Info Kerjaya Malaysia

Pelajar Tingkatan Enam, Diploma dan Setara Kini Layak Terima RM200 dibawah PRIHATIN

787

PUTRAJAYA: Bantuan secara sekali bayar (one-off) berjumlah RM200 kepada setiap pelajar sepenuh masa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swasta dibawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) kini diperluaskan kepada pelajar tingkatan enam, pelajar peringkat diploma dan yang setara termasuk institusi dibawah Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan serta MARA.

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz, inisiatif itu melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM30 juta ringgit dan bakal memanfaatkan hampir 1.5 juta pelajar.
“Kerajaan berharap bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang dihadapi oleh pelajar IPT dalam tempoh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Moga mereka terus sabar dan gigih dalam perjalanan menuntut ilmu dan menimba kemahiran,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Daripada jumlah itu, ia membabitkan seramai 1.2 juta pelajar dibawah Kementerian Pengajian Tinggi yang melibatkan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan Kolej Komuniti.

Manakala dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia pula ia memanfaatkan seramai 100,000 pelajar tingkatan enam dan matrikulasi.

Selain itu, 200,000 pelajar diploma atau setara dengannya termasuk pengajian Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap empat dan ke atas turut mendapat bantuan terbabit.

Sumber

close-image