Info Kerjaya Malaysia

4 Jenis Kelayakan Cuti Yang Boleh Dipohon Oleh Pekerja Perkhidmatan Awam

2,671

Kelayakan Cuti Yang Boleh Dipohon Oleh Pekerja Perkhidmatan Awam

Terdapat 4 jenis kelayakan cuti yang digariskan dalam pekeliling yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam untuk rujukan pekerja sebelum membuat permohonan cuti bagi sebab-sebab tertentu. Jadi, jika anda salah seorang pekerja dalam Perkhidmatan Awam atau lebih senang disebut sebagai bekerja kerajaan, tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil cuti dan ingkar arahan yang telah ditetapkan, ya.

Cuti yang diberikan juga merupakan satu keistimewaan dan:

  • Boleh ditarik balik jika perlu.
  • Diberi atas tujuan tertentu dengan syarat dan kelayakan yang berbeza dan tidak boleh ditukar ganti.
  • Hanya dinikmati apabila boleh digunakan, luput jika tidak digunakan.
  • Diberi dengan saksama kepada yang layak.

Jenis-jenis Cuti Dalam Perkhidmatan Awam

  • Cuti yang diberi kerana perkhidmatan
  • Cuti atas sebab perubatan
  • Cuti tidak berekod
  • Cuti-cuti lain

1. Cuti Yang Diberi Kerana Perkhidmatan

Terdapat 3 jenis cuti yang diberi kerana perkhidmatan iaitu :

  1. Cuti rehat
  2. Cuti separuh gaji
  3. Cuti tanpa gaji

Manakala bagi golongan guru atau pendidik pula akan diberi cuti seperti CUTI PENGGAL atau CUTI REHAT KHAS.

2. Cuti Atas Sebab Perubatan

Untuk cuti atas sebab perubatan pula terdapat 6 jenis pecahan iaitu :

  1. Cuti sakit
  2. Cuti sakit lanjutan
  3. Cuti kerantina
  4. Cuti bersalin
  5. Cuti kecederaan
  6. Cuti tibi, kusta dan barah

3. Cuti Tidak Berekod

Bagi cuti tidak berekod pula, terdapat beberapa jenis cuti tidak berekod yang dibenarkan iaitu :

  1. Cuti gantian
  2. Cuti latihan pasukan Sukarela seperti RELA, WATANIAH, Pasukan Simpanan Sukarela TLDM, Pasukan Sukarela TUDM, Pasukan Sukarela Polis dan JPAM.
  3. Cuti menghadiri latihan atau khemah tahunan pertubuhan / persatuan atau kursus-kursus tertentu.
  4. Cuti menghadiri latihan syarikat kerjasama
  5. cuti untuk mengambil peperiksaan
  6. Cuti menghadiri mesyuarat persatuan ikhtisas
  7. Cuti mengambil bahagian dalam olahraga / sukan
  8. Cuti tugas khas perubatan
  9. Cuti bagi pegawai yang dipilih untuk mengambil bahagian dalam lawatan kebudayaan dan Pertandingan Bulan Bahasa Kebangsaan.
  10. Cuti menghadiri mesyuarat Majlis Bersama Kebangsaan dan Majlis Bersama Jabatan.
  11. Cuti mengikuti kursus insentif dibawah Program Pendidikan Jarak Jauh.
  12. Cuti urus kematian ahli keluarga terdekat.
  13. Cuti isteri bersalin.
  14. Cuti bagi pegawai yang dilantik sebagai Jurulatih Pusat Latihan Khidmat Negara.
  15. Cuti bagi menghadiri mahkamah di luar stesen
  16. Cuti menderma organ.

4. Cuti- Cuti Lain

Antar cuti-cuti lain yang boleh dipohon adalah :

  • Cuti menjaga anak.
  • Cuti menunaikan Haji.
  • Cuti tanpa gaji bagi pegawai yang mengikuti pasangan mereka bertugas atau berkursus.
  • Cuti berkursus.
  • Cuti rehat selepas berkursus lebih 12 bulan.
  • Kebenaran tidak hadir bertugas sebab kecemasan am.

Kadar Kelayakan Cuti Rehat Tahunan

Untuk kadar cuti rehat tahunan Pegawai Perkhidmatan Awam adalah seperti berikut :

4 Jenis Kelayakan Cuti Yang Boleh Dipohon Oleh Pekerja Perkhidmatan Awam

Aliran Buku Perkhidmatan Awam

Anda boleh rujuk aliran berikut mengenai perkara yang akan dicatatkan dalam buku rekod perkhidmatan serta mengenai kemudahan cuti yang dipohon.

4 Jenis Kelayakan Cuti Yang Boleh Dipohon Oleh Pekerja Perkhidmatan Awam

Soalan Lazim

Untuk maklumat serta info selanjutnya, anda boleh rujuk soalan lazim berikut :

1. Adakah pegawai layak menggunakan Cuti Separuh Gaji untuk menjaga ibu mertua yang uzur?

Pegawai layak menggunakan CSG kerana tafsiran sanak-saudara yang rapat kepada pegawai adalah termasuk keluarga pegawai sendiri, adik beradik, ibu bapa, ibu bapa mentua, datuk dan nenek.

2. Apakah syarat umum menggunakan kemudahan Cuti Tanpa Gaji?

Ketua Jabatan boleh melululuskan Cuti Tanpa Gaji berdasarkan syarat yang berikut: a. Syarat minimum layak memohon Cuti Tanpa Gaji di dalam atau di luar negeri ialah sekurang-kurangnya 6 bulan perkhidmatan yang melayakkan; b. Pegawai telah menghabiskan semua Cuti Rehat yang ia berkelayakan sebelum mengambil Cuti Tanpa Gaji; c. Baki Cuti Tanpa Gaji yang belum diambil boleh digunakan selagi tidak mencapai had maksimum yang dibenar berasaskan perkhidmatan yang melayakkan; d. Cuti Tanpa Gaji hendaklah direkodkan di dalam Kenyataan Cuti dan Buku Perkhidmatan; dan e. Kadar Cuti Tanpa Gaji adalah 30 hari bagi setiap genap satu tahun perkhidmatan yang melayakkan tetapi tidak melebihi 360 hari.

3. Apakah yang dimaksudkan dengan terma Ahli keluarga terdekat dalam kemudahan Cuti Tanpa Rekod bagi urusan kematian ahli keluarga?

Ahli Keluarga Terdekat bermaksud suami, isteri, ibu kandung atau ibu angkat (yang sah di sisi undang-undang), bapa kandung atau bapa angkat yang sah di sisi undang-undang, ibu mertua, bapa mertua, anak kandung, anak angkat yang sah di sisi undang-undang, anak angkat de facto dan anak pelihara.

4. Berapakah tempoh masa yang diberikan bagi kemudahan Cuti Tanpa Rekod bagi urusan kematian ahli keluarga?

Kemudahan Cuti Tanpa Rekod diberikan selama tiga hari berturut-turut kepada pegawai Perkhidmatan Awam termasuk hari rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan am.

5. Adakah pegawai boleh memohon cuti bersalin antara 60 hingga 90 hari?

Ya. Tempoh Cuti Bersalin yang dipohon adalah bergantung kepada pemilihan pegawai tertakluk kepada had tempoh di antara 60 hari sehingga 90 hari bagi setiap kelahiran, terhad kepada 300 hari sepanjang tempoh perkhidmatan.

close-image