Info Kerjaya Malaysia

MySejahtera, Step By Step Untuk Check In Nama Anak Yang Tidak Mempunyai Smartphone

2,628

MySejahtera, Check In Nama Anak

Seperti yang sedia maklum, aplikasi MySejahtera telah diwajibkan kepada semua rakyat Malaysia bagi menangani penularan wabak Covid-19.

Aplikasi MySejahtera memberikan kemudahan untuk:

  • Membantu Kerajaan dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan seterusnya menangani wabak COVID -19
  • Membantu individu mengenalpasti tahap kesihatan mereka sepanjang penularan wabak COVID -19
  • Membantu individu mendapatkan bantuan kesihatan dan tindakan yang perlu diambil jika dijangkiti COVID -19
  • Membantu individu mengenal pasti hospital dan klinik terdekat untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan COVID -19

Untuk mendaftar MySejahtera, anda perlu mendaftar seperti langkah-langkah dibawah :

  • Langkah 1 : Imbas Kod QR di bawah atau klik pautan https://mysejahtera.malaysia.gov.my
  • Langkah 2 : Masukkan nombor telefon bimbit anda atau alamat e-mel anda
  • Langkah 3 : Tekan ‘Hantar’. Anda akan menerima one time pin (OTP) melalui SMS daripada MySMS 63839 (jika mendaftar menggunakan nombor telefon) atau emel (jika mendaftar menggunakan emel)
  • Langkah 4 : Masukkan OTP yang diterima dan tekan ‘Hantar’
  • Langkah 5 : Masukkan butiran pendaftaran seperti arahan di skrin dan tekan ‘Hantar’. Anda akan mendapat mesej ‘Pendaftaran Berjaya’
  • Langkah 7 : Muat turun aplikasi MySejahtera dan log masuk

Untuk dapatkan cara mendaftar dengan lengkap, klik disini.

Bagaimana pula untuk mendaftar nama anak-anak ke dalam aplikasi MySejahtera ini?

Ikuti langkah-langkah yang dikongsikan ini.

Cara Mendaftar Nama Anak Ke Aplikasi MySejahtera

Untuk membuat pendaftaran,

  • Sila log masuk ke aplikasi MySejahtera.
  • Pergi ke bahagian HOME.
  • Klik MORE.

MySejahtera, Step By Step Untuk Check In Nama Anak

  • Klik MANAGE DEPENDENTS.

MySejahtera, Step By Step Untuk Check In Nama Anak

  • Pada bahagian MY DEPENDENTS, klik dahulu ADD DEPENDENTS yang berada dibahagian bawah.
  • Masukkan nama anak-anak anda atau nama ahli keluarga anda yang tidak mempunyai smartphone.
  • Isikan RELATION (HUBUNGAN) pada bahagian tersebut. Contohnya anak/ibu/bapa/adik.

MySejahtera, Step By Step Untuk Check In Nama Anak

  • Pastikan nama yang diletakkan adalah betul.
  • Bila anda check in menggunakan aplikasi MySejahtera, anda dapat lihat tulisan berikut, “I’M WITH….”.
  • Klik nama yang ada bersama dengan anda pada kotak yang berkenaan dan terus klik CHECK IN.

MySejahtera, Step By Step Untuk Check In Nama Anak

Dah siap. Jadi selepas ini anda boleh terus check in seisi keluarga atau bersama-sama dengan sesiapa sahaja yang keluar bersama dengan anda sekiranya mereka tidak mempunyai smartphone. Semoga bermanfaat.

close-image