Info Kerjaya Malaysia

Inilah 16 Contoh Soalan Temuduga Bagi Jururawat Gred U41 Beserta Panduan Lulus Temuduga

1,643

Temuduga Bagi Jururawat Gred U41

Jika nama anda telah naik untuk temuduga bagi jawatan Jururawat Gred U41, anda boleh buat persiapan dan persediaan mulai sekarang. Apakah persediaan yang perlu anda lakukan untuk lulus temuduga nanti? Tetapi  sebelum itu, tahukah anda bahawa terdapat beberapa penilaian atau checklist yang digunakan oleh panel penemuduga untuk memberikan markah kepada anda. Antara checklist tersebut ialah : 1. Penilaian Bermula Sejak Anda Mengetuk Masuk Bilik Temuduga Jika anda ingin tahu, penilaian terhadap anda bermulanya anda mengetuk pintu bilik temuduga. Seterusnya meletakkan fail sijil akademik serta dokumen berdekatan pada panel penemuduga. 2. Masa Seperti yang ditetapkan oleh pihak SPA, anda perlu hadir temuduga 30 minit awal daripada masa temuduga yang telah ditetapkan. 3. Cara Anda Tackle Setiap Soalan Temuduga Sekiranya anda telah membuat persediaan atau latihan menjawab soalan temuduga, pastinya itu adalah satu bonus buat anda kerana sudah pasti anda mampu menjawab soalan seperti yang dikehendaki oleh panel penemuduga. Ingin tahu checklist yang sepenuhnya? Klik sini untuk dapatkan checklist yang sepenuhnya untuk rujukan dan panduan anda.

Info Ringkas Jawatan Jururawat Gred U41

Sebelum dikongsikan mengenai contoh-contoh soalan temuduga, sedikit info ringkas mengenai jawatan Jururawat Gred U41 iaitu berada dalam kumpulan Pelaksana / Pengurusan dan Profesional dan akan ditempatkan di Kementerian Kesihatan.

Gaji Yang Ditawarkan

Gaji yang ditawarkan untuk jawatan Jururawat Gred U41 ialah :
  • Gaji Minimum : RM2,429.00
  • Gaji Maksimum : RM9,656.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00

Deskripsi Tugas Jururawat Gred U41

Tugas seorang Jururawat Gred U41 ialah : Tugas mereka secara amnya ialah :
  • Pemulihan anggota dengan menggunakan senaman, cahaya elektrik, sejuk air, urut dan karan/elektrik.
  • Merancang program rawatan kepada pesakit supaya dapat memberi kesan yang diperlukan.
  • Membantu doktor menentukan jenis penyakit, misalnya menguji dengan cara elektrik.
  • Menyimpan laporan kemajuan pesakit-pesakit terutama penyakit yang mengambil masa panjang seperti polio.
  • Memaklumkan kepada pegawai perubatan mengenai kesesuaian sesuatu skim rawatan terhadap seseorang pesakit.
  • Membuat pesanan bekalan peralatan.
  • Mengajar pesakit-pesakit mengenai senaman yang perlu dilakukan di rumah terutama bagi mereka yang tinggal berjauhan dan sukar untuk datang ke hospital.
  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.
Manakala tugas khusus seorang Jururawat Gred U41 pula ialah : Fungsi Klinikal/Penguatkuasaan
  • Pemantauan Kejururawatan
  • Mengawalselia perawatan dengan melakukan rondaan ke wad/klinik/unit berjadual untuk memantau keberkesanan perawatan, peralatan dan keselamatan pelanggan.
Fungsi Pengurusan dan Penyeliaan
  • Merancang perkhidmatan kejururawatan dan perawatan selari dengan aliran sains dan teknologi juga konsep terkini.
  • Menyelia pembentukan dan pembangunan kerjaya kejururawatan melalui latihan dan kursus dalam perkhidmatan, penyelidikan dan pembangunan.
Kawalan Mutu
  • Merancang lawatan penyeliaan untuk memastikan amalan kejururawatan dijalankan mengikut piawaian.
  • Memastikan perawatan dilakukan berpandukan Standard Operating Procedures (SOP) – menentukan protokol dan garis panduan dalam prosedur kejururawatan dipraktikkan.

Contoh Soalan Temuduga Jururawat Gred U41

Antara contoh soalan temuduga bagi jawatan Jururawat Gred U41 ialah :
  1. Perkenalkan diri anda dan terangkan secara ringkas mengenai pendidikan anda.
  2. Adakah anda sudah mempunyai pengalaman sebagai seorang jururawat sebelum ini?
  3. Adakah kelayakan akademik anda memenuhi kriteria yang diperlukan untuk jawatan ini?
  4. Terangkan deskripsi tugas sebagai seorang Jururawat Gred U41.
  5. Apakah 3 tugas khusus seorang Jururawat Gred U41?
  6. Terangkan secara ringkas misi dan visi serta objektif Kementerian Kesihatan Malaysia.
  7. Siapakah Menteri Kesihatan Malaysia, Ketua Pengarah dan Ketua Setiausahanya?
  8. Apakah isu terkini yang diperkatakan mengenai kesihatan dan penyakit seluruh dunia?
  9. Sekiranya anda dipanggil untuk bertugas pada bila-bila masa, adakah anda bersedia?Mengapa?
  10. Apakah WHO dan tugas mereka?
  11. Apakah usaha-usaha kerajaan untuk mengekang daripada penularan wabak penyakit berjangkit dan sebutkan salah satu daripadanya.
  12. Apakah perkembangan terkini mengenai Covid-19?
  13. Apakah itu penyakit Rabies?
  14. MySejahtera, terangkan fungsinya dan kaitannya dengan KKM.
  15. Apakah yang akan anda lakukan untuk menangani masalah disiplin jururawat yang berada di bawah kendalian anda?
  16. Adakah anda boleh memastikan amalan kejururawatan dijalankan mengikut piawaian?
Inginkan panduan untuk temuduga kerajaan dengan lebih lengkap?

PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

Untuk makluman anda, rujukan temuduga Kerja Kerajaan di bawah merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas pihak kami untuk mempersiapkan anda sebagai calon temuduga kerja kerajaan dan swasta terbaik. Dalam panduan ini kami telah kongsikan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga. Selain dari tips lain temuduga khas untuk membantu anda.
Panduan Soalan Temuduga Penolong Pembantu Tadbir Kewangan N29

PANDUAN TEMUDUGA

Klik pautan di atas dan buat tempahan segera. Jangan terlambat dan buat persediaan anda dari sekarang.


close-image