Dapatkan Segera 15 Contoh Soalan Temuduga Jawatan Penolong Pegawai Penerangan Gred S29 Untuk Lulus Temuduga Anda Nanti

1,607

Temuduga Jawatan Penolong Pegawai Penerangan Gred S29

Nama anda tersenarai untuk hadir temuduga jawatan Penolong Pegawai Penerangan Gred S29? Tahniah diucapkan kepada anda dan anda boleh membuat persediaan untuk menghadapi temuduga mulai sekarang. Apa yang perlu anda lakukan? Anda boleh membuat beberapa persediaan untuk menghadapi temuduga dengan mendapatkan maklumat serta membuat latihan temuduga dengan menyiapkan soalan-soalan yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon.

Info Ringkas Jawatan Penolong Pegawai Penerangan Gred S29?

Jawatan Penolong Pegawai Penerangan Gred S29 berada dalam kumpulan Pelaksana dan akan ditempatkan di Kementerian Penerangan dan Kementerian Kesihatan.

Tangga Gaji

  • Gaji Minimum :  RM1,493.00
  • Gaji Maksimum : RM5,672.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM145.00

Deskripsi Tugas Jawatan Penolong Pegawai Penerangan Gred S29

Kementerian Penerangan
  • Bertanggungjawab melaksanakan aktiviti dan objektif Jabatan, menjalankan tugas pentadbiran dan kewangan di daerah, menganggotai Jawatankuasa-jawatankuasa Tetap dan ‘Adhoc’ di daerah dan menyediakan laporan-laporan dan analisa-analisa berhubung dengan isu-isu semasa.
Kementerian Kesihatan
  • Menyelia perkhidmatan tabung darah, peralatan teknikal tabung darah dan mengurus bekalan dan menyimpan inventori tabung darah. Merangka program Kempen Menderma Darah, pameran dan ceramah serta mengurus kebajikan para penderma darah.

Tips Lulus Temuduga

Anda ingin lulus temuduga dengan cemerlang? Anda boleh amalkan tips yang diberikan ini sebagai panduan dan semoga anda berjaya dalam temuduga anda.
  1. Persediaan yang secukupnya : Setelah mengetahui bahawa ada telah dipanggil temuduga, anda perlu membuat persediaan dengan mendapatkan maklumat mengenai jawatan anda. Malahan anda perlu dapatkan maklumat penting mengenai jabatan yang akan anda bertugas. Juga dapatkan isu-isu semasa yang berlaku dalam dan luar negara.
  2. Buat latihan temuduga : Penting untuk anda membuat latihan temuduga dengan membuat soalan serta menjawab soalan yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon. Jangan lupa untuk study dan ingat semula istilah-istilah penting yang selalu digunakan dengan pekerjaan anda.
  3. Buat persiapan pakaian : Penampilan yang kemas dan meyakinkan sangat penting. Siapkan pakaian anda dengan lebih awal supaya tidak ada sebarang masalah.
  4. Persiapan sijil dan dokumen : Pastikan sijil dan dokumen yang diperlukan disusun mengikut panduan SPA. Klik sini untuk dapatkan panduan penuh susunan dokumen anda.
  5. Hadir awal : Untuk temuduga yang dianjurkan oleh SPA, anda perlu hadir 30 minit awal untuk urusan dokumentasi oleh urusetia temuduga.
  6. Sopan dan yakin : Pastikan anda sopan ketika masuk temuduga dan menjawab soalan dengan yakin. Jangan lupa senyum ya.
  7. Ucap terima kasih : Setelah tamat temuduga, jangan lupa ucapkan terima kasih kepada penemuduga.
Dapatkan tips checklist yang digunakan oleh penemuduga dan anda boleh buat persiapan dengan lebih baik menjelang hari temuduga.

Contoh Soalan Temuduga Jawatan Penolong Pegawai Penerangan Gred S29

Berikut adalah beberapa contoh soalan untuk temuduga jawatan Penolong Pegawai Penerangan Gred S29 untuk panduan anda.
  1. Perkenalkan diri anda secara ringkas.
  2. Mengapakah anda memohon pekerjaan ini?
  3. Adakah bidang yang anda pohon sama atau berlainan dengan pelajaran anda sebelum ini? Sila terangkan.
  4. Terangkan secara ringkas deskripsi tugas seorang Penolong Pegawai Penerangan Gred S29
  5. Apakah kelebihan yang ada pada anda untuk diambil bekerja dalam jawatan ini?
  6. Apakah maksud warna pada bendera Malaysia?
  7. Sebutkan 5 prinsip Rukun Negara.
  8. Siapkah Ketua Pengarah Kementerian Penerangan dan Kementerian Kesihatan?
  9. Apakah misi dan visi serta objektif Kementerian Penerangan / Kementerian Kesihatan?
  10. Siapakah Menteri dan Timbalan bagi Kementerian Penerangan / Kementerian Kesihatan?
  11. Adakah anda bersedia untuk dihantar ke tempat lain selain daripada negeri anda menetap sekarang?
  12. Apakah kaitan Jabatan Penerangan dengan pihak media seperti RTM?
  13. Apakah senario politik negara sekarang?
  14. Apakah lagu patriotik yang anda tahu?
  15. Apakah tugas seorang Penolong Pegawai Penerangan Gred S29 di Kementerian Kesihatan?

PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

Untuk makluman anda, rujukan temuduga Kerja Kerajaan di bawah merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas pihak kami untuk mempersiapkan anda sebagai calon temuduga kerja kerajaan dan swasta terbaik. Dalam panduan ini kami telah kongsikan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga. Selain dari tips lain temuduga khas untuk membantu anda.
Panduan Soalan Temuduga Penolong Pembantu Tadbir Kewangan N29

PANDUAN TEMUDUGA

Klik pautan di atas dan buat tempahan segera.
Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image