Antara soalan popular ditanya semasa temuduga untuk ke sekolah kejururawatan, anda mungkin akan disoal dengan soalan berikut,
“Mengapa anda ingin menjadi jururawat?”.
Bersedia untuk menjawab soalan ini kerana ia akan membantu anda untuk mengenal pasti alasan untuk meneruskan kerjaya dalam bidang ini dan anda merasa lebih yakin untuk memberi jawapan kepada penemuduga.
Tapi sebelum temuduga, pastikan anda lulus peperiksaan Psikometrik Jururawat dahulu, cuba baca Contoh Soalan Psikometrik Jururawat U29 KKM yang disediakan untuk bantu persediaan exam anda.
Bagaimana menjawab “Mengapa anda mahu menjadi jururawat?”
Anda boleh merancang beberapa jawapan yang sesuai sebelum anda ditemuduga. Tulis jawapan anda dan elakkan daripada menghafal supaya jawapan yang diberikan didengari lebih lancar tidak seperti anda sedang membaca skrip.
Berikut adalah beberapa tips untuk menjawab soalan temuduga tersebut :
1. Bersikap Natural Dan Tenang
Elakkan dengan memberi jawapan yang tidak sesuai dengan diri anda semata-mata untuk meyakinkan penemuduga. Renung semula nilai-nilai yang ada pada diri anda dan sebab yang membuatkan anda terdorong untuk menjadi seorang jururawat.
Sekiranya anda tidak pasti, fikirkan jawapan untuk soalan berikut :
- Apakah perkara yang berkaitan dengan kejururawatan yang membuat anda merasa teruja, gembira atau puas?
- Bagaimana kaitan kejururawatan dengan kemahiran, nilai atau motivasi anda?
- Apa yang membuatkan anda berminat dalam bidang kejururawatan sebagai kerjaya?
- Apakah yang anda ingin capai sebagai jururawat?
2. Berkongsi Kisah Peribadi
Kongsikan kisah peribadi anda iaitu tentang mengapa anda ingin menjadi jururawat. Secara tidak langsung ia memberikan satu pandangan yang unik buat penemuduga tentang diri anda. Ia juga membezakan anda dengan calon lain kerana setiap orang mempunyai latar belakang yang berbeza.
Contohnya, anda mungkin meneruskan kerjaya dalam bidang kejururawatan kerana rakan atau ahli keluarga anda mengalami masalah kesihatan. Mungkin jururawat yang memberi mereka rawatan selama berada di hospital memberi inspirasi kepada anda untuk meneruskan kerjaya dalam bidang kejururawatan.
Tidak kira apa alasan anda untuk menceburkan diri dalam bidang kejururawatan, soalan ini memberi anda peluang untuk mengenal pasti dan menyatakan faktor pendorong dalam kehidupan anda sendiri.
3. Ceritakan Pengalaman Anda Sendiri
Terdapat banyak cara jika menggunakan latar belakang dan minat anda ketika menjawab soalan ini. Contohnya, mungkin anda mempunyai minat dari kecil untuk membantu golongan tertentu seperti warga tua atau kanak-kanak. Sekiranya anda mempunyai pengalaman bekerja dengan golongan ini, ceritakan sahaja pengalaman anda. Gunakan pengalaman anda supaya penemuduga mendapat jawapan dan nilai yang mereka inginkan.
Contoh Jawapan Temuduga Kenapa Nak Jadi Jururawat
Berikut adalah beberapa contoh jawapan yang boleh anda gunakan ketika ditemuduga.
Contoh 1
Contoh 2
Contoh 3
10 Contoh Soalan Temuduga Jururawat
Berdasarkan soalan di atas, terdapat beberapa jawapan lain yang boleh anda sediakan sebelum sesi temuduga dijalankan.
Berikut adalah beberapa soalan temuduga yang berkaitan :
1. Ceritakan sedikit tentang diri anda.
Jawapan: “Saya adalah graduan kejururawatan dari Universiti Malaya dan mempunyai pengalaman bekerja selama dua tahun di Hospital Kuala Lumpur. Sepanjang tempoh tersebut, saya telah memperoleh kemahiran dalam penjagaan pesakit, pengurusan ubat-ubatan, dan komunikasi berkesan dengan pesakit serta keluarga mereka. Saya juga aktif dalam aktiviti sukarelawan kesihatan yang memperkuatkan lagi keinginan saya untuk berkhidmat dalam bidang kejururawatan.”
2. Mengapa anda memilih profesion jururawat?
Jawapan: “Saya memilih profesion jururawat kerana saya mempunyai minat yang mendalam untuk membantu orang lain. Saya percaya bahawa melalui kejururawatan, saya boleh membuat perbezaan yang positif dalam kehidupan pesakit. Selain itu, profesion ini menawarkan peluang untuk berkembang dan belajar secara berterusan, yang sangat penting bagi saya.”
3. Bagaimana anda mengatasi tekanan kerja di hospital?
Jawapan: “Saya mengatasi tekanan kerja dengan mengamalkan pengurusan masa yang baik, meminta bantuan apabila diperlukan, dan memastikan saya mengambil masa untuk berehat dan menjaga kesihatan mental saya. Saya juga percaya dalam bekerjasama dengan pasukan untuk memastikan beban kerja diagihkan secara adil dan berkesan.”
