Info Kerjaya Malaysia

Pendapatan Kurang RM4,849 Termasuk Dalam Golongan B40, Lapor DOSM

2,162

Pendapatan Kurang RM4,849 Termasuk Dalam Golongan B40

Jika sebelum ini rakyat Malaysia yang berpendapatan isi rumah kurang RM2,208  pada tahun 2019 digolongkan sebagai golongan miskin, terkini laporan Jabatan Perangkaan Negara (DOSM) mendedahkan bahawa rakyat Malaysia yang mempunyai pendapatan isi rumah kurang RM4,849 sebulan pada tahun 2019 digolongkan sebagai golongan B40.

Laporan ini diterbitkan oleh Ketua Jabatan Perangkaan Negara, Dato’ Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam laporannya yang bertajuk Laporan Kajian Pendapatan Isi Rumah & Keperluan Asas 2019.

Hasil Kajian DOSM

  • Berdasarkan hasil kajian DOSM,pada 2019 sebanyak 2.91 juta isi rumah di Malaysia tergolong dalam golongan B40 dengan pendapatan isi rumah kurang RM4,849.
  • Bagi golongan M40 pula, terdapat sebanyak 2.91 juta ahli isi rumah berpendapatan  antara RM4,850 hingga RM10,959.
  • Golongan T20 pula berpendapatan melebihi RM10,960 sebulan pula mempunyai ahli sebanyak 1.46 juta isi rumah.

Pendapatan Kurang RM4,849 Termasuk Dalam Golongan B40, Lapor DOSM

Kuala Lumpur & Putrajaya Pendapatan Isi Rumah Paling Tinggi

  • Pendapatan purata Malaysia : RM7,901.
  • Pendapatan median Malaysia : RM5,873.
  • Pertumbuhan pendapatan purata : 4.2%
  • Pertumbuhan pendapatan median : 3.9%
  • Pendapatan purata isi keluarga bandar : 3.9%
  • Pendapatan purata isi keluarga luar bandar : 0.8%
  • Pendapatan median isi keluarga bandar : 3.8%
  • Pendapatan median isi keluarga luar bandar : 3.3%

Pendapatan median isi rumah paling tinggi di Malaysia ialah sebanyak :

  • Kuala Lumpur : RM10,549
  • Putrajaya : RM9,983
  • Selangor : RM8,210
  • Labuan : RM6,726
  • Johor : RM6,427
  • Pulau Pinang : RM6,169
  • Melaka : RM6,054

Jurang Pendapatan

Konsep Pekali Gini digunakan untuk mengukut ktidaksamarataan ekonomi atau jurang pendapatan yang diasaskan oleh pakar statistik Itali, Corrado Gini pada tahun 1912.

Pendapatan Kurang RM4,849 Termasuk Dalam Golongan B40

  • Jurang pendapatan boleh guna (gaji kasar tolak komitmen kewangan dengan bank) secara umum di Malaysia meningkat sedikit dari 0.391 (2016) kepada 0.393 (2019).
  • Jurang pendapatan boleh guna meningkat dari 0.380 ke 0.385 untuk kawasan bandar. Kawasan luar bandar pula, jurang pendapatan boleh guna menurun dari 0.365 ke 0.361.
  • Jurang pendapatan boleh guna Bumiputera menurun dari 0.380 ke 0.377. Kaum Cina pula, meningkat dari 0.396 ke 0.399. Bagi kaum India pula, meningkat dari 0.372 ke 0.399.

close-image