Info Kerjaya Malaysia

PERKESO Beri Perlindungan Buat Anda Yang Bekerja Dari Rumah

2,819

PERKESO Beri Perlindungan Buat Anda Yang Bekerja Dari Rumah

Anda yang bekerja di rumah / Work From Home(WFH) juga diberikan perlindungan oleh PERKESO menerusi Skim Bencana Kerja yang diperuntukkan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4).

Bekerja Dari Rumah / Work From Home (WFH)

Merupakan satu aktiviti pekerjaan seseorang pekerja yang menjalankan tugas rasmi mereka di premis atau tempat kediaman yang diarahkan oleh majikan.

PENJANA : PERKESO Beri Perlindungan Buat Anda Yang Bekerja Dari Rumah

Kelayakan Perlindungan Skim Bencana Kerja

Siapa yang layak untuk menerima Skim Bencana Kerja ini?

  • Anda (PEKERJA) yang telah didaftarkan dan mencarum di bawah
    Skim Bencana Kerja (SBK), Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4).
    • Takrifan (PEKERJA) yang dimaksudkan adalah seorang yang diambil bekerja dengan bergaji di bawah satu kontrak perkhidmatan atau kontrak perantisan dengan majikan sesuatu perusahaan yang diliputi di bawah Akta 4.

Perlindungan Ditimpa Musibah Semasa Bekerja Dari Rumah

Untuk pengetahuan anda, pekerja yang ditimpa musibah dilindungi di bawah Skim Bencana Kerja bila kemalangan atau suatu penyakit khidmat itu terbit dan dalam masa pekerja menjalankan aktiviti pekerjaannya semasa bekerja di rumah.

Siasatan akan dijalankan untuk memastikan kemalangan berkenaan adalah bencana kerja selaras dengan seksyen 2(6),Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969 (Akta 4).

Perlindungan Untuk Pekerja Sementara & Kontrak

Pekerja sementara dan kontrak juga akan dilindungi oleh PERKESO dibawah Akta 4 dan mereka wajib didaftarkan dengan PERKESO.

Had Umur Mencarum Skim Bencana Kerja

Untuk caruman Skim Bencana Kerja ini, tiada had umur untuk pekerja selagi mereka masih bekerja selaras dengan takrifan pekerja.

Cara Membuat Tuntuan Skim Bencana Kerja

Untuk membuat tuntun Skim Bencana Kerja ini :

  • Majikan hendaklah melaporkan kepada PERKESO.
  • Majikan perlu mengisi Butiran Notis dan Tuntutan Faedah (Borang 34).
  • Kemukakan bersama : Salinan Kad Pengenalan, Sijil cuti sakit, dokumen berkaitan mengesahan pekerja bekerja dari rumah dan lain-lain dokumen yang diperlukan PERKESO.
  • Borang yang siap diisi boleh dihantar ke pejabat PERKESO yang berdekatan.

Borang Tuntutan

Senarai Semak Dokumen Permohonan Skim Bencana Kerja

Untuk semakan dokumen permohonan, rujuk senarai semak dibawah.

Info & Maklumat Lanjut

Jika anda inginkan info selanjutnya mengenai skim ini, anda boleh hubungi PERKESO di saluran berikut :

  • Telefon : 03-4264 5000
  • Khidmat Pelanggan : 1 300 22 8000
  • Faks : 03- 4256 7798
  • Emel : [email protected]

close-image