. Maklumat tersebut adalah :

  • Pengalaman 

Resume anda menunjukkan pengalaman yang paling sesuai dengan jawatan yang dipohon. Ketika temuduga anda boleh menyebut pekerjaan sambilan, sukarelawan atau menceritakan pelbagai pengalaman anda yang tidak diceritakan di dalam resume.

Baca: Contoh Resume Untuk Fresh Graduate Yang Tiada Pengalaman Kerja

  • Kemahiran

Huraikan kemahiran anda dengan lebih terperinci dan anda boleh menceritakan kemahiran lain yang anda tidak letak di dalam resume.

  • Sijil Ikhitisas / Profesional

Anda mungkin mempunyai sijil teknikal, kemahiran pengurusan atau kelayakan profesional yang lain. Walaupun anda mungkin telah menyebutkannya dalam resume, anda dapat menjelaskan mengapa anda mendapatkan sijil tersebut dan bagaimana anda merancang untuk menggunakannya dalam jawatan baru.

  • Penghargaan atau pencapaian

Ceritakan penghargaan dan pencapaian yang telah anda perolehi kepada penemuduga. Ceritakan juga bagaimana anda mendapat penghargaan tersebut dan bagaimana anda mengatasi halangan untuk mencapai matlamat anda.

  • Aktiviti luar

Mempunyai hobi di luar tempat kerja dapat membantu anda mengembangkan kemahiran dan memberi anda masa untuk mengejar minat yang lain. Semasa temuduga, anda boleh membincangkan bagaimana elemen-elemen ini menjadikan anda seorang profesional yang cekap dan tekun dalam pekerjaan.

  • Minat 

Terangkan bagaimana anda meminati perkara tertentu, kerja amal atau minat lain di luar waktu kerja untuk memperluaskan perspektif penemuduga mengenai kelayakan anda.

2. Pilih maklumat yang berpotensi tinggi

Semasa menyemak resume anda, pilih maklumat yang membezakan anda dari pemohon lain dan tunjukkan kemampuan anda untuk cemerlang dalam jawatan tersebut. Walaupun kelayakan dan kepakaran anda dapat menjadikan anda adalah pilihan yang baik untuk jawatan tersebut tetapi pengalaman dan perspektif unik yang ada pada anda merupakan kelebihan buat anda.

Baca: Template Resume Ringkas Untuk Rujukan Anda

3. Kenal pasti faedahnya

Sebelum anda memberi jawapan, kenal pasti faedahnya berdasarkan :

  • Kemahiran

Pilih kemahiran yang tiada dalam resume anda yang memberikan manfaat jika digunakan di tempat kerja baru.

  • Kelayakan 

Sekiranya maklumat tersebut membantu menentukan gaya kepemimpinan anda, etika kerja atau ciri  profesional yang lain, pertimbangkan untuk membincangkannya semasa temuduga.

  • Nilai atau hasrat

Nyatakan nilai atau hasrat sekiranya anda mendapat jawatan tersebut. Pastikan ianya merangkumi perkembangan kerjaya anda, matlamat kerjaya serta kehidupan yang seimbang untuk anda menghadapi cabaran baru.

4. Kaitkan maklumat dengan jawatan atau syarikat

Kaitkan maklumat anda dengan jawatan atau misi syarikat untuk dibincangkan. Pastikan anda mempunyai maklumat syarikat supaya jawapan yang diberikan mempunyai hubungkait dengan matlamat syarikat.

Baca: 5 Kandungan Ini Dah Tak Relevan Dalam Resume Anda

Secara tidak langsung ia akan memperlihatkan bahawa anda layak untuk memenuhi kehendak syarikat dengan maklumat yang diberikan.

Tips Menjawab

Gunakan tips berikut ketika memberikan jawapan :

  • Yakin ketika memberikan jawapan. Jawab soalan ini dengan jelas dan bersahaja menunjukkan kepada penemuduga bahawa anda mempercayai kelayakan anda, yang boleh menjadikan anda layak sebagai pekerja.
  • Ringkas.Ceritakan dengan ringkas jawapan anda dan pastikan penemuduga memahami jawapan yang anda sampaikan.
  • Gunakan kaedah Situation, Task, Action, Result (STAR) untuk menceritakan faedah maklumat yang anda nyatakan.
  • Terangkan mengapa anda tidak memasukkan maklumat tersebut di dalam resume anda. Nyatakan bahawa ianya tidak sesuai dengan jawatan yang dipohon untuk dimasukkan ke dalam resume anda.

Contoh Jawapan

Berikut adalah beberapa contoh yang sesuai untuk anda memberikan jawapan jika ditanya dengan soalan tersebut.

Contoh 1: Pengalaman yang tidak berkaitan

“Satu pengalaman yang tidak dimasukkan ke dalam resume saya adalah sebagai pemandu pelancong kampus. Saya mengetuai lawatan berkumpulan calon pelajar dan keluarga mereka di sekitar sekolah dan membincangkan pengalaman saya sebagai pelajar. Saya tahu apa yang mereka lalui kerana saya berada di tempat mereka tiga tahun sebelum itu. Saya menjadi pakar di kolej saya untuk membantu golongan muda merasa lebih yakin dengan pendidikan masa depan mereka.

Baca: Panduan Temuduga Berkumpulan

Oleh kerana saya memohon jawatan sebagai copywriter, saya memilih untuk fokuskan resume saya berkaitan dengan pengalaman seperti menulis dan menyunting. Namun, tugas saya sebagai pemandu pelancong meningkatkan kemampuan saya untuk berhubungan dengan orang lain serta mempunyai keperluan dengan pelanggan dan penting untuk jawatan ini. ”

Contoh 2: Hobi 

“Saya menyertai kumpulan larian yang bertemu setiap hujung minggu untuk larian jarak jauh. Semasa mula-mula pindah ke sini, perkara pertama yang dilakukan adalah dengan mengedar risalah di gim, tetapi sekarang saya bertugas dibahagian media sosial dan menguruskan aturcara acara kumpulan tersebut. Ia bermula dengan hanya beberapa orang, tetapi sekarang ini terdapat 30 ahli yang ingin menjadi lebih aktif dan sihat. Saya menggunakan kemahiran saya dalam komunikasi media sosial dan semangat keusahawanan untuk membantu orang lain. Saya faham bahawa kemahiran ini sangat sesuai untuk jawatan sebagai penyelaras media sosial. ”

Baca: Cara Susun File Temuduga

Contoh 3: Kemahiran utama

“Saya memilih untuk tidak memasukkan kemahiran pengekodan pada resume saya kerana pekerjaan ini nampaknya lebih tertumpu pada reka bentuk grafik dan penjenamaan produk. Namun, saya mempunyai pengalaman dengan HTML, CSS dan JavaScript dan saya berminat untuk menggunakan kemahiran ini pada pelbagai projek pembangunan web yang dapat saya tetapkan. ”

Diharap anda memanfaatkan perkongsian ini agar anda lebih yakin untuk menjawab soalan, “Sebutkan satu perkara tentang anda yang tiada dalam resume.” Pastinya anda berjaya menjawab dengan mudah sekiranya anda merancang jawapan yang sesuai. Semoga berjaya.

close-image