Info Kerjaya Malaysia

Kelebihan Fresh Graduate Apabila Bekerja Di Bahagian Khidmat Pelanggan

533

Kelebihan Fresh Graduate Apabila Bekerja Di Bahagian Khidmat Pelanggan

Bagi anda yang baru sahaja menamatkan pengajian dalam apa jua bidang dan belum mendapat sebarang pekerjaan, anda boleh memohon kerja di bahagian khidmat pelanggan kerana terdapat beberapa kelebihan yang memberikan pelbagai manfaat kepada anda.

Teruskan membaca perkongsian ini untuk dapatkan beberapa kelebihan sekiranya anda memilih kerjaya dalam bidang Khidmat Pelanggan ini.

Skop Tugasan Bahagian Khidmat Pelanggan

Sama ada anda bekerja dengan syarikat swasta atau perkhidmatan awam, tugas anda hampir sama dan sememangnya mempunyai banyak persamaan seperti :

  • Bertanggungjawab dalam mengendalikan dengan cekap dan berkualiti semua panggilan telefon.
  • Melayani pelanggan / tetamu yang berurusan dengan jabatan / syarikat secara tertib dan mesra.
  • memberi penerangan mengenai perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat / jabatan/ agensi.
  • Merekod dan memantau aduan sehingga selesai dan maklumkan kepada pelanggan / tetamu dari semasa ke semasa perkembangan di atas aduan pelanggan / tetamu.

Ini Sebabnya Mengapa Fresh Graduan Perlu Pilih Kerjaya Bahagian Khidmat Pelanggan

Kelebihan Kerjaya Khidmat Pelanggan

1. Menawarkan Gaji Yang Lumayan

Kebanyakan mereka yang bekerja dibahagian ini seperti Customer Service Agent, Customer Service Representative, Customer Care Specialist serta pekerjaan yang berkaitan menawarkan gaji basic antara RM2000 hingga RM3000 untuk lepasan ijazah.

Besar juga ya basic gaji untuk kerjaya bahagian khidmat pelanggan ini. Basic gaji ini belum lagi termasuk pelbagai jenis elaun seperti elaun shift, elaun lebih masa, elaun pengangkutan, elaun kehadiran, elaun makan minum serta elaun-elaun yang berkaitan.

2. Peluang Menyertai Pelbagai Jenis Industri

Melalui kerjaya ini, anda berpeluang untuk menyertai pelbagai jenis industri yang ada seperti bank, hotel, pendidikan, penyiaran, ticketing & travelling, penyiaran, hospital dan sebagainya.

Ini kerana untuk memohon kerjaya dalam bidang ini syarat utama yang dikenakan adalah ijazah dalam apa jua bidang, fasih berbahasa Inggeris dan boleh mengira Matematik dengan baik.

3. Latihan 

Sekiranya anda tidak mahir dan tidak arif tentang kerjaya ini, anda tidak perlu risau kerana anda akan diberikan latihan selama 2 minggu hingga 3 bulan untuk memahirkan anda dalam bidang ini.

Anda juga akan diberikan gaji semasa latihan walaupun sekadar gaji basic. Tetapi sangat berbaloi kerana tidak ada syarikat yang memberikan gaji walaupun sekadar basic ketika anda pergi kursus atau latihan sebelum masuk kerja.

4. Jadual Kerja Fleksibel

Kebanyakan syarikat atau agensi membolehkan pegawai bahagian khidmat pelanggan untuk bekerja mengikut masa sendiri walaupun anda perlu bekerja secara shift.

Caranya adalah dengan menukar jadual yang ditetapkan secara suka sama suka dengan rakan setugas sekiranya anda mempunyai masalah untuk diselesaikan. Tetapi mestilah mendapat kelulusan daripada pihak atasan yang menguruskan jadual tersebut.

5. Nilai Tambahan

Anda boleh menjadikan kerjaya ini sebagai satu nilai tambahan dalam perkembangan kerjaya dan menjadikan anda mahir dalam perkara-perkara yang tertentu.

Sekiranya anda telah bekerja sebagai pegawai khidmat pelanggan dan pelanggan mempunyai masalah berkaitan internet, sudah pasti anda tahu cara untuk selesaikan masalah ini kerana anda sudah tahu cara untuk selesaikannya.

Apabila anda mendapat pekerjaan yang lain seperti pegawai bank dan pelanggan anda mempunyai masalah berkaitan perbankan internet, dengan mudah masalah tersebut diselesaikan kerana ia berkaitan dengan kerjaya anda yang terdahulu. Maka inilah nilai tambahan terutama dari segi kemahiran  untuk kerjaya anda yang seterusnya.

6. Multi-Tasking

Jika anda sudah lama dalam bidang ini sudah pasti anda akan menjadi seorang pekerja yang mempunyai kemahiran Multi-Tasking dan boleh membuat beberapa kerja dalam satu masa.

Biasanya untuk mempunyai kemahiran seperti ini, anda hanya memerlukan masa sekurangnya 6 bulan hingga 1 tahun dalam bidang ini.

Kebanyakan pegawai khidmat pelanggan boleh menulis, menaip sambil bercakap telefon serta bercakap secara berhadapan dengan pelanggan.

Ini Sebabnya Mengapa Fresh Graduan Perlu Pilih Kerjaya Bahagian Khidmat Pelanggan

Hebat bukan kerjaya dalam bidang khidmat pelanggan ini? Tak kenal maka tak cinta. Jika anda berminat, anda boleh memohon pekerjaan ini dan teruskan bekerja untuk dapatkan pengalaman yang lebih luas sebelum anda berjaya mendapatkan kerja yang anda inginkan.

Mahu dipanggil interview dengan mudah? Jangan jemu amalkan tips yang dikongsikan ini. Klik sini untuk dapatkan tips untuk panduan anda.

close-image