EIS Pada Slip Gaji Anda. Ini Maksudnya Yang Setiap Pekerja Perlu Ambil Tahu

EIS Pada Slip Gaji Anda

Apa benda EIS ni? Setiap kali tengok slip gaji, mesti ada EIS. Tetapi tidak tahu maksudnya. EIS atau dikenali dengan SIP merupakan satu Sistem Insurans Pekerjaan telah dilaksanakan pada Januari 2018 sebagai satu jaringan keselamatan sosial yang bertujuan untuk :

  • Menyediakan bantuan kewangan segera (7 hari selepas pengesahan hilang kerja) kepada pencarum yang hilang pekerjaan.
  • Membantu pencarum yang hilang pekerjaan mendapat pekerjaan baru melalui program penempatan semula pekerjaan termasuk bantuan mobiliti.
  • Meningkatkan kebolehpekerjaan pencarum yang hilang pekerjaan melalui program latihan & latihan vokasional.

EIS Pada Slip Gaji Anda. Ini Maksudnya Yang Setiap Pekerja Perlu Ambil Tahu

Manfaat EIS

Terdapat beberapa manfaat EIS kepada pekerja adalah seperti :

  • Program Penempatan Pekerjaan Semula : Program ini dapat memebantu pekerja yang kehilangan kerja mencari pekerjaan baru termasuk temuduga kerja, latihan dan khidmat kaunseling untuk sokongan kepada pekerja.
  • Elaun Pendapatan Berkurangan (EPB) : Elaun ini diberikan kepada pekerja yang mempunyai pelbagai pekerjaan tetapi hilang sekurangnya 1 jenis pekerjaan.
  • Yuran Latihan (FL) : Yuran ini disediakan kepada pekerja yang terpilih untuk mengikuti latihan yang disyorkan oleh PERKESO tidak melebihi 6 bulan dengan jumlah yuran maksimum sebanyak RM4,000.
  • Elaun latihan (EL) : Elaun latihan ini diberikan kepada pekerja dalam bentuk tunai untuk menggalakkan pekerja mengikuti latihan yang disediakan.
  • Elaun Bekerja Semula Awal (EBSA) :  Jika anda mendapat pekerjaan dengan lebih awal, anda juga akan dibayar faedah iaitu EBSA ini.

EIS Pada Slip Gaji Anda. Ini Maksudnya Yang Setiap Pekerja Perlu Ambil Tahu

Pembayaran EIS

Mereka yang perlu membayar EIS ini ialah :

  1. Semua majikan sektor swasta perlu membayar caruman bulanan bagi setiap pekerja. (Dikecualikan kepada penjawat awam, perkhidmatan domestik dan yang bekerja sendiri).
  2. Semua pekerja yang berumur dari 18 tahun hingga 60 tahun perlu dicarumkan, kecuali bagi pekerja yang berumur 57 tahun dan ke atas dan tiada caruman telah dibayar sebelum mencapai 57 tahun.
  3. Takrif liputan caruman adalah tertakluk kepada had siling gaji yang diinsurankan (GYD) RM4000.00

Kelayakan Tuntutan

EIS ini layak dituntut oleh semua pekerja swasta atau pencarum yang kehilangan pekerjaan kecuali :

  • Perletakan jawatan secara sukarela.
  • Tamat tempoh kontrak perkhidmatan.
  • Penamatan kontrak perkhidmatan atas persetujuan bersama majikan tanpa terma dan syarat.
  • Penyiapan kerja mengikut kontrak perkhidmatan
  • Persaraan.
  • Penamatan kontrak perkhidmatan disebabkan oleh salah laku.
  • Bantuan kewangan akan diberi selama 6 bulan maksimum, dan berjumlah RM10,800 maksimum.

Cara Membuat Tuntuan EIS

Untuk membuat tuntutan EIS ini, anda hanya perlu :

Like dan Ikut Facebook Kami dan follow Telegram Portal SPA9 untuk capaian pantas kekosongan daripada kami sekarang.
  • Permohonan SIP boleh dibuat secara online di laman web Perkeso dengan mendaftar diri sebagai pencari kerja.
  • Mengisi serta melampirkan borang dan perintah / surat pengesahan.
  • Permohonan yang lengkap akan diproses dan disemak berdasarkan kelayakan am serta syarat kelayakan caruman.
  • Permohonan ini akan diberikan kepada PERKESO/ JTK / JPP bagi menentusahkan kehilangan pekerjaan yang berlaku. Baucar akan disediakan dan pemindahan wang akan dibuat terus ke dalam akaun pemohon setelah permohonan anda lulus.

Kaedah Pembayaran

Kaedah pembayaran yang dilakukan adalah secara pemindahan wang elektronik. Manakala pembayaran hanya akan dilakukan mengikut senarai bank berikut :

  1. AFFIN BANK
  2. AGRO BANK
  3. AL RAJHI BANK
  4. ALLIANCE BANK
  5. AM BANK
  6. BANK ISLAM
  7. BANK MUAMALAT
  8. BANK OF AMERICA
  9. BANK OF TOKYO MITSUBISHI (M) BHD
  10. BANK PERTANIAN MALAYSIA
  11. BANK RAKYAT
  12. BANK SIMPANAN NASIONAL
  13. BNP PARIBAS MALAYSIA
  14. CIMB BANK
  15. CITIBANK
  16. DEUTSCHE BANK (M) BHD
  17. HONG LEONG BANK
  18. HSBC BANK
  19. IND & COM BANK OF CHINA
  20. J.P. MORGAN CHASE
  21. KUWAIT FINANCE HOUSE
  22. MAYBANK
  23. MIZUHO CORPORATE BANK (MALAYSIA) BERHAD
  24. OCBC BANK
  25. PUBLIC BANK
  26. RHB BANK
  27. ROYAL BANK OF SCOTLAND
  28. STANDARD CHARTERED BANK
  29. SUMITOMO MITSUI BANK
  30. UNITED OVERSEAS BANK

EIS Pada Slip Gaji Anda. Ini Maksudnya Yang Setiap Pekerja Perlu Ambil Tahu

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai EIS atau SIP, anda boleh hubungi PERKESO di saluran berikut :

  • Talian Khidmat Pelanggan : 1300 22 8000
  • Portal Rasmi PERKESO : PERKESO

Anda ingin tahu syarat layak terima bantuan ERP? Klik sini untuk dapatkan maklumat dengan lebih lanjut.

You might also like
close-image