KITA PRIHATIN : Permohonan Program Subsidi Upah 2.0 Telah Dibuka. Mohon Mulai Hari Ini

2,994

KITA PRIHATIN : Permohonan Program Subsidi Upah 2.0 Telah Dibuka

Untuk pengetahuan anda, Program Subsidi Upah (PSU 2.0) adalah lanjutan daripada PSU yang terdahulu dimana telah diperkenalkan pada 1 April 2020 dibawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat.

Seperti sedia maklum PSU 2.0 ini masih sama tujuannya untuk membantu majikan yang terkesan dari segi ekonomi akibat pandemik Covid-19 agar dapat meneruskan operasi syarikat serta mengelakkan pekerja kehilangan pekerjaan dalam apa jua sektor.

Tarikh Dan Tempoh Permohonan Program Subsidi Upah 2.0

Tarikh dan tempoh permohonan untuk program ini ialah :

  • Bermula pada : 1 Oktober 2020
  • Tamat pada : 31 Disember 2020

Permohonan Baharu Program Subsidi Upah 2.0

Untuk permohonan baharu pula adalah tertumpu kepada majikan yang tidak pernah menerima bantuan PSU dan akan layak menerima subsidi upah sehingga 6 bulan.

KITA PRIHATIN : Permohonan Program Subsidi Upah 2.0 Telah Dibuka

Ciri-Ciri Program Subsidi Upah 2.0

Ciri-ciri utama Program Subsidi Upah 2.0 ini ialah :

  • Subsidi upah diberi kepada majikan yang masih terjejas iaitu syarikat yang sejak PKPP masih menghadapi pengurangan hasil sekurang-kurangnya 30% berbanding tahun lepas.
  • Subsidi upah diberi sehingga 3 bulan pada kadar RM600 sebulan untuk setiap pekerja sehingga maksimum 200 pekerja.
  • Permohonan dibuka dari 1 Oktober sehingga 31 Disember 2020.
  • Permohonan baharu yang tidak pernah menerima bantuan di bawah Program Subsidi Upah 2.0, mereka layak menerima subsidi upah sehingga 6 bulan.

Adakah Kaedah Pembayaran Sama Seperti PSU Yang Lepas?

Kaedah pembayaran masih sama seperti PSU yang terdahulu dan bayaran akan dikreditkan terus ke akaun pekerja dalam tempoh 7 hari selepas menerima bayaran daripada PERKESO.

Seterusnya bayaran akan dilaksanakan oleh majikan anda masing-masing.

Ingin dapatkan maklumat dengan lebih lanjut mengenai PSU 2.0? Klik pautan dibawah untuk ketahui cara memohon serta pautan yang berkaitan.

BANTUAN PRIHATIN: PROGRAM SUBSIDI UPAH 

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image