Info Kerjaya Malaysia

Rahsia Dapat Kerja Dengan Mudah, Buat Sebelum Minta Kerja, Semasa dan Selepas Temuduga

3,562

Nak Dapat Kerja Dengan Mudah

Setiap calon yang meminta kerja pastinya ingin mendapatkan pekerjaan tersebut dengan mudah, bukan? Kalau boleh biarlah satu atau dua kali memohon terus mendapat pekerjaan tersebut setelah berhari atau berminggu membuat pelbagai persiapan.

Oleh itu, teruskan membaca perkongsian ini kerana terdapat beberapa tips yang akan diberikan untuk anda mendapat sesuatu pekerjaan dengan mudah sekali.

Rahsia Mudah Mendapat Pekerjaan

Kini ia bukan satu rahsia lagi kerana telah didedahkan dan dikongsikan disini. Mari ikuti beberapa tips ini untuk dijadikan panduan buat anda.

Cover Letter & Resume

1. Menghantar Cover Letter Bersama Resume

Kebanyakan graduan serta peminta kerja kini tidak menyertakan cover letter bersama resume terutamanya melalui emel. Tahukah anda bahawa cover letter sangat penting untuk dihantar bersama resume setiap kali anda memohon kerja kerana ia menunjukkan tahap profesionalisme anda dan menunjukkan bahawa anda bersungguh-sungguh mohon pekerjaan tersebut.

2. Berikan Resume Yang Padat, Ringkas Dan Jelas

Jika resume anda penuh warna warni tetapi maklumat yang diberikan tidak menepati kehendak bakal majikan serta tidak jelas, anda mungkin bakal di reject oleh bakal majikan atau bahagian pengambilan pekerja.

Untuk pengetahuan anda, bahagian pengambilan pekerja dan bakal majikan ingin mengetahui beberapa maklumat penting tentang diri anda seperti kemahiran yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon, kelebihan diri anda serta pencapaian terkini yang boleh memberi sumbangan buat syarikat. Ceritakan kemahiran dan kelebihan unik anda secara detail pada resume anda.

Tidak perlu anda meletakkan tahap pendidikan anda dari tadika, pencapaian sekolah rendah dan perkara-perkara yang tidak begitu menarik perhatian bakal majikan anda ketika membaca resume anda.

Ringkaskan dengan menggunakan nombor dan bukan menggunakan perkataan. Contohnya 2 dan bukan dua. Anda juga boleh menggunakan bullet point untuk menjadikan resume anda ringkas dan padat.

3. Save Resume Dalam Bentuk PDF 

Siapkan resume anda dalam apa jua bentuk sekalipun tetapi sebelum anda hantar resume anda secara emel, save resume anda dalam bentuk PDF. Sekurangnya resume anda tidak akan berubah bila diterima oleh pihak HR atau bahagian pengambilan pekerja.

Ini kerana program Microsoft Word setiap orang tidak sama dan mungkin semua format resume akan berubah apabila dibuka dengan menggunakan format Microsoft Word.

Rujuk sini : Cara Tukar Resume Dalam Bentuk Word ke PDF. Nanti Mudah Nak Emel Majikan

4. Had Penggunaan Warna Dalam Resume

Hadkan penggunaan warna dalam resume anda dan sebolehnya tidak lebih daripada 3 warna. Jika terlalu fancy dan berwarna-warni nampak seperti lukisan kanak-kanak tadika pula ya. Yang penting disini adalah maklumat anda yang lengkap dan padat untuk menarik perhatian HR dan bakal majikan.

5. Maklumat Jawatan Yang Betul & Tepat

Apabila anda meletakkan nama jawatan pada resume atau cover letter, pastikan maklumat jawatan atau nama jawatan tersebut adalah betul dan tepat. Khuatir anda salah meletakkan nama jawatan dan mungkin jawatan yang anda letakkan langsung tidak wujud pada syarikat tersebut.

6. Letakkan Gaji Yang Dipohon

Anda boleh sahaja letak gaji yang dipohon. Tetapi dapatkan dahulu beberapa maklumat mengenai kadar gaji yang relevan mengikut pekerjaan tersebut. Sekiranya anda ingin letakkan gaji yang lebih tinggi berbanding kadar gaji biasa, anda mesti sertakan sebab serta alasan kukuh mengapa anda meletakkan kadar gaji lebih tinggi daripada biasa. Mungkin kerana pengalaman atau kemahiran anda yang diiktiraf secara profesional.

Nota : Pastikan anda mempunyai alasan yang kukuh supaya anda boleh terangkan jawapan ini ketika anda dipanggil temuduga.

