RM1000 Insentif Untuk Bayi Baru Lahir (EFS). Mohon Dan Daftar Sekarang

70,845

Insentif Untuk Bayi Baru Lahir (EFS)

Insentif EFS atau Endowment Fund Sarawak telah menyediakan satu bentuk insetif untuk menjamin keperluan pendidikan atau memulakan kerjaya anak-anak.

Insentif ini telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak untuk meringankan beban ibu bapa tanpa mengira etnik, agama dan sosio ekonomi rakyatnya.

Jika anda berminat untuk membuat pendaftaran Insentif bayi baru lahir EFS ini, baca perkongsian ini untuk mengetahui cara untuk membuat pendaftaran dan memohon insentif ini.

Baca ini juga : RM450 Untuk Ibu Bersalin. Mohon Sekarang

Kelayakan Permohonan

Berikut adalah kelayakan permohonan untuk Insentif EFS :

  • Warganegara Malaysia.
  • Lahir di Sarawak atau luar Sarawak.
  • Kedua-dua atau salah seorang ibu bapa memegang kad pengenalan Sarawak berstatus “K”.
  • Pendaftaran semasa kelahiran.

Bagi anak angkat pula, berikut adalah syarat kelayakan untuk permohonan :

  • Kedua-dua atau salah seorang ibu bapa angkat mesti pemegang kad pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ dan mempunyai sijil pengangkatan anak yang sah.

Manakala bayi anak Sarawak yang lahir di luar negara pula :

  • Kelahiran perlu didaftarkan di Pejabat Kedutaan Malaysia bagi mengesahkan ibu bapa memilih kewarganegaraan Malaysia untuk anak terbabit sebelum borang pendaftaran dikemukakan ke Ibu Pejabat JPN Negeri Sarawak.

Langkah-Langkah Pendaftaran

Anda boleh ikuti langkah-langkah pendaftaran seperti berikut :

  • Pergi ke pejabat Jabatan Pendaftaran Negara dan buat pendaftaran. Bawa bersama Kad Pengenalan ibu bapa dan Sijil Lahir / MyKid anak anda.
  • Pihak JPN akan menghantar borang yang siap di lengkap ke Bank Islam.
  • Bank Islam akan menguruskan proses pendaftaran.
  • Pemakluman pendaftaran akan dihantar oleh pihak bank ke alamat yang didaftarkan.
  • Sijil asal boleh dituntut di Bank Islam atau cawangan yang dinyatakan di dalam surat pemakluman.

Pengeluaran EFS

Pengeluaran insentif EFS boleh dilakukan setelah anak anda berumur 18 tahun dan perlu membawa kad pengenalan untuk membuat pengeluaran di cawangan Bank Islam yang berdekatan.

Bagi anak yang meninggal dunia sebelum mencapai had umur pengeluaran pula, ibu bapa atau waris boleh mengemukakan sijil kematian asal ke Bank Islam untuk membuat tuntutan.

RM1000 Insentif Untuk Bayi Baru Lahir (EFS). Mohon Dan Daftar Sekarang (1)

Borang Permohonan

Anda boleh muat turun borang permohonan di sini :

Atau terus muat turun borang dari laman web Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak.

Hantar borang permohonan yang lengkap bersama dokumen sokongan ke alamat berikut :

  • Ketua Bahagian Kelahiran, Kematian & Anak Angkat Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Negeri Sarawak, Tingkat 2, Bangunan Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang, Jalan Simpang Tiga 93551 Kuching,Sarawak
    (Permohonan Endowment Fund Sarawak)
  • Telefon : 082-242221/082-242223

Maklumat Lanjut Dan Pertanyaan

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Insentif EFS ini, anda boleh terus menghubungi :

  • Urus Setia Endowment Fund Sarawak (EFS) : 082-311340/082-311718

Soalan Lazim

Untuk mendapatkan maklumat lain berkaitan EFS ini, anda boleh rujuk FAQ soalan lazim berikut :

1. Apakah Endowment Fund Sarawak (EFS)?

Endowment Fund Sarawak (EFS) merupakan inisiatif Kerajaan Sarawak dengan pemberian sebanyak RM1,000.00 kepada setiap anak kelahiran Sarawak, bermula tahun 2019 tanpa mengira bangsa, agama atau status sosio-ekonomi.

2. Berapakah nilai insentif EFS ini?

Jumlah nilai insentif ini ialah sebanyak RM1000.

3. Bagaimana untuk membuat pendaftaran?

Pendaftaran EFS boleh dibuat semasa pendaftaran kelahiran di semua 52 cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Negeri Sarawak serta di seluruh cawangan JPN di Malaysia.

4. Anak saya telah dilahirkan di Johor, adakah anak saya layak untuk dapat EFS ini?

Ya, sekiranya kelahiran berlaku di negeri-negeri lain di Malaysia, borang pendaftaran EFS hendaklah dikemukakan ke Ibu Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Negeri Sarawak. Sila lampirkan salinan sijil lahir bayi, Mykid (jika ada) dan kad pengenalan ibu bapa.

5. Bolehkah permohonan dibuat atas status anak angkat?

Ya. Boleh dengan syarat kedua-dua atau salah seorang ibu bapa angkat mesti pemegang kad pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ dan mempunyai sijil pengangkatan anak yang sah.

6. Bilakan insentif EFS ini boleh dikeluarkan?

Insentif EFS ini boleh dikeluarkan apabila penerima genap 18 tahun dengan mengemukakan MyKad ke Bank Islam atau cawangan.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image