Info Kerjaya Malaysia

Jom Jadi Pemandu Pelancong Sambil Travel Seluruh Dunia

876

Jadi Pemandu Pelancong Sambil Travel Seluruh Dunia

Selain daripada bertanggung jawab menjadualkan perjalanan pelancong untuk menikmati percutian mereka, anda juga membantu pelancong memberikan maklumat yang penting mengenai budaya, warisan atau sejarah sesuatu tempat.

Malahan, anda juga dapat melancong seluruh dunia dengan hanya menjadi pemandu pelancong dan menjejaki tempat yang menjadi idaman anda.

Bagi mereka yang mempunyai keinginan menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah pula boleh menjadi Mutawif atau Mutawiffah dengan membawa mereka yang ingin menunaikan haji atau umrah.

Banyak kelebihan bukan sekiranya anda menjadi Pemandu Pelancong. Gaji dapat, travelling dapat malah banyak juga pengalaman boleh dikutip.

Apabila anda sudah mempunyai banyak pengalaman, anda boleh mengatur sendiri syarikat travel anda dan menghasilkan pekerjaan untuk orang lain.

Jom Jadi Pemandu Pelancong Sambil Travel Seluruh Dunia

Tanggungjawab Seorang Pemandu Pelancong

  • Memimpin pelancong semasa membuat lawatan.
  • Menerangkan sejarah dan latar belakang sesuatu bangunan dan tempat.
  • Membuat jadual dan menyusun tempat-tempat lawatan.
  • Mengatur makanan dan penginapan pelancong.
  • Bertindak sebagai jurubahasa kepada para pelancong.
  • Menerangkan rancangan dan jadual lawatan.
  • Memerhati dan menjaga keselamatan kumpulan pelancong agar tidak melanggar peraturan tempat lawatan.
  • Menerangkan peraturan setiap tempat lawatan sebelum sampai ke tempat tersebut.

Jom Jadi Pemandu Pelancong Sambil Travel Seluruh Dunia

Kelebihan Menjadi Pemandu Pelancong

Terdapat beberapa kelebihan sekiranya anda menjadi seorang Pemandu Pelancong. Antaranya ialah :

  • Dapat mempromosikan tempat anda yang cantik, bersejarah dan menjadi tarikan pelancong.
  • Dapat berjumpa dengan ramai orang yang mempunyai hobi dan keinginan yang sama untuk melancong.
  • Membina networking yang lebih banyak dan luas dari serata negara.
  • Boleh bekerja secara freelance.
  • Dapat membangunkan channel Youtube sendiri semasa menjadi pemandu pelancong dan menjana pendapatan melalui Youtube.
  • Mencipta blog percutian dan menyediakan pakej percutian yang sesuai untuk syarikat travel anda sendiri.

Kemahiran Yang Diperlukan

1. Kebolehan Berbahasa

Pastinya anda mempunyai kebolehan menggunakan pelbagai bahasa dan fasih bercakap. Ini kerana pelancong yang datang akan menggunakan bahasa mereka seperti bahasa Mandarin, Inggeris, Jepun, Korea, Arab dan sebagainya.

2. Mesra, Membantu & Bertanggungjawab

Anda perlu mempunyai sikap yang mesra, ramah, membantu dan bertanggungjawab kepada pelancong di bawah anda. Ini kerana anda bukan sahaja mewakili negara anda dan bukan sahaja syarikat pelancongan.

3. Mempunyai Pengetahuan 

Anda mestilah mempunyai minat yang mendalam dalam subjek sejarah kerana anda bakal menerangkan hal ini kepada pelancong semasa berada di tempat lawatan. Anda boleh sahaja dapatkan maklumat melalui pembacaan dari internet, buku, surat khabar dan blog-blog melancong yang lain.

Dapatkan juga maklumat lain seperti politik, pembinaan, sistem pendidikan, perkembangan, sosio ekonomi setempat, budaya dan makanan yang unik dan terkenal di tempat tersebut.

Sentiasa bersedia dengan pelbagai maklumat kerana pastinya pelancong akan bertanyakan pelbagai soalan kepada anda.

Syarat Menjadi Pemandu Pelancong

Untuk menjadi Pemandu Pelancong tidak memerlukan kelayakan yang khusus. Anda hanya perlu mendapatkan lesen khas dan memerlukan banyak pengalaman serta pengetahuan yang tinggi.

Masa Bekerja

  • Mempunyai waktu bekerja yang panjang untuk membawa pelancong dari satu tempat ke satu tempat dan uruskan perjalanan pelancong.
  • Kadangkala bekerja pada hujung minggu dan hari cuti sehingga waktu malam.
  • Waktu kerja tidak tetap dan boleh bertukar bergantung pada waktu dan cuaca.

Jom Jadi Pemandu Pelancong Sambil Travel Seluruh Dunia

Nak kerja part time dengan gaji lumayan dan secara online sahaja? Dapatkan disini dan pilih mana satu kerja part time yang menjadi idaman anda.

close-image