Info Kerjaya Malaysia

Cara Mohon Cuti Tahunan atau Sakit & Jana eGL Guna HRMIS 2.0. Ikuti Langkah-Langkah Ini

2,319

Login HRMIS 2.0 Melalui Laman Utama

Login HRMIS 2.0? Bagaimanakah cara yang betul untuk login ke sini dengan mudah dan cepat?

Ikuti perkongsian ini untuk ketahui cara yang  betul untuk login HRMIS 2.0, apply cuti dan jana eGL dengan mudah.

Langkah Login HRMIS 2.0

Berikut adalah langkah-langkah login HRMIS 2.0 yang boleh anda ikuti :

Mohon Cuti Dan Jana eGL Guna HRMIS 2.0. Ikuti Langkah-Langkah Ini

  • Scrol ke bawah dan tekan ikon 2.0 yang merupakan pautan untuk portal HRMIS 2.0.
  • Pada bahagian Log Masuk Pengguna, isi ruangan yang tersedia untuk login.
  • Masukkan ID anda.
  • Kemas kini kata laluan dan login secara biasa dengan memasukkan kata laluan anda pada ruangan KATA LALUAN.
  • Klik butang HANTAR untuk login.
  • Kemas kini kata laluan dan sekurang-kurangnya mengandungi 12 aksara.
  • Setelah Kata Laluan ditukar, proses dan cara login HRMIS anda kini sudah selesai

HRMIS : Mohon Cuti

Ikuti langkah berikut untuk memohon cuti melalui HRMIS :

    • Layari dan login laman utama HRMIS 2.0.
    • Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan
    • Klik Pengurusan Saraan, Faedah dan Ganjaran
    • Klik Pengurusan Cuti
    • Pergi ke Fungsi – Permohonan Cuti – Pemohon Cuti
    • Pilih Kategori Cuti.
    • Masukkan maklumat berkenaan cuti.
    • Permohonan selesai.

HRMIS : Jana eGL

Untuk menjana eGL, anda tidak perlu masuk ke HRMIS 2.0 dan anda boleh menjana eGL melalui telefon bimbit sahaja. Cara untuk menjana eGL ialah seperti berikut :

  • Pastikan telefon bimbit anda mempunyai aplikasi PDF reader menjana eGL.
  • eGL HRMIS ANDROID.

hrmis android

  • eGL HRMIS iOS.

hrmis ios

  • Buka aplikasi eGL HRMIS.
  • Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan.
  • Pilih Jana eGL.
  • Buat carian dan pilih Hospital / Klinik Kesihatan Kerajaan yang dikehendaki.
  • Klik Teruskan.
  • Simpan fail yang dijana dalam format PDF.
  • Surat eGL (Guarantee Letter) kini anda sudah siap.

Mudah dan cepat menggunakan HRMIS 2.0 bukan? Namun HRMIS 2.0 ini terpakai untuk penjawat awam sahaja dan disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk memudahkan urusan cuti dan eGL dan gunakan dengan sebaiknya kemudahan yang diberikan ini.

close-image