Info Kerjaya Malaysia

Inilah 15 Contoh Soalan Temuduga Pegawai Penerangan Gred S41 Untuk Rujukan Dan Panduan Anda

3,758

Temuduga Pegawai Penerangan Gred S41

Tahniah kerana berjaya untuk ke proses seterusnya iaitu untuk sesi temuduga bagi jawatan Pegawai Penerangan Gred S41. Apa yang perlu dilakukan untuk menghadapi temuduga ini?

Sebelum itu, mari kita lihat terlebih dahulu info ringkas mengenai jawatan Pegawai Penerangan Gred S41 ini.

Info Ringkas Jawatan Pegawai Penerangan Gred S41

Untuk jawatan Pegawai Penerangan Gred S41 ini, ia berada dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional dan akan ditempatkan di Kementerian Penerangan dan Kementerian Kesihatan serta kementerian yang berkaitan.

Tangga Gaji Jawatan Pegawai Penerangan Gred S41

  • Gaji Minimum : RM2,078.00
  • Gaji Maksimum : RM9,544.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00

Deskripsi Tugas Pegawai Penerangan Gred S41

  • Bertanggungjawab menguruskan sidang akhbar, draf kenyataan akhbar, nota-nota taklimat dan maklumat, pengurusan penerbitan, pameran, laporan tahunan dan bertindak sebagai Pegawai Perhubungan Awam di Kementerian/Jabatan. Bagi Kementerian Kesihatan, tugas-tugasnya ialah bertanggungjawab merancang, melaksana, menyelaras dan menilai program-program pendidikan kesihatan dan menilai penggunaan media dan alat pandang dengar serta bertanggungjawab sepenuhnya ke atas penyelenggaraan bahagian ‘non-print’ Pusat Pendidikan Kesihatan dan Komunikasi termasuk unit bergerak.

Inilah 15 Contoh Soalan Temuduga Pegawai Penerangan Gred S41 Untuk Rujukan Dan Panduan Anda

Ingin Lulus Temuduga?

Adakah anda ingin lulus temuduga anda? Jika ya, anda jangan lakukan 10 kesalahan besar ini ketika temuduga seperti :

  1. Tidak bersedia
  2. Tiada resume dan tidak membawa dokumen penting yang diperlukan
  3. Aksesori berlebihan
  4. Paksa penemuduga meluluskan anda
  5. Tidak silent telefon
  6. Kurang eye contact & bahasa badan
  7. Cerita hal peribadi
  8. Cerita keburukan bekas majikan
  9. Terlalu gugup
  10. Tidak menjawab soalan yang diajukan

Ingin dapatkan soalan bocor yang selalu ditanya ketika temuduga SPA? Klik sini untuk dapatkan soalan tersebut dan buat latihan dan sediakan jawapan yang boleh menarik penemuduga anda.

Contoh Soalan Temuduga Jawatan Pegawai Penerangan Gred S41

Inginkan contoh-contoh soalan temuduga jawatan Pegawai Penerangan Gred S41 untuk rujukan dan persediaan untuk mendapatkan jawapan? Ini adalah contoh soalan yang akan ditanya ketika temuduga anda.

  1. Perkenalkan diri anda dan ceritakan serba sedikit mengenai pendidikan anda.
  2. Mengapa anda memilih pekerjaan ini?
  3. Terangkan deskripsi tugas seorang Pegawai Penerangan Gred S41
  4. Siapakah Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia?
  5. Apakah objektif serta misi dan visi Jabatan Penerangan Malaysia?
  6. Apakah tema kemerdekaan pada kali ini dan kita menyambutnya untuk kali yang ke berapa?
  7. Apakah pendapat anda tentang keadaan politik di negara sekarang ini?
  8. Apakah tugas anda sebagai seorang Pegawai Penerangan Gred S41 di Jabatan Kesihatan?
  9. Siapakah Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan serta Menterinya?
  10. Sebutkan 5 senarai Menteri Kabinet beserta kedudukan mereka.
  11. Siapakah Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan yang terkini?
  12. Apakah objektif serta misi dan visi Jabatan Kesihatan Malaysia?
  13. Sebutkan Rukunegara mengikut turutan.
  14. Apakah maksudnya bunga raya yang ada pada logo Rukunegara?
  15. Apakah Teras 5 Kementerian Kesihatan Malaysia?

Nota : Sila dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai Kementerian Penerangan dan Kementerian Kesihatan melalui laman web serta sumber-sumber yang berkaitan.

Inilah 15 Contoh Soalan Temuduga Pegawai Penerangan Gred S41 Untuk Rujukan Dan Panduan Anda

PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

Untuk makluman anda, rujukan temuduga Kerja Kerajaan di bawah merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas pihak kami untuk mempersiapkan anda sebagai calon temuduga kerja kerajaan dan swasta terbaik.

Dalam panduan ini kami telah kongsikan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga. Selain dari tips lain temuduga khas untuk membantu anda.

Panduan Soalan Temuduga Penolong Pembantu Tadbir Kewangan N29

PANDUAN TEMUDUGA

Klik pautan di atas dan buat tempahan segera sebelum terlambat.

close-image