4. Apakah kekuatan utama anda sebagai jururawat?
Jawapan: “Salah satu kekuatan utama saya adalah kemampuan komunikasi saya. Saya dapat berkomunikasi dengan baik dengan pesakit, keluarga mereka, dan juga rakan sekerja. Selain itu, saya sangat teliti dalam kerja saya, memastikan semua prosedur diikuti dengan betul dan rekod pesakit dikemaskini dengan tepat.”
5. Bagaimana anda menangani pesakit yang sukar atau agresif?
Jawapan: “Untuk menangani pesakit yang sukar atau agresif, saya memastikan saya tetap tenang dan profesional. Saya mendengar dengan teliti masalah mereka dan cuba memahami dari perspektif mereka. Saya juga menggunakan teknik de-escalasi untuk meredakan situasi dan akan meminta bantuan rakan sekerja atau pihak keselamatan jika perlu.”
6. Ceritakan tentang pengalaman anda bekerja dalam pasukan penjagaan kesihatan.
Jawapan: “Saya telah bekerja dalam pasukan penjagaan kesihatan yang terdiri daripada doktor, jururawat, dan pembantu perubatan. Dalam pasukan ini, komunikasi dan kerjasama adalah kunci. Kami sering mengadakan perbincangan mengenai keadaan pesakit dan merancang rawatan yang sesuai bersama-sama. Saya memastikan bahawa saya sentiasa memberikan maklumat yang tepat dan jelas kepada ahli pasukan.”
7. Bagaimana anda memastikan bahawa pesakit menerima penjagaan yang berkualiti?
Jawapan: “Saya memastikan pesakit menerima penjagaan yang berkualiti dengan mengikuti prosedur yang ditetapkan, mendokumentasikan setiap tindakan yang diambil dengan tepat, dan sentiasa berkomunikasi dengan pesakit serta keluarga mereka mengenai perkembangan dan rawatan yang diberikan. Saya juga sentiasa mengemaskini pengetahuan saya dengan menghadiri kursus dan latihan berkaitan.”
8. Apakah pandangan anda tentang pentingnya etika dalam kejururawatan?
Jawapan: “Etika sangat penting dalam kejururawatan kerana ia memastikan bahawa pesakit menerima rawatan yang adil, hormat, dan penuh integriti. Sebagai jururawat, kami berpegang pada prinsip kerahsiaan, menghormati hak pesakit, dan memberikan rawatan tanpa diskriminasi. Etika membantu menjaga kepercayaan antara pesakit dan profesional kesihatan.”
9. Bagaimana anda menangani situasi di mana anda tidak bersetuju dengan doktor?
Jawapan: “Jika saya tidak bersetuju dengan doktor, saya akan membincangkan kebimbangan saya secara profesional dan berlandaskan fakta. Saya percaya dalam berkomunikasi secara terbuka dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk pesakit. Jika perlu, saya akan melibatkan ahli pasukan lain untuk mendapatkan pandangan mereka dan memastikan keputusan yang diambil adalah yang terbaik untuk pesakit.”
10. Di manakah anda melihat diri anda dalam lima tahun akan datang?
Jawapan: “Dalam lima tahun akan datang, saya melihat diri saya sebagai seorang jururawat yang lebih berpengalaman dan mungkin memegang jawatan kepimpinan dalam jabatan kejururawatan. Saya juga berharap dapat terus mengembangkan pengetahuan saya melalui pendidikan lanjutan dan memberi sumbangan yang lebih besar kepada komuniti kesihatan.”
Tips Persediaan Untuk Temuduga Jururawat
Anda menjadi lebih bersedia dan yakin dengan melakukan persediaan awal sebelum temuduga.
Berikut adalah beberapa tips yang boleh anda gunakan untuk persediaan temuduga yang seterusnya:
Ringkasan Ringkas Diri Anda
Tulis ringkasan mengenai latar belakang, kelayakan dan kekuatan peribadi anda akan membantu anda untuk menjawab soalan seperti, “Ceritakan tentang diri anda.”
Dapatkan Maklumat Hospital
Dengan mendapatkan seberapa banyak maklumat berkaitan hospital yang bakal ditemuduga,ia dapat membantu anda menjawab soalan seperti, “Mengapa anda mahu bekerja di sini?” .
Ia juga dapat membantu anda untuk menggabungkan kemahiran dan kelayakan anda dengan nilai dan misi organisasi. Lawati portal rasmi dan media sosial rasmi mereka untuk mendapatkan seberapa banyak maklumat.
Persediaan Untuk Perbincangan Gaji
Ia amat membantu sekiranya anda mendapat maklumat lengkap mengenai gaji purata untuk jawatan tersebut dan anda bersedia untuk membincangkannya sekiranya diajukan soalan.
Lakukan persediaan dengan baik sebelum temuduga sangat membantu anda untuk mengurangkan tekanan dan sekaligus membina keyakinan diri anda.
Semoga dengan perkongsian ini membantu anda untuk berjaya di dalam bidang yang diinginkan.
Panduan Temuduga Jawatan Kerajaan
Untuk makluman anda, jualan khas rujukan temuduga kerja kerajaan telah pun di buka. Ia merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas pihak kami untuk mempersiapkan anda sebagai calon temuduga jawatan kerajaan terbaik.
Dalam panduan ini kami telah kongsikan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga. Selain dari tips lain temuduga khas untuk membantu anda.
Anda boleh tempah rujukan temuduga di bawah sebagai panduan awal temuduga jawatan kerajaan anda.