Info Kerjaya Malaysia

Resale Value Tinggi Di Malaysia Selepas 5 Tahun. Ini Senarai Kereta RV Tinggi

886

Beli Kereta Baru

Apabila pembeli ingin membeli kereta baru, pastinya mereka akan memikirkan tentang nilai jualan semula kereta tersebut sekiranya ingin menjual semula kereta tersebut pada masa akan datang.

Adakah anda ingin tahu kereta jenis apakah yang mempunyai resale value yang tinggi? Baca perkongsian ini untuk tahu jenis kereta yang mempunyai resale value dan berbaloi untuk anda pakai.

Resale Value

Apakah maksud resale value? Ia adalah nilai jualan semula kereta selepas tempoh tertentu kerana kereta adalah satu aset yang akan susut nilainya.

  • Pada tahun pertama, kereta baru akan susut nilai sebanyak 20%.
  • Tahun kedua hingga 10 tahun, susut nilai sebanyak 15% bagi setiap tahun.
  • Selepas 10 tahun, kereta hanya bernilai 10% daripada pembelian awal.

Faktor Mempengaruhi Resale Value

Antara faktor yang mempengaruhi nilai jualan sesebuah kereta adalah :

  • Jenama Kereta : Reputasi jenama kereta memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi resale value. Antara jenama yang mempunyai nilai jualan semula yang tinggi adalah Honda, Toyota, Mercedes dan Perodua.
  • Jimat Minyak : Kereta yang diketahui mempunyai penjimatan minyak yang tinggi juga mempunyai resale value yang tinggi dikalangan pemilik dan penjual kereta.
  • Alat Ganti : Sekiranya alat ganti mudah didapati dan harga yang murah serta berpatutan juga menyebabkan sesebuah kereta mempunyau resale value yang tinggi. Contohnya alat ganti kereta Perodua, Honda dan Toyota.
  • Popular : Kereta yang popular di Malaysia sudah pasti kereta Honda dan Myvi yang menjadi idaman pengguna masa kini berbanding kereta jenama lain.

5 Jenis Kereta Resale Value Tinggi

1. Perodua Myvi

Kereta ini adalah kereta yang paling laris dan popular di Malaysia. Kereta ini menjadi kegilaan anak muda di Malaysia terutamanya bagi mereka yang mula bekerja. Ini kerana harganya sangat berbaloi dengan spesifikasi dan reka bentuk yang menarik menjadikan ia sangat mampu dimiliki oleh mereka yang mula bekerja.

resale value

resale value

2. Honda City

Honda adalah kereta yang menjadi kegemaran dan minat ramai buat masa kini. Honda City V ini adalah kereta yang menjimatkan minyak dan sangat berbaloi untuk dimiliki serta resale valuenya sangat memuaskan hati pembelinya.

resale value

resale value

3. Toyota Vios

Kereta Toyota Vios ini terbukti sebagai pesaing terhebat Honda City V kerana mempunyai kelebihan dan harga yang lebih kurang sama. Model Toyota Vios yang popular adalah jenis TRD Sportivo. Lengkap dengan set skirting yang lebih menarik menjadikan ia adalah pilihan popular masa kini.

resale value

resale value

4. Honda civic

Honda Civic adalah kereta daripada segmen C dan berspesifikasi tinggi dan lengkap dengan powered driver seat, paddle shift, cruise control dan butang push start. Kelebihan inilah yang menyebabkan model ini sangat popular sehingga sekarang.

resale value

resale value

5. Toyota Corolla Altis

Untuk kereta segmen C, Toyota Corolla Altis adalah pesaing terdekat bagi Honda Civic dan lengkap dengan semua teknologi dan gear CVT Toyota Corolla lebih lembut berbanding kereta segmen C yang lain.

resale value

resale value

Apa sahaja pilihan kereta anda, pastikan ianya mempunyai resale value yang tinggi. Bak kata orang dahulu, alah membeli menang memakai. Walaupun ianya adalah satu aset yang susut nilai, pastikan anda memilih kereta yang berbaloi untuk dimiliki dengan melihat pelbagai aspek sebelum anda membelinya.

close-image