Info Kerjaya Malaysia

Lanjutan Pengurangan Saman Kompaun JPJ Sebanyak 70% Sehingga 30 September Ini

2,421

Lanjutan Pengurangan Saman Kompaun JPJ Sebanyak 70% Sehingga 30 September Ini

Pastinya ini adalah berita yang paling baik buat semua rakyat Malaysia yang mempunyai saman dengan JPJ dan tiak mempunyai kesempatan untuk membuat pembayaran saman dengan diskaun sebanyak 70% seperti mana yang telah diwar-warkan oleh Menteri Pengangkutan Malaysia sebelum ini.

Sebelum ini pihak JPJ menyatakan bahawa diskaun bagi pengurangan saman kompaun JPJ bermula pada 1 Ogos 2020 sehingga 31 Ogos sahaja bersempena Sambutan Bulan Kemerdekaan 2020.

Rujuk artikel ini berkaitan siaran media pengumuman pengurangan saman kompaun JPJ.

Tarikh Lanjutan Pengurangan Saman Kompaun JPJ Sebanyak 70%

Sehubungan itu, Menteri Pengangkutan Malaysia, YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong telah mengumumkan tempoh perlanjutan pengurangan bayaran saman JPJ sehingga 30 September 2020 ini.

Jangan tunggu lagi, cepat rebut peluang yang telah diberikan ini dan pastinya diskaun yang diberikan oleh pihak JPJ kali ini adalah besar jumlahnya.

Lanjutan Pengurangan Saman Kompaun JPJ Sebanyak 70% Sehingga 30 September Ini

Pembayaran Saman dan Diskaun 70%

Diskaun 70% adalah berdasarkan kepada kompuan semasa yang terdapat dalam sistem JPJ dan yang telah ditetapkan bagi kes-kes di bawah Akta yang tersebut.

Anda boleh membuat pembayaran di :

  • Semua pejabat JPJ (Negeri, Cawangan dan UTC)
  • Portal mySIKAP JPJ
  • Kiosk JPJ
  • JPJ Mobile

Nota : Kesalahan yang telah disenarai hitam, anda perlu hadir ke pejabat JPJ samada cawangan atau JPJ negeri untuk proses dikumentasi sebelum urusan pembayaran saman.

Info Selanjutnya & Pertanyaan

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan berkaitan diskaun 70% pembayaran saman JPJ & SPAD Sempena Bulan Kemerdekaan ini, anda boleh hubungi JPJ atau SPAD di :

  • Pergi ke kaunter JPJ / SPAD terdekat.
  • 1JPJ Call Centre : 03-8315 9200
  • SPAD
  • Portal rasmi JPJ : JPJ
  • Portal rasmi SPAD : SPAD

close-image