K
KERJAYA
Langkau ke kandungan
Utama Semasa Kedai Gunting Rambut Masih Belum Dibenarkan Beroperasi – KKM
Semasa 1 Min Bacaan 7 May 2020

Kedai Gunting Rambut Masih Belum Dibenarkan Beroperasi – KKM

A

admin

Penyumbang

KONGSI:
Kedai Gunting Rambut Masih Belum Dibenarkan Beroperasi – KKM

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih lagi tidak membenarkan kedai gunting rambut di Malaysia beroperasi semula kerana terdapat kes jangkitan Covid-19 di negara Jepun dan Amerika Syarikat yang membabitkan mereka yang menggunting rambut.

Menerusi sidang media laporan harian Covid-19, Dr Noor Hisham menyatakan bahawa kedua-dua negara ini telah melaporkan jangkitan virus Covid-19 dalam kalangan mereka yang menggunting rambut.

Susulan daripada itu, KKM dilaporkan akan memantau dengan teliti berkenaan perkara ini sebelum boleh membenarkan secara berperingkat untuk sektor ini beroperasi dalam masa yang terdekat.

https://www.facebook.com/kementeriankesihatanmalaysia/posts/10157019775271237