Jenis-jenis Cukai di Malaysia
Cukai adalah perlu untuk pembangunan sesebuah negara. Lagi banyak cukai yang dikutip, lagi banyak pembangunan dan projek dapat dijalankan oleh kerajaan demi kepentingan semua pihak.
Jadi apakah cukai-cukai yang ada di Malaysia ni?
1. Cukai Secara Langsung
Cukai langsung adalah cukai yang kita sebagai rakyat membayar secara langsung kepada kerajaan. Contoh-contoh cukai secara langsung seperti cukai pendapatan. Jenis cukai ini diuruskan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia. Ini bermaksud, semakin tinggi pendapatan kita, lebih banyak cukai pendapatan yang kita perlu bayar.
Bagi yang baru bekerja buka terus fail dengan LHDN dengan mendaftar di e-daftar (kebiasaan pihak HR majikan akan uruskan semua ini). Tahu tak kalau kita tak tinggal di Malaysia lebih 6 bulan, kita tak perlu bayar cukai pendapatan?
Satu lagi jenis cukai langsung adalah Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) atau dikenali dengan nama RPGT. Ia adalah cukai yang dikenakan atas keuntungan daripada pelupusan harta tanah (rumah pangsa, rumah, kondominium, pangsapuri, ladang, tanah kosong dan lain-lain).
Kadar CHKT adalah antara 0% hingga 30%, dan bergantung kepada tempoh pegangan.
2. Cukai Secara Tidak Langsung
Cukai tidak langsung adalah cukai yang dibayar secara tidak langsung kepada kerajaan. Contoh cukai tidak langsung adalah cukai perkhidmatan.
Pengurusan cukai perkhidmatan adalah di bawah Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Dari sudut pandangan yang lebih terperinci, contohnya apabila kita menginap di sebuah hotel atau makan di kedai-kedai tertentu, kita akan membuat pembayaran yang disertakan sekali dengan cukai perkhidmatan.
Itulah jumlah cukai yang kita bayar kepada pihak hotel, dan seterusnya hotel akan membayar cukai tersebut kepada kerajaan.
3. Cukai Jualan
Cukai jualan adalah cukai yang dikenakan ke atas pengeluar yang mengeluarkan barangan dan juga kepada pengimport yang mengimport barang. Kebanyakan item yang tertakluk kepada cukai jualan ialah 10%.
Contoh barang yang tertakluk kepada cukai jualan ialah perabot, peti sejuk, televisyen, pakaian, kasut, beg tangan dan banyak lagi barangan. Sebagai pengguna sememanya kita tidak didedahkan bahawa produk ini tertakluk kepada cukai jualan kerana ia tidak didedahkan kepada pengguna. Namun elemen cukai jualan telah diambil kira sebagai kos, dan peniaga telah memasukkan ke dalam harga jualan produk tersebut.
4. Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)
Oleh itu, langkah pembaharuan cukai dilaksanakan bagi memastikan sistem cukai yang lebih telus dan cekap. Kerajaan telah menghapuskan cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang tersedia sebelum ini dan menggantikannya dengan cukai ke atas barangan dan perkhidmatan atau dalam bahasa Inggeris adalah Good and Service Tax (GST).
Tujuan utama pengenalan GST adalah untuk meluaskan sumber pendapatan negara, yang selama ini banyak bergantung kepada hasil minyak petroleum.
Cukai barangan dan perkhidmatan telah diperkenalkan di lebih daripada 160 buah negara di seluruh dunia dan telah terbukti berkesan dalam konteks ekonomi moden. Negara-negara seperti Singapura, United Kingdom, Australia dan Thailand telah lama memperkenalkan cukai barang dan perkhidmatan
Jenis cukai adalah pengetahuan yang mesti diketahui oleh semua orang awam. Dengan pengetahuan ini, pembayar cukai seperti kita, akan “tahu” di mana wang kita akan digunakan dan dibelanjakan.
INGINKAN CONTOH SOALAN PEGAWAI EKSEKUTIF 41
Anda inginkan lebih banyak maklumat terkini berkaitan Soalan Peperiksaan Pegawai Eksekutif LHDNM? Untuk pengetahuan kami bakal keluarkan panduan khas sempena peperiksaan kali ini. Pastikan anda dapatkan panduan berikut di bawah.
Mohon anda SHARE sekiranya artikel ini bermanfaat dan dapat membantu rakan anda yang lain.