Info Kerjaya Malaysia

Jenis Cover Letter Yang Anda Perlu Tahu Beserta Contoh

3,578

Jenis Cover Letter Yang Anda Perlu Tahu Beserta Contoh

Setiap kali menghantar resume pastinya disertakan sekali dengan cover letter. Terdapat 3 cover letter yang selalu digunakan untuk dihantar kepada majikan. Namun tahukah anda bahawa terdapat pelbagai jenis cover letter yang boleh anda gunakan untuk dihantar kepada majikan anda.

Baca juga: Apa Majikan Cari Dalam Cover Letter Anda?

Baca perkongsian ini untuk melihat cover letter lain yang boleh digunakan untuk memohon pekerjaan.

6 Jenis Cover Letter

Terdapat 6 jenis cover letter yang boleh anda gunakan untuk memohon pekerjaan. Berikut adalah jenis-jenis cover letter yang boleh digunakan iaitu :

  • Cover letter permohonan
  • Cover letter prospek
  • Cover letter rangkaian
  • Cover letter emel
  • Cover letter khusus industri atau kerjaya
  • Cover letter rujukan

3 jenis cover letter yang digunakan ialah cover letter permohonan, cover letter prospek dan cover letter rangkaian.

Jenis Cover Letter Yang Anda Perlu Tahu Beserta Contoh

1. Cover letter permohonan

Dihantar bersama resume dan isi kandungannya disesuaikan dengan jawatan yang dipohon. Untuk menulis cover letter ini, gunakan keywords yang bersesuaian dengan jawatan yang dipohon terutamanya berkaitan dengan kemahiran anda. Ini kerana syarikat yang mencari pekerja akan menggunakan sistem ATS untuk mengimbas resume dan cover letter anda secara automatik.

2. Cover letter prospek

Cover letter prospek adalah cover letter yang digunakan ketika anda memilih syarikat yang anda sasarkan untuk bekerja. Sesuai untuk anda yang memilih syarikat lain untuk memperkembangkan kerjaya anda ke tahap yang lebih tinggi.

3. Cover letter rangkaian

Cover letter jenis ini pula ditumpukan kepada usaha meminta pertolongan, nasihat dan bertanyakan jawatan yang dibuka dalam networking anda. Anda mungkin mempunyai seseorang dalam networking yang boleh dipercayai untuk anda bertanyakan tentang pekerjaan yang ada di syarikat mereka.

Jenis Cover Letter Yang Anda Perlu Tahu Beserta Contoh

4. Cover letter emel

Untuk cover letter emel, anda digalakkan untuk formatkannya dalam bentuk yang mesra emel seperti format PDF. Sesuai dengan namanya, cover letter ini tidak perlu dicetak cuma dihanatr terus dalam bentuk PDF untuk membuat permohonan kerja.

5. Cover letter khusus industri atau kerjaya

Cover letter ini pula menekankan pengalaman yang anda miliki dalam bidang kerja atau jawatan yang anda pohon. Cover letter ini juga sesuai untuk anda memberikan gambaran yang lebih jelas mengapa anda adalah calon yang sesuai untuk memegang jawatan tersebut. Ia juga menerangkan dengan lebih jelas pengalaman anda yang sesuai dengan bidang tersebut.

6. Cover letter rujukan

Cover letter rujukan menawarkan peluang untuk memperkenalkan diri tetapi juga menyatakan orang yang menawarkan pekerjaan tersebut kepada anda. Ia merupakan satu sumber yang penting kerana mereka mempunyai hubungan baik dengan syarikat tersebut. Ia juga merupakan satu kelebihan buat anda dan menarik perhatian Pengurus Sumber Manusia untuk menjadikan anda calon utama jawatan tersebut.

Tips atau Format Menulis Cover Letter

Isi kandungan yang perlu ada di dalam cover letter adalah :

Letter Head

Terdapat maklumat penting anda seperti iaitu nama, alamat, email dan nombor telefon. Tujuan utama adanya kepala surat untuk memudahkan bahagian sumber manusia mencari nama anda atau menghubungi jika ada sebarang makluman tentang permohonan.

Tajuk Pengenalan

Setiap majikan pastinya akan membaca terlebih dahulu cover letter daripada siapa dan tajuk. Pastikan ia ditulis dengan jelas, ringkas dan padat serta BOLD tajuk cover letter anda.

Isi Kandungan 1

Ceritakan tentang latar belakang anda. Tulis perkara yang penting seperti pendidikan dan pencapaian akademik. Sertakan sekali pengalaman kerja anda sekiranya ada. Pastikan pengalaman kerja yang disertakan berkaitan dengan pekerjaan yang dipohon.

Isi Kandungan 2

Ceritakan tentang perkaitan syarikat dengan permohonan anda. Contohnya ceritakan mengenai kenapa anda berminat bekerja di organisasi tersebut dan mengapa kenapa perlu ambil anda bekerja.

Penutup

Untuk perenggan terakhir, anda perlu letakkan harapan anda untuk layak dipanggil temuduga atau diterima permohonan tersebut.

Contoh Cover Letter

Berikut adalah contoh cover letter yang boleh anda gunakan untuk dihantar kepada majikan anda :

Contoh Cover Letter Permohonan

Rayyan Bin Sofian
No 1, Lorong Tembikai 2,
Taman Tembikai,
18500 Machang,
Kelantan
[email protected]
012 3457890

15 Oktober 2017

Pengurus Sumber Manusia,
Bird Nest JV Sdn Bhd,
Lorong Kerjaya 2,
18500 Machang,
Kelantan

Tuan,

PERMOHONAN KERJA SEBAGAI KERANI

Perkara di atas adalah dirujuk. Saya ingin menyertakan permohonan untuk jawatan tersebut untuk pertimbangan pihak tuan. Saya dimaklumkan mengenai jawatan kosong tersebut melalui iklan di laman web syarikat tuan bertarikh 2 September 2022. Saya lampirkan resume saya untuk rujukan tuan.

Untuk makluman tuan, saya pernah bekerja selama tiga tahun di sebuah syarikat pengangkutan bas sebagai kerani kaunter. Saya juga telah bekerja selama 7 tahun sebelum ini di sebuah syarikat kontraktor pemaju hartanah sebagai kerani. Saya merupakan graduan diploma bidang pengurusan pejabat dari Politeknik Merlimau.

Saya telah mengikuti perkembangan institusi tuan sejak dua tahun lalu yang banyak memberikan perkhidmatan yang baik pada masyarakat. Kebolehan saya berbahasa Inggeris dan Mandarin tentunya dapat membantu saya untuk menjalankan kerja dengan lebih lancar. Selain itu, saya juga merupakan seorang yang cepat belajar dan mudah bekerja di dalam pasukan.

Saya berharap agar permohonan saya diberi pertimbangan sewajarnya. Saya juga berharap pihak tuan dapat menghubungi saya untuk ditemuduga. Segala pertimbangan pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Yang benar,
………………………………

(Rayyan Bin Sofian)

Diharap melalui perkongsian ini dapat membantu anda untuk menghantar cover letter yang sesuai dan mengikut format yang betul.

close-image