Info Kerjaya Malaysia

Bekerja Sendiri Tetapi Ingin Mohon Loan Bank. Ini 6 Dokumen Asas Dan Penting Untuk Lulus Permohonan Anda

1,575

Bekerja Sendiri Tetapi Ingin Mohon Loan Bank

Ramai antara kita yang menjalankan perniagaan sendiri atau senang disebut sebagai bekerja sendiri yang ingin membuat permohonan loan dengan bank. Namun apa yang berlaku adalah, ramai juga di antara kita yang tidak tahu cara yang betul untuk membuat permohonan loan dengan pihak bank.

Sebelum membuat permohonan loan bank ini, anda perlu menyediakan 6 dokumen asas untuk proses permohonan pinjaman bagi mereka yang bekerja sendiri.

Bekerja Sendiri Tetapi Ingin Mohon Loan Bank. Ini 6 Dokumen Asas Dan Penting Untuk Lulus Permohonan Anda

6 Dokumen Asas Dan Penting Untuk Buat Permohonan

Antara 6 dokumen asas dan penting untuk disertakan dalam permohonan loan bank anda ialah :

Pendaftaran Perniagaan

Pihak bank akan meminta sijil pendaftaran perniagaan anda yang dikeluarkan oleh pihak SSM sebagai bukti anda menjalankan perniagaan sendiri. Jadi, jika anda membuat pekerjaan sambilan dan ingin membuat loan menggunakan perniagaan anda, sila daftar perniagaan anda terlebih dahulu sebelum membuat permohonan loan.

Bekerja Sendiri Tetapi Ingin Mohon Loan Bank. Ini 6 Dokumen Asas Dan Penting Untuk Lulus Permohonan Anda

Penyata Kewangan / Transaksi Keluar Masuk Duit

Seperti anda sedia maklum, pihak bank pastinya akan meminta penyata kewangan syarikat atau bukti transaksi duit syarikat. Penyata kewangan yang diperlukan adalah sekurang-kurangnya selama 6 bulan.

Akaun Pengurusan

Jika perniagaan yang dijalankan adalah perniagaan jenis milikan tunggal atau perkongsian, pihak bank pasti meminta dokumen akaun pengurusan syarikat. Jika syarikat telah menjana keuntungan yang sangat besar sehingga angka puluh ribu, lebih mudah permohonan loan anda diluluskan oleh pihak bank.

Bekerja Sendiri Tetapi Ingin Mohon Loan Bank. Ini 6 Dokumen Asas Dan Penting Untuk Lulus Permohonan Anda

Audited Account

Untuk dokumen ini, kebiasannya pihak bank akan minta pada syarikat yang berstatus SDN BHD kerana ia akan menceritakan tentang perkembangan sesebuah syarikat kepada pihak bank secara terperinci.

Pendapatan

Ada pihak bank yang inginkan slip gaji walaupun anda adalah pemilik syarikat itu sendiri. Jadi, anda boleh siapkan slip gaji anda setiap bulan dan pastikan ianya lengkap dengan dokumen-dokumen lain seperti penyata KWSP, pengisytiharan cukai pendapatan dan penyata bank akaun syarikat anda.

Akaun Bank Syarikat

Untuk membuka akaun bank syarikat, anda hanya perlu membawa sijil pendaftaran syarikat, cop dan beberapa duit serta lengkapkan borang introducer untuk membuka akaun. Apakah tujuannya pihak bank meminta akaun bank syarikat anda? Ia adalah untuk meyakinkan pihak mereka bahawa anda mampu untuk membayar kembali pinjaman yang telah anda mohon.

Jika anda inginkan maklumat lanjut mengenai dokumen-dokumen yang diperlukan, anda boleh terus ke bank yang anda ingin mohon loan untuk mereka yang bekerja sendiri dan minta senarai dokumen yang diperlukan untuk permohonan tersebut.

close-image