Info Kerjaya Malaysia

Jumlah Penganggur Turun Kepada 566,600 Orang, Trend Menaik Penduduk Bekerja

291

Jumlah Kadar Pengangguran di Malaysia Suku Pertama 2024

Pada Mac 2024, Malaysia mencatatkan penurunan dalam jumlah penganggur. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), jumlah penganggur menurun kepada 566,600 orang, dengan kadar pengangguran sebanyak 3.3%.

Penurunan Pengangguran

Bilangan penganggur pada Mac 2024 menunjukkan penurunan sebanyak 0.1% berbanding 567,000 orang pada Februari 2024. Kedudukan ekonomi yang menggalakkan pada bulan Mac 2024 telah membolehkan pasaran buruh negara untuk mengekalkan pertumbuhan yang stabil.

Peningkatan Tenaga Buruh

Bilangan tenaga buruh pada Mac 2024 terus mengukuh sebanyak 0.1% merekodkan 17.1 juta orang berbanding 17.07 juta orang pada Februari 2024. Kadar penyertaan tenaga buruh meningkat sebanyak 0.1 mata peratus kepada 70.3% (berbanding 70.2% pada Februari 2024), menunjukkan penyertaan buruh yang lebih tinggi dalam pasaran.

Pengangguran Aktif dan Tidak Aktif

Daripada jumlah bilangan penganggur pada Mac 2024, 79.7% adalah mereka yang bersedia untuk bekerja dan aktif mencari pekerjaan atau penganggur aktif. Penganggur tidak aktif atau mereka yang percaya bahawa tiada pekerjaan tersedia naik sebanyak 0.4% kepada 115,000 orang (Februari 2024: 114,600 orang).

Pengangguran dalam Kalangan Belia

Kadar pengangguran bagi belia berumur 15 hingga 24 tahun pada bulan Mac 2024, kekal pada 10.6% atau 306,300 orang manakala kadar pengangguran dalam kalangan belia berumur 15 hingga 30 tahun adalah 6.6%, dengan bilangan penganggur belia seramai 434,500 orang (Februari 2024: 6.6%; 434,800 ribu orang).

Kadar Pengangguran Mengikut Negeri

Secara keseluruhan, data menunjukkan penurunan dalam kadar pengangguran di Malaysia pada Mac 2024. Ini adalah petanda baik bagi ekonomi negara, menunjukkan peningkatan dalam penyertaan tenaga buruh dan penurunan dalam bilangan penganggur. Walau bagaimanapun, masih ada cabaran dalam mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan belia.

Maklumat penuh boleh rujuk di DOSM dan https://www.facebook.com/StatsMalaysia

close-image