Info Kerjaya Malaysia

Temuduga Dah Selesai? Jangan Buat Ini Kalau Rasa Nak Dapat Kerja

1,862

Temuduga Dah Selesai?

Fuh! Sesi temuduga telah tamat. Semua bebanan rasa sudah menjadi ringan. Tetapi anda perlu tahu, terdapat beberapa perkara yang boleh anda lakukan dan ada beberapa perkara yang anda tidak boleh lakukan selepas tamatnya temuduga.

Ini adalah kerana selepas tamatnya temuduga, panel penemuduga pastinya membuat penilaian terhadap semua calon yang telah hadir dan melalui sesi temuduga yang dijalankan. Ada sesetengah syarikat memerlukan masa yang agak lama untuk membuat penilaian dan memilih calon yang mereka inginkan.

Oleh itu, diingatkan kepada anda supaya tidak melakukan beberapa perkara yang boleh mengganggu proses penilaian dan pemilihan calon untuk menjawat jawatan tersebut.

Untuk dapatkan beberapa tips berkaitan temuduga seperti sebelum, semasa dan selepas, klik disini dan dapatkan tips-tips tersebut untuk rujukan anda.

Jangan Buat Ini Kalau Rasa Nak Dapat Kerja

Sebenarnya anda sangat teruja kerana berjaya dipanggil temuduga dan rasa teruja kerana telah berjaya menghabiskan sesi temuduga yang pada awalnya sangat menakutkan anda. Tetapi setelah tamat temuduga tersebut, anda menjadi sangat seronok sehingga melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya anda lakukan.

Antara perkara yag dilarang untuk anda lakukan selepas tamatnya temuduga dan ingin mendapat pekerjaan tersebut ialah :

1. Meletakkan Maklumat Penemuduga Di Media Sosial

Sudahlah berkongsi tentang maklumat penemuduga di media sosial, anda boleh pula share gambar name card penemuduga tersebut yang telah anda dapatkan sebelum keluar daripada bilik temuduga.

Kemudian, anda search pula Facebook penemuduga tersebut dan add mereka sebagai friend di Facebook anda. Jangan buat begini jika anda rasa anda sangat mahukan jawatan tersebut. Tahukah anda bahawa tindakan ini membuatkan mereka rasa tidak selesa dengan anda kerana ia melibatkan hal peribadi seseorang.

Ingat, jangan buat perangai ‘tergedik-gedik’ dengan memuji penemuduga terlalu handsome, cantik sampai rasa jatuh cinta dan update status di media sosial anda. Silap-silap, anda pula di blacklist daripada bekerja di syarikat tersebut buat selamanya.

Temuduga Dah Selesai? Jangan Buat Ini Kalau Rasa Nak Dapat Kerja

2. Follow Up Tidak Mengira Masa

Buat follow up selepas temuduga bukanlah satu kesalahan. Salahnya disini anda membuat follow up tanpa mengira masa sehingga menimbulkan rasa rimas pada pihak HR atau bahagian pengambilan pekerja.

Anda boleh membuat follow up sekurangnya seminggu dengan menggunakan saluran yang betul seperti emel, whatsapp dan telefon dengan menggunakan format dan cara yang betul. Masukkan maklumat berikut untuk membuat follow up temuduga anda.

  • Nama anda, nombor kad pengenalan
  • Tarikh dan masa temuduga
  • Jawatan temuduga

Temuduga Dah Selesai? Jangan Buat Ini Kalau Rasa Nak Dapat Kerja

3. Menukar Jangkaan Gaji ( Expected Salary)

Selepas tamat sesi temuduga, pastinya ada majikan yang bertanyakan tentang jangkaan gaji yang anda inginkan. Sekiranya pada borang anda telah meletakkan jangkaan gaji mengikut maklumat yang diiklankan, anda nyatakan sahaja sama seperti yang telah anda isikan di dalam borang. Jangan pula anda menukar jangkaan gaji anda secara tiba-tiba pada penemuduga.

Anda boleh menetapkan jangkaan gaji melebihi maklumat yang diiklankan sekiranya anda mempunyai kepakaran atau kemahiran yang tidak ada pada orang lain dan pastikan anda mempunyai bukti seperti sijil yang diiktiraf.

Temuduga Dah Selesai? Jangan Buat Ini Kalau Rasa Nak Dapat Kerja

Pastikan anda tidak tersilap langkah dan tidak melakukan perkara seperti yang dikongsikan ini. Anda perlu bersikap dengan rasional dan profesional supaya penemuduga atau bahagian pengambilan pekerja rasa tertarik untuk mengambil anda bekerja di syarikat mereka.

Inginkan rahsia mendapat kerja dengan mudah? Dapatkan tipsnya disini dan praktikkan sebelum, semasa dan selepas temuduga anda.

close-image