Bantuan RM450 Untuk Ibu Bersalin. Mohon Sekarang

277,723

Berita gembira buat ibu bersalin kerana anda bakal menerima bantuan sebanyak RM450 bagi setiap ibu yang melahirkan anak bermula 1 Januari 2020.

Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak, Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK) telah diamanahkan untuk menguruskan Bantuan Ibu Bersalin (BIB) seperti mana yang telah diumumkan oleh YAB Ketua Menteri Sarawak dalam pembentangan Belanjawan Negeri 2020 di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 November 2019 lalu.

Ikuti perkongsian ini untuk mendapatkan cara membuat permohonan Bantuan Ibu Bersalin (BIB) ini.

Pastikan anda juga baca RM1000 Insentif Untuk Bayi Baru Lahir (EFS). Mohon Dan Daftar Sekarang

Cara Mohon Bantuan Ibu Bersalin

Untuk permohonan BIB, anda boleh memohon secara online :

Bantuan RM450 Untuk Ibu Bersalin. Mohon Sekarang

  • Isikan dahulu emel anda dan klik NEXT untuk proses seterusnya dan isikan maklumat yang diperlukan dengan betul.
  • Manual melalui Borang Permohonan : BORANG PERMOHONAN
  • Boleh didapati di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian / Pejabat Residen Bahagian / Pejabat Daerah / KWKPK

Borang ini boleh dihantar ke :

  • Mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian / Pejabat Residen Bahagian / Pejabat Daerah / KWKPK (Dilengkapi dengan nota discaj atau sijil lahir bayi).

Syarat Kelayakan

Berikut adalah syarat kelayakan untuk pemohon bagi bantuan BIB :

  • Warganegara Malaysia.
  • Ibu pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus ‘K‘ atau Isteri kepada pemegang Kad Pengenalan Sarawak berstatus ‘K’ (Sarawak Connection).
  • Melahirkan bayi di dalam atau di luar Sarawak.
  • Pendaftaran boleh dibuat apabila ibu telah bersalin sehingga 3 bulan selepas bersalin.

Bantuan RM450 Untuk Ibu Bersalin. Mohon Sekarang

Maklumat Tambahan

Pemohon juga diingatkan dengan beberapa maklumat tambahan seperti :

  • Permohonan ini hanya terbuka kepada ibu yang melahirkan bayi pada tahun 2020.
  • Tempoh permohonan adalah 3 bulan dari tarikh bersalin.
  • Hanya ibu sahaja dibenarkan memohon melalui online atau manual.
  • Sekiranya butiran permohonan adalah tidak lengkap atau palsu, permohonan akan ditolak oleh KWKPK tanpa memberi sebarang alasan atau notifikasi.

Bantuan RM450 Untuk Ibu Bersalin. Mohon Sekarang

Carta Aliran Permohoan BIB

Maklumat Lanjut Dan Pertanyaan

Jika anda mempunyai pertanyaan dan inginkan maklumat lanjut mengenai bantuan BIB ini, anda boleh menghantar surat ke alamat di bawah, telefon atau emel ke :

  • Alamat : Urus Setia Bantuan Ibu Bersalin (BIB)
    Bahagian Pembangunan Awal Kanak-Kanak (BPAKK)
    Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak
    Tingkat Bawah, Bangunan Baitulmakmur, Petra Jaya
    93050 Kuching, Sarawak
  • Telefon : 082-311340 / 082-311718
  • Emel : [email protected]
Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image