Info Kerjaya Malaysia

Penggunaan Warna Dalam Resume: Berapa Warna Yang Sesuai Untuk Resume Anda?

4,980

Penggunaan Warna Dalam Resume: Berapa Warna Yang Sesuai Untuk Resume Anda?

Template resume kini kebanyakannya menggunakan beberapa jenis warna dalam kandungan resume tersebut. Ia berfungsi untuk mengasingkan seksyen atau bahagian maklumat atau isi kandungan resume dengan mudah.

Namun adakah penggunaan warna di dalam resume ini dibolehkan dan sesuai untuk resume anda?

Baca perkongsian ini untuk mengetahui sama ada penggunaan warna boleh digunakan atau tidak di dalam resume serta berapakah warna yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam resume anda.

Bolehkah Menggunakan Warna Di Dalam Resume?

Ya boleh. Ini kerana warna membantu untuk memberikan kesan yang positif kepada pemohon. Jika warna hitam putih menampakkan resume anda kelihatan profesional, penggunaan warna yang lain pula menunjukkan anda seorang yang kreatif.

Pastikan anda limitkan penggunaan warna dan tidak keterlaluan. Gunakan warna yang berlainan lebih kurang 2 warna sahaja dan sesuaikan dengan bidang kerja yang anda pohon.

Penggunaan Warna Dalam Resume: Adakah Itu Ok?

Jumlah Warna Yang Sesuai Diletakkan Di Dalam Resume Anda

Anda boleh memasukkan minimum 3 warna ke dalam resume anda. Jika terlebih warna, khuatir juga resume anda seolah-olah lukisan kanak-kanak tadika pula. Antara warna yang dicadangkan adalah :

  • Hijau
  • Hitam
  • Putih
  • Biru
  • Merah
  • Biru
  • Oren

Dan pelbagai warna yang difikirkan sesuai.

Kesesuaian Penggunaan Warna

Anda boleh menggunakan warna selain hitam dan putih dengan tujuan :

  • Menarik perhatian
  • Sepadan Dengan Kehendak Majikan
  • Menunjukkan kreativiti

1. Menarik perhatian

Objektif utama warna yang boleh digunakan dalam resume anda adalah untuk menarik perhatian pembaca ke kawasan tertentu pada resume. Secara amnya, majikan atau sumber manusia hanya menghabiskan beberapa saat membaca resume sebelum memutuskan untuk menyimpannya atau tidak. Ia menarik perhatian mereka  untuk fokus pada maklumat yang penting sahaja. Letakkan warna pada tajuk maklumat resume anda.

2. Sepadan Dengan Kehendak Majikan

Keperibadian dan watak yang anda tunjukkan dalam resume dapat membantu majikan atau sumber manusia memutuskan adakah anda sesuai dengan kehendak mereka. Sekiranya anda memohon pekerjaan di pejabat dengan suasana moden dan tidak formal, skema warna terang dapat membantu anda menonjol sebagai prospek yang serasi. Sebagai alternatif, jika anda mengemukakan permohonan anda kepada syarikat yang lebih formal atau tradisional, penggunaan warna yang natural sesuai digunakan. Dapatkan maklumat syarikat untuk menentukan penggunaan warna yang sesuai dalam resume anda.

3. Menonjolkan kreativiti

Melalui penggunaan warna yang sesuai dan penyesuaian warna yang tepat menunjukkan kreativiti anda dan menarik perhatian majikan untuk terus membaca resume anda. Ia sangat sesuai sekiranya anda memohon pekerjaan yang memerlukan daya kreatif dalam setiap tugasan seperti pereka fesyen, pereka grafik, pelukis animasi, pereka dalaman dan guru.

Penggunaan Warna Dalam Resume: Adakah Itu Ok?

Penggunaan Warna Hitam Putih Dalam Resume

Dalam beberapa keadaan, penggunaan hitam dan putih boleh menjadi lebih berkesan daripada menerapkan warna dalam resume.

Berikut adalah beberapa cadangan untuk penggunaan warna hitam putih dalam resume :

Kekurangan pengalaman reka bentuk

Menggunakan warna hitam dan putih lebih mudah dan sederhana daripada menggunakan warna. Ini juga membolehkan anda memberi tumpuan kepada kandungan anda tanpa gangguan atau elemen yang kompleks. Sekiranya isi kandungan disusun dengan baik dan resume ditulis dengan baik, ia tetap menarik dan berkesan, walaupun tanpa warna yang terlalu terang.

Permohonan secara online

Salah satu kelemahan penggunaan warna dalam resume anda adalah kemungkinan reka bentuk menjadi rosak atau diubah ketika anda menghantar resume melalui online. Pertimbangkan juga sekiranya resume anda di imbas menggunakan sistem ATS. Resume berwarna-warni anda mungkin berubah ketika dibuka di skrin orang lain. Sekiranya warnanya diubah, ayat anda mungkin sukar atau langsung tidak dapat dibaca. Sekiranya anda menggunakan hitam dan putih atau kelabu, anda boleh mengelakkan masalah ini sepenuhnya.

Penggunaan Warna Dalam Resume: Adakah Itu Ok?

Jadi, selepas ini anda boleh membuat resume yang cantik dan menarik mengikut kreativiti anda. Sesuaikan dengan jawatan yang dipohon untuk tonjolkan kebolehan anda dan membolehkan majikan fokus pada maklumat tentang diri anda yang mereka inginkan untuk memenuhi kekosongan jawatan yang ditawarkan.

Tahu tak, dengan menggunakan cara betul bullet points dalam cover letter, ia boleh menarik bakal majikan anda menawarkan pekerjaan tersebut kepada anda dan ketahui caranya disini.

close-image