Ini 5 Kategori Yang Diberi Kuasa Memegang Atau Menyimpan IC Orang Awam

928

Ini 5 Kategori Yang Diberi Kuasa Memegang Atau Menyimpan IC Orang Awam

Kad pengenalan adalah satu dokumen yang sangat bagi setiap individu. Anda perlu menjaganya dnegan baik kerana ia boleh digunakan oleh individu yang tidak bertanggungjawab untuk melakukan kegiatan jenayah dan menyebabkan anda terheret dalam masalah jenayah tersebut.

Kesalahan Memegang Kad Pengenalan Orang Lain

Jika anda belum tahu, memegang atau menyimpan kad pengenalan orang lain adalah satu kesalahan kecuali bagi pegawai yang diberi kuasa mengikut Peraturan 25, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.

Jika anda disabitkan dengan kesalahan, anda boleh dipenjara tidak melebihi 3 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Ini 5 Kategori Yang Diberi Kuasa Memegang Atau Menyimpan IC Orang Awam

Tips Penggunaan Salinan IC

Jika anda ingin menghantar salinan kad pengenalan untuk kegunaan tertentu atau dokumentasi, apa yang perlu anda lakukan ialah :

  • Buat palang pada hujung salinan ic.
  • Nyatakan tujuan kegunaan salinan ic seperti, KEGUNAAN BANK, KEGUNAAN PEJABAT TANAH dan lain-lain.

Contoh Cara Palang Salinan ICĀ 

Ini 5 Kategori Yang Diberi Kuasa Memegang Atau Menyimpan IC Orang Awam

5 Kategori Pegawai Dibenarkan Menyimpan Dan Memegang IC

Berikut adalah senarai 5 kategori pegawai yang boleh menyimpan dan memegang IC orang awam menurut Peraturan 7, Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 ialah :

  • Pegawai Polis
  • Pegawai Pendaftaran
  • Pegawai Kastam
  • Mana-mana Pegawai atau Kelas atau Pegawai Awam yang diberi kuasa oleh Ketua Pengarah
  • Anggota Tentera yang bertugas menjaga dan mengawas

Ini 5 Kategori Yang Diberi Kuasa Memegang Atau Menyimpan IC Orang Awam

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image