Kementerian Pendidikan Buka Jawatan Pembantu Guru Bagi Menjalankan Kerja Pentadbiran

Kementerian Pendidikan meneruskan cadangan mewujudkan jawatan baharu dikenali sebagai ‘pembantu guru’ yang berperanan membantu guru-guru di negara ini melaksanakan kerja pentadbiran.

Menterinya Dr Maszlee Malik berkata sekarang ini, guru-guru terbeban dengan kerja sampingan berkenaan dan mengganggu mereka melakukan tugasan hakiki untuk mengajar di sekolah masing-masing.

Katanya, pihaknya akan berbincang dengan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) bagi membincangkan perlaksanaan dan tugasan pembantu guru ini.

“Pihak kementerian akan bertemu dengan NUTP dalam masa terdekat ini bagi membincangkan masalah (bebanan) guru yang terpaksa melakukan tugasan yang bukan sepatutnya.

“Ada sesetengah guru terpaksa mengisi pelbagai jenis borang yang semua ini sebenarnya adalah kerja di bahagian pentadbiran dan dalam masa sama kami juga akan cuba mengurangkan jenis borang yang perlu diisi oleh para guru ini,” katanya pada Majlis Pertemuan Dengan Warga Pendidik Daerah Kluang, di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), di sini, petang ini.

APA TUGAS PEMBANTU GURU

Umumnya berikut merupakan antara tugas Pembantu Guru berdasarkan ucapan Timbalan Perdana Menteri dan juga Menteri Pendidikan.

Tahukah Anda Jawatan Pembantu Pengajar Bakal Diwujudkan Khas Untuk Menjalankan Tugas-tugas Pentadbiran Bagi Membantu Guru.

Dengan Adanya Jawatan Pembantu Pengajar Ini, Guru Dapat Menumpukan Tugas Pengajaran Sahaja Tanpa Perlu Melakukan Tugas Selain Itu.

Jawatan Pembantu Pengajar akan diwujudkan bagi menggalas tugas pentadbiran dalam usaha mengurangkan beban dipikul guru di negara ini.

BAGAIMANA MOHON JAWATAN PEMBANTU PENGAJAR GURU?

Untuk makluman sebarang maklumat awal mengenai permohonan jawatan Pembantu Pengajar Guru akan dihebahkan di laman Jawatan Kosong Terkini (Portal Kerjaya).

Jadi pastikan anda alert dengan segala hebahan yang dilakukan pihak kami melalui chanel Telegram, Fanpage Kerjaya dan juga melalui Email.

Anda boleh sertai chanel yang disebutkan diatas melalui pautan khas di bawah:

  1. Chanel Telegram (Update Pantas Setiap Hari Ke Henfon Anda)
  2. Email (Terima Email Kekosongan Jawatan Ke Inbox Anda Setiap Hari)
  3. Fanpage Jawatan Kosong

JAWATAN LAIN YANG ANDA BOLEH MOHON SEKARANG

Di bawah merupakan senarai jawatan kosong terkini yang masih di buka permohonan. Rujuk iklan permohonan setiap jawatan dan mohon dengan kadar segera.

  1. Jawatan Kosong JKR
  2. Jawatan Kosong JPN
  3. Jawatan Kosong JPS
  4. Jawatan Kosong KKM
  5. Jawatan Kosong KBS
  6. Jawatan Kosong KPM
  7. Jawatan Kosong Maybank
  8. Jawatan Kosong KTMB

Leave a Reply