Info Kerjaya Malaysia

Kategori Calon Yang Tidak Dibenarkan Hadiri Ujian Kecergasan SPA

6,344

Ujian Kecergasan / Ujian Fizikal SPA

Ujian kecergasan / ujian fizikal adalah satu bentuk ujian yang dilakukan secara fizikal dan perlu dilalui oleh calon-calon yang memohon jawatan yang berkaitan dengan badan beruniform khasnya seperti :

  • Pegawai / Penolong Penjara
  • Pegawai / Penolong Bomba
  • Pegawai / Penolong Penguatkuasa
  • Pegawai / Penolong Kastam
  • Pegawai / Penolong Imigresen
  • Pegawai / Penolong Kesatria
  • Jawatan lain yang berkaitan

Namun tidak semua calon boleh hadir ujian kecergasan SPA berdasarkan beberapa kategori. Teruskan membaca perkongsian ini untuk ketahui kategori calon yang tidak debenarkan hadiri ujian kecergasan.

Arahan Ujian Kecergasan / Fizikal

1. Pada hari ujian calon hendaklah berpakaian sukan dan membawa perkara berikut :

  • Surat panggilan pemeriksaan atau salinan emel / salinan portal pemeriksaan fizikal dan pancaindera.
  • Kad Pengenalan.

2. Calon mestilah mematuhi arahan ketua penguji / penguji.

3. Calon hendaklah berada di pusat pemeriksaan fizikal 15 minit sebelum pemeriksaan.

Jenis Ujian Kecergasan / Ujian Fizikal SPA

Terdapat beberapa jenis ujian kecergasan/ fizikal SPA yang akan dijalankan mengikut kategori jantina seperti :

1. Larian 2.4 Km

  • Lelaki : 14 minit
  • Wanita : 17 minit

2. Bangun Tubi dalam masa 2 Minit

  • Lelaki : 30 kali
  • Wanita : 28 kali

3. Lari Ulang Alik ( 4 x 10 meter)

  • Lelaki : 11 saat
  • Wanita : 13 saat

4. Lompat Jauh Berdiri

  • Lelaki : 215 sentimeter
  • Wanita : 162 sentimeter

Kategori Calon Yang Tidak Dibenarkan Hadiri Ujian Kecergasan SPA

Calon Yang Tidak Dibenarkan Hadiri Ujian Kecergasan SPA

Antara calon yang tidak dibenarkan hadir ujian kecergasan SPA ialah :

  • Calon wanita yang mengandung. Pegawai penguji tidak akan menghalang anda untuk membuat ujian kecergasan,tetapi mereka akan megesyorkan anda untuk tarik diri sebelum berlakunya perkara yang tidak diingini.
  • Calon wanita baru lepas melahirkan anak dalam tempoh tidak kurang dari 24 bulan. Dikhuatiri akan memberikan kesan yang lebih serius kerana sistem ketahanan tubuh badan manusia tidak sama. Anda akan dinasihatkan untuk tidak meneruskan ujian kecergasan.
  • Calon yang mempunyai masalah kesihatan yang serius dan kronik seperti sakit jantung, asma, darah tinggi, kencing manis dan sebagainya.
  • Calon yang mempunyai besi di dalam anggota badan akibat kemalangan yang serius.

Kategori Calon Yang Tidak Dibenarkan Hadiri Ujian Kecergasan SPA

Calon yang mempunyai masalah disebutkan di atas TIDAK DIBENARKAN untuk hadiri ujian kerana ujian ini melibatkan Ujian Kecergasan. Ujian ini tidak sama seperti temuduga biasa kerana memerlukan anda untuk membuat beberapa ujian seperti yang telah dinyatakan di atas.

Bagi anda yang akan hadir temuduga SPA dalam masa yang terdekat, lihat sini untuk dapatkan jenis dokumen yang perlu dibawa, cara susunan sijil dalam fail dan cara lengkapkan MyResume.

close-image