7. Masukkan Sijil Profesional Dan Sijil Kursus Yang Bernilai Tinggi

Apa guna punyai sijil profesional yang diiktiraf oleh badan-badan tertentu tetapi tidak dinyatakan dalam resume anda. Masukkan segala maklumat berkaitan sijil profesional, sijil ikhtisas dan sijil kursus yang berharga dan mempunyai nilai yang tinggi di mata bahagian pengambilan pekerja.

Mengapa perlu masukkan maklumat mengenai sijil-sijil ini dalam resume anda? Ini kerana bahagian pengambilan pekerja akan memberikan kredit tambahan kepada anda dan pastikan membawa sijil-sijil tersebut apabila dipanggil temuduga nanti.

Rujuk juga artikel ini : Perhatian Pencari Kerja. Ini Cara Menulis Winning Resume

Nak Dapat Kerja Dengan Mudah? Ini Rahsianya Yang Perlu anda Tahu

Temuduga

1. Cara Menjawab Soalan : Ceritakan Tentang Diri Anda.

Macam mudah sahaja soalan ini. Tetapi ada teknik-teknik untuk menjawab soalan ini. Pertama sekali perkenalkan diri anda walaupun penemuduga sudah membaca resume anda. Nyatakan bersama nama panggilan anda dan terus fokus untuk menceritakan tentang kemahiran dan kelebihan anda yang tiada pada orang lain.

Ingat, buat latihan untuk menjawab soalan-soalan temuduga supaya anda dapat menjawab dengan yakin dan tidak gugup di hadapan penemuduga.

2. Pakai Pakaian Yang Sesuai

Sudah pasti anda tahu cara berpakaian yang sesuai untuk hadir temuduga. Pakai pakaian yang sopan, bersih dan tidak lusuh. Bagi calon lelaki, pastikan rambut anda dipotong pendek, kemas dan rapi. Jika berambut panjang, kemaskan dengan mengikat rambut anda. Anda perlu berkasut dan kasut anda mestilah bersih dan sesuaikan dengan jawatan yang dipohon.

Bagi calon wanita, jangan pakai pakaian yang terlalu seksi. Pakai baju kurung atau pakaian lain yang lebih sesuai. Elakkan memakai sandal dan berstokin. Kurangkan memakai aksesori yang tidak berkaitan.

Anda boleh rujuk : Apa Nak Prepare Untuk Temuduga Kerja Besok? Baca Ni 

3. Tanya Soalan 

Sediakan beberapa soalan sebelum anda hadir temuduga. Sediakan soalan berkaitan syarikat yang anda tidak temui maklumatnya. Pasti penemuduga sangat berbesar hati untuk menceritakan tentang syarikat dengan lebih mendalam. Ia menunjukkan bahawa anda sangat berminat untuk ambil tahu tentang syarikat dan menyertai syarikat tersebut sebagai pekerja yang baru.

4. Ucap Terima Kasih & Sopan

Selepas tamat temuduga, ucap terima kasih kepada penemuduga dan sentiasa bercakap dengan sopan dengan penemuduga anda. Tidak perlu meninggikan suara sekiranya tidak sependapat.

Baca juga ini : Gerenti 5 Soalan Ini Mesti Ditanya Penemuduga. Ini Soalan Bocor Anda

Nak Dapat Kerja Dengan Mudah? Ini Rahsianya Yang Perlu anda Tahu

Selepas Temuduga

1. Tindakan Susulan /Follow Up

Kebanyakan calon tidak akan membuat tindakan susulan ini kerana rasa malu untuk bertanyakan kepada HR atau bahagian pengambilan pekerja. Jika mohon kerja tidak ada rasa malu, mengapa pula perlu malu untuk ketahui keputusan temuduga anda?

Mudah sahaja, buat email anda dengan :

  • Tajuk emel ( Terima kasih atas panggilan temuduga pada ________).
  • Nyatakan nama anda, temuduga bila, jawatan apa.
  • Ucapkan terima kasih dan kemudian anda boleh tanyakan status permohonan anda.
  • Nyatakan juga bahawa anda berminat untuk menyertai syarikat tersebut serta sebutkan sumbangan yang boleh anda berikan.
  • Kemudian nyatakan anda menunggu emel balasan daripada mereka.

Nak Dapat Kerja Dengan Mudah? Ini Rahsianya Yang Perlu anda Tahu

Sebenarnya mudah sahaja untuk mendapatkan pekerjaan jika anda mengikut tips yang dikongsikan ini. Pastinya anda senang-senang mendapat kerja setelah anda hadir temuduga. Tidak salah mencuba dan semoga anda berjaya dalam temuduga anda.

close-image