Nak Beli Rumah Lelong, Follow Langkah Mudah Ini

1,871

Nak Beli Rumah Lelong

Jika anda berminat untuk membeli rumah lelong, anda perlu mengetahui beberapa tips sebelum anda membuat pembelian.

Pastikan anda bersiap sedia dengan menyediakan dokumen yang diperlukan serta mengetahui serba sedikit cara untuk membeli rumah yang lelong.

Baca juga: Panduan Asas Mesti Boleh Beli Rumah Pertama Sesuai Untuk Golongan Bujang & Berkeluarga

Berikut adalah 7 tips yang berguna untuk anda membuat pembelian rumah lelong.

7 Langkah Pembelian Rumah Lelong

Berikut adalah 7 tips berguna buat anda yang akan membuat pembelian rumah lelong.

1. Semak Kelayakan Pinjaman

Semak kelayakan anda untuk mengetahui kelayakan harga rumah yang anda mampu mengikut gaji bulanan anda. Pastikan DSR (Debt Service Ratio) dan CCRIS (Central Credit Reference Information System) berada pada kadar skor yang baik.

Anda boleh bertanya kepada mana-mana pegawai bank dan minta pegawai bank kirakan DSR untuk anda.

Nak Beli Rumah Lelong, Follow Langkah Ini

2. Kos Pembelian Rumah Lelong

  • Sediakan 10% deposit daripada harga rezab rumah untuk membuat bidaan lelong.
  • Deposit melalui bank draft atau mengeluarkan banker cheque di bank pilihan sekurangnya satu atau dua hari sebelum tarikh lelong berlangsung.
  • Sediakan sekurang-kurangnya 5 hingga 6% untuk kos-kos lain seperti kos guaman, duti setem, valuation fee dan lain-lain.

3. Mohon Surat POS

Dapatkan surat POS (Proclamation of Sale) atau surat pengisytiharan jualan dokumen yang daripada ejen hartanah lelong anda.

Rujuk dan tanya ejen anda sekiranya sukar untuk memahami isi dokumen tersebut.

Nak Beli Rumah Lelong, Follow Langkah Ini

4 . Maintenance Fee

Pihak bank akan menanggung tunggakan maintenance fees, cukai pintu dan cukai tanah sehingga tarikh lelong sahaja. Namun tidak semua kos ditanggung oleh pihak bank dan teliti surat POS dengan teliti.

Selepas anda berjaya membida rumah tersebut, segala kos adalah dibawah tanggungan anda.

Dapatkan sebarang kepastian daripada ejen anda sekiranya terdapat sebarang persoalan.

5. Milikan Kosong / Fully Furnished

Anda mungkin berpotensi untuk mendapat rumahyang fully furnished atau kosong.  Pihak bank tidak bertanggungjawab terhadap rumah yang kosong dan pembeli hanya boleh memeriksa ruma daripada luar sahaja.

6. Dokumen 

Dokumen yang perlu di bawa ke dewan lelongan adalah : 

  • Bank draft
  • Kad pengenalan asal

Jika anda tidak mampu hadir pada hari bida, ejen hartanah lelong anda boleh mewakili anda.

Hari lelongan adalah pada hari :

  • Isnin
  • Rabu
  • Jumaat

7. Tandatangan SPA.

Tandatangan surat SPA (Sales & Purchase Agreement) beserta bayaran RM100 duti setem selepas menang bidaan. Tetapi jika anda kalah, deposit anda akan dipulangkan.

Nak Beli Rumah Lelong, Follow Langkah Ini

Sekrang anda boleh membei rumah lelong yang anda idamkan dengan senang hati. Pastikan anda ikuti langkah yang dikongsikan ini untuk memudahkan urusan anda.

Panduan Beli Rumah Lelong

Ingin Mengetahui Cara Sebenar Membeli Hartanah Lelong Dan Bagaimana Menjana Keuntungan Menerusinya?

Pastikan anda beli panduan beli rumah lelong di bawah dan ikut pengalaman saudara Tarmizi Jusoh lakukannya. Klik pautan di bawah dan dapatkan panduan ini.

BELI PANDUAN RAHSIA RUMAH LELONG

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image