No Pin UPU BSN: Ini Tarikh Beli & Cara Beli Untuk Kemasukan Universiti Awam 2020/2021

0

Berita baik buat pelajar lepasan SPM dan STPM atau setaraf yang ingin membuat permohonan melalui UPU Online ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA), dan Kolej Komuniti untuk sesi 2020/2021.

Calon lepasan SPM, STPM & Diploma Setaraf boleh mula mengemukakan permohonan kemasukan ke UPU sesi 2020/2021 bermula 24 Februari 2020 nanti.

Berdasarkan hebahan terkini Permohonan UPU online, telah ditetapkan bahawa calon boleh mula mengemukakan permohonan UPU Online 2020/2021 mulai 24 Februari 2020 sehingga 7 April 2020.

Namun, untuk mengemukakan permohonan, setiap pemohon perlu membeli nombor unik ID UPU di Bank Simpanan Nasional (BSN) sebelum boleh mengemukakan permohonan serta mengakses sistem borang permohonan UPU online. Nombor unik ID UPU ini wajib di beli.

Baca juga: Permohonan Guru IPG PSIMP Lepasan SPM

UPU Online merupakan sistem atas talian yang dibuat khusus untuk tujuan memudahkan urusan pelajar membuat permohonan ke Universiti Awam, Politeknik, ILKA dan Kolej Komuniti. Antara program yang dibuka untuk permohonan termasuk dalam peringkat sijil, asasi, diploma, dan ijazah sarjana. Para pelajar digalakkan agar meneliti bidang-bidang pengajian yang bakal dipilih mengikut potensi, kemahiran, dan minat serta kelulusan pengajian sebelum ini.

Harga bagi setiap pin Unik ID UPU pada tahun ini tidak berubah iaitu masih kekal dengan harga sebanyak RM15.60 (tiada caj/cukai dikenakan ke atas permohonan UPUOnline). Pelajar digalakkan agar peka dengan tarikh-tarikh penting melibatkan permohonan UPU Online yang bakal diumumkan melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP).

JADUAL PEMBELIAN NO PIN UPU BSN 2020

Di bawah merupakan jadual pembelian No Pin UPU BSN yang dikeluarkan oleh Bank Simpanan Nasional untuk rujukan anda.

Jadual Beli No Pin UPU BSN

TARIKH BELI PIN UNIK ID UPU UNTUK PERMOHONAN KEMASUKAN KE UA POLITEKNIK ILKA KOLEJ KOMUNITI SESI 2020-2021

Cara Beli No Pin UPU BSNBerikut merupakan maklumat tarikh untuk pembelian nombor Pin Unik ID UPU di BSN buat rujukan dan panduan pemohon. Pembelian nombor Pin Unik ID boleh didapati di kaunter BSN di seluruh negara mulai tarikh berikut:

Lepasan SPM

  • Pembelian No Pin BSN Lepasan SPM di Buka: 24 Februari 2020
  • Pembelian No Pin BSN Lepasan SPM di Tutup: 31 Mac 2020

Lepasan STPM

  • Pembelian No Pin BSN Lepasan STPM di Buka: 24 Februari 2020
  • Pembelian No Pin BSN Lepasan STPM di Tutup: 7 April

Pemohon dikehendaki memastikan nombor Pin UPU berharga RM15.60 yang dibeli di BSN adalah mengikut kategori masing-masing seperti yang ditetapkan di atas untuk mengelakkan sebarang masalah dalam permohonan UPU anda nanti.

Tarikh Pembelian No Pin BSN UPU

CARA BELI NO PIN UPU BSN / PEMBELIAN INDIVIDU

Bagi pembelian secara individu, berikut adalah beberapa kaedah untuk membuat pembelian Pin Unik ID UPU:

  • Terus ke Kaunter BSN
  • Sekiranya pemohon ataupun ibu bapa memiliki Akaun Giro BSN, pembelian boleh dibuat melalui mesin ATM.
  • Melalui Perbankan Internet (Online Banking)
  • Sebagai makluman, pembelian Nombor Unik ID UPU mestilah berdasarkan kepada perkara berikut sebagai rujukan:
  • Nama
  • Nombor Kad Pengenalan (IC)
  • Setelah selesai pembayaran untuk nombor pin Unik ID, pihak BSN akan mengeluarkan resit pembayaran berserta dengan nombor Unik ID.
  • Sila simpan resit yang mengandungi No Pin Unik BSN anda.

INFO BERKAITAN PEMBELIAN NO PIN UPU BSN

Sebarang maklumat lebih lanjut berkaitan permohonan UPU 2020 boleh didapati daripada maklumat berikut:

Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar
Jabatan Pendidikan Tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi
Aras 4, No. 2, Menara 2, Jalan P5/6, Presint 5
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62200 Putrajaya
Phone : 03-8870 8200
Fax : 03-8870 6864
E-mail : [email protected]

Untuk permohonan UPU Online, pastikan anda juga baca artikel berikut: Permohonan UPU Online 2020/2021 Universiti Awam Politeknik ILKA Kolej Komuniti di Buka.

Leave a Reply