COVID-19: Makcik Cleaner Hospital Juga Berjasa, Ajar Diri Kita Untuk Hargai Mereka

79

Sedikit perkongsian mungkin ramai yang tidak tahu disebalik kekalutan staf KKM membantu pesakit COVID 19, mereka ini di barisan belakang turut terkesan dengan penularan wabak yang telah meragut ribuan Nyawa di seluruh dunia.

Mereka juga dibekukan cuti, bersama-sama memastikan sisa klinikal yang berbahaya dibuang mengikut prosedur yang ditetapkan, memastikan kebersihan lantai dan peralatan di dalam wad.

Makcik Cleaner Hospital Juga Berjasa

Walaupun gaji mereka kecil dan tidak diberikan elaun khas seperti mana staf KKM, tugas dan tanggungjawab mereka tetap diteruskan demi memastikan Hospital dalam keadaan bersih daripada bakteria dan juga sisa buangan.

Untuk pengetahuan, mereka juga diarahkan untuk menjaga kebersihan pusat kuarantin yang mana ditempatkan suspek COVID 19 antara tugas paling mencabar apabila perlu berhadapan secara langsung dengan individu yang dikuarantikan bagi menukar cadar katil suspek, mengemop lantai bilik suspek dan mencuci laluan suspek setiap masa walaupun mereka ini bukanlah terlatih seperti agensi pengurusan bencana negara. Mereka hanya mengikut arahan dan kehendak pihak KKM.

Mereka sanggup bergadai nyawa meninggalkan keluarga dan bekerja sehabis tenaga memberikan khidmat yang saya yakin tidak semua orang sanggup buat kerja yang sangat berisiko dan terdedah seperti mereka walaupun diberi elaun KHAS.

Walaupun kerja mereka hanya dilihat seperti mengutip sampah, janganlah dilayan mereka seperti sampah. Berilah support buat jiwa mereka untuk mereka terus berkhidmat.

Hargailah juga mereka ya..

SUMBER:
HOSPITAL SUPPORT SERVICE
MAKCIK PAKCIK CLEANER
-Foto di Hospital Sungai Bakap

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image