Iklan Pengambilan 18,702 Guru Baharu One-Off KPM Bermula 7 Julai 2021

58,925

Kementerian Pendidikan (KPM) mengumumkan program pengambilan khas secara one-off melibatkan 18,702 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 bagi menyelesaikan masalah kekurangan guru di negara ini.

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, iklan pengambilan khas tersebut akan dikeluarkan pada 7 Julai depan dengan penempatan secara berperingkat akan bermula pada Oktober 2021.

JUMLAH KEKOSONGAN GURU BAHARU ONE OFF KPM

IKLAN PENGAMBILAN GURU ONE OFF KPM (18,702 KEKOSONGAN)

Iklan rasmi Portal Kerjaya akan siarkan apabila mendapat maklumat terkini mengenai pengambilan Guru One Off nanti. Sila join chanel Telegram Kerjaya untuk tidak terlepas maklumat terkini ambilan guru melalui pautan di bawah.

SENARAI GURU AMBILAN SUBJEK BERIKUT

Dalam sidang media berkenaan juga dimaklumkan antara mata pelajaran dengan kekurangan guru tertinggi adalah seperti berikut:

Sekolah Rendah

  • Bahasa Inggeris
  • Sejarah
  • Pendidikan Khas
  • Pendidikan Agama Islam
  • Teknologi Maklumat & Komunikasi

Sekolah Menengah

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Pendidikan Khas
  • Pendidikan Agama Islam
  • Reka Bentuk & Teknologi

NEGERI DENGAN JUMLAH KEKOSONGAN GURU TERTINGGI

Sementara itu, negeri dengan jumlah kekosongan guru tertinggi bagi tahun terkini 2021 adalah:

  • Sabah
  • Sarawak
  • Johor
  • Selangor

PUNCA KEKURANGAN GURU

Menurutnya, cabaran utama pengambilan guru dilihat berpunca daripada kekurangan calon guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) selain ketidakpadanan opsyen mata pelajaran tertentu dengan kekosongan semasa.

Beliau berkata, pendekatan baharu akan digunakan dalam pengambilan kali ini iaitu berdasarkan kluster opsyen mata pelajaran selain menerapkan kepelbagaian dalam kaedah pelantikan.

“Selain keutaman akan diberi kepada graduan pendidikan kita juga akan meneliti secara holistik opsyen lain yang boleh dipertimbangkan.

“Hal ini melibatkan kolaborasi strategik melibatkan KPM, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan berhubung kelulusan khas pengisian jawatan dan persetujuan lantikan,” jelasnya.

BAGAIMANA MOHON GURU PENGAMBILAN GURU BAHARU ONE OFF

Bagi yang ingin membuat permohonan, anda dinasihatkan agar membuat pendaftaran melalui Portal Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP), iaitu badan yang bertanggungjawab membuat pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pelajaran seperti guru dan pensyarah.

BAGAIMANA DAFTAR SPP UNTUK MOHON GURU

Untuk memohon pengambilan Guru One-Off ini pastikan anda membuat kemaskini dan pendaftaran di Portal SPP. Sila rujuk panduan pendaftaran SPP lengkap ini MySPP : Daftar Permohonan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image