Info Kerjaya Malaysia

Mahu RM35,000?IOI Properties Anjurkan Pertandingan Hackaton Ini Untuk Anda

683

IOI Properties Anjurkan Pertandingan Hackaton Ini Untuk Anda

Jika anda mempunyai pengetahuan dalam bidang pengaturcaraan, anda digalakkan untuk menyertai pertandingan Hackaton untuk membangunkan sistem penyelesaian berkaitan hartanah.

Mahu RM35,000?IOI Properties Anjurkan Pertandingan Hackaton Ini Untuk Anda

Ganjaran Yang Ditawarkan

Ganjaran yang ditawarkan kepada anda ialah :

  • RM 15,000 : Tempat pertama
  • RM10,000 : Tempat kedua
  • RM5,000 : Tempat ketiga

3 Cabaran Hackaton

Terdapat 3 cabaran yang boleh disediakan dan peserta boleh memilih salah satu daripada 3 cabaran ini iaitu :

  1. Menghimpun dan susun carian hartanah mengikut masa, bajet dan lokasi.
  2. Cara untuk menjejak trend jenis hartanah yang dicari pengguna seperti saiz, bilangan bilik, bajet, lokasi dan harga.
  3. Bangunkan penyelesaian untuk pemilik hartanah menguruskan harta. Anda juga boleh berhubung dengan penyewa dan perlu mempunyai pengurusan kontrak.

Tarikh Penyertaan

Penyertaan dibuka pada 17 Julai 2020 ini seterusnya peserta akan diberikan taklimat secara webinar pada 18 Julai 2020 sebelum cabaran dimulakan.

Cara Penyertaan

  • Anda akan membangunkan aplikasi berdasarkan cabaran yang dipilih.
  • Peserta boleh merujuk kepada mentor yang dilantik penganjur iaitu Edward China (pengasas Actualize Hub) dan Stanley Sewo (pakar IoT dan Hackaton)
  • Hantar permohonan dan muat naik coding aplikasi anda sebelum 25 Julai 2020.
  • Senarai pendek peserta akan diumumkan pada 27 Julai 2020.
  • Peserta yang disenarai pendek akan diberi jemputan pertandingan peringkat akhir.
  • Seterusnya peserta peringkat akhir akan membuat persembahan dihadapan pengadil pada 1 Ogos 2020 di Hotel Marriott, Putrajaya.

Syarat Permohonan

  • Terbuka pada warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun ke atas.
  • Bukan warganegara yang memiliki PR atau visa kerja atau permit pelajar.
  • Setiap pasukan mesti mempunyai 3 orang anggota, seorang sebagai coder dan mencipta prototaip yang berfungsi.

Cara Memohon

Mahu RM35,000?IOI Properties Anjurkan Pertandingan Hackaton Ini Untuk Anda

  • Isikan maklumat yang diperlukan dan klik SUBMIT.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai pertandingan ini, anda boleh terus layari laman web rasmi IOI Properties di pautan https://www.ioiproperties.com.my/livelife/ioihackathon.

close-image