Info Kerjaya Malaysia

Inisiatif Pelan Bayaran Mudah Bil Kediaman Oleh TNB. Baca Syarat-Syarat Ini

1,515

Inisiatif Pelan Bayaran Mudah Bil Kediaman Oleh TNB

Pihak TNB memahami kesulitan yang dialami oleh pengguna masa kini dan menyediakan satu inisiatif kepada para pengguna dengan mempermudahkan bayaran bil kediaman masing-masing.

Semua pengguna secara automatik ditawarkan dengan Pelan Bayaran Mudah bermula dari bil bulanan pertama dengan bacaan sebenar yang diterima apabila TNB menyambung semula operasi bacaan meter dan penyerahan bil pada 15 Mei 2020 secara berperingkat.

 Inisiatif Pelan Bayaran Mudah Bil Kediaman Oleh TNB. Baca Syarat-Syarat Ini

Syarat Pelan Bayaran Mudah

Syarat yang dikenakan untuk Pelan Bayaran Mudah ini adalah :

  • Terhad kepada premis jenis kediaman sahaja.
  • Bil bulanan pertama dengan bacaan sebenar yang diterima apabila TNB menyambung semula operasi bacaan meter dan penyerahan bil pada 15 Mei 2020 secara berperingkat.
  • Pengguna kediaman meter pintar yang mendapat bil dengan bacaan sebenar mulai 14 Mei 2020.
  • Layak untuk pengguna kediaman yang berdaftar Autopay / Direct Debit.

Kategori Pengguna Kediaman

Pengguna kediaman di bawah kategori berikut automatik diberikan pilihan untuk membuat pembayaran bil elektrik mengikut jumlah Pelan Bayaran Mudah :

  • Pengguna Kes Kejanggalan Biasa mengikut caj bulanan semasa untuk bil bulanan pertama dengan bacaan sebenar.
  • Pengguna Kes Kejanggalan Meter mengikut caj bulanan semasa untuk bil bulanan pertama dengan bacaan sebenar.
  • Pengguna dengan skim Net Energy Metering (NEM).
  • Pengguna yang mempunyai bayaran ansuran sedia ada.
  • Pengguna meter pintar.

Tempoh Tawaran Pelan Bayaran Mudah

  • Bermula dari bil bulanan pertama dengan bacaan sebenar yang diterima oleh pengguna sehingga 31 Disember 2020.
  • Tempoh Pelan Bayaran Mudah yang paling lama adalah 8 bulan, iaitu bermula dari bil bulan Mei hingga Disember 2020 memandangkan operasi bacaan meter dan penyerahan bil di premis pengguna telah bermula pada 15 Mei 2020 secara berperingkat.

Maklumat Pelan Bayaran Mudah Dalam Bil

Lihat paparan di dalam kotak kuning di sudut kanan atas pada bil elektrik. Bayaran penuh adalah sama dengan Jumlah Perlu Dibayar yang dipaparkan pada bil elektrik.

 Inisiatif Pelan Bayaran Mudah Bil Kediaman Oleh TNB. Baca Syarat-Syarat Ini

Pelan Bayaran Mudah Tiada Dalam Bil

Pelan Bayaran Mudah tidak akan tertera di dalam bil anda sekiranya :

  • Menerima bil anggaran.
  • Akaun TNB tidak didaftarkan sebagai pengguna kediaman.
  • Jumlah perlu dibayar adalah berbaki kredit kerana wujud lebih bayaran.
  • Bil Akhir (Final bill) kerana penutupan akaun.

Cara Pelan Bayaran Mudah Ditentukan

Pelan Bayaran Mudah ditentukan mengikut peratus (%) tertentu berdasarkan bulan pertama bil bulanan dengan bacaan sebenar dikeluarkan kepada pengguna sehingga bulan Disember 2020 seperti berikut:

 Inisiatif Pelan Bayaran Mudah Bil Kediaman Oleh TNB. Baca Syarat-Syarat Ini

Contoh :

Anda menerima bil bulanan sebenar pertama bertarikh 18 Mei 2020 setelah operasi bacaan meter di premis pengguna disambung semula.

 Inisiatif Pelan Bayaran Mudah Bil Kediaman Oleh TNB. Baca Syarat-Syarat Ini

Maklumat Lanjut Dan Pertanyaan

Sekiranya anda inginkan maklumat yang lebih lanjut mengenai Pelan Bayaran Mudah TNB ini serta ingin mengemukakan soalan yang berkaitan, sila hubungi :

close